Sunday, 21 July 2019

::Georgia::Tbilisi::Day 2::

Hai semua.. Harap masih ada yang sudi nak singgah baca entri lapuk kakak ni..
Ok. Hari ke-2 dah boleh merancang dengan baik. Sesudah subuh kakak lepak je santai. Sambil baca-baca info pasal Georgia ni. Yelah kawan kakak, Rizal ada suggest ke Caucasus Valley yang semestinya pemandangan dia menang habis. Tapi bila kakak check forecast agak mengecewakan sebab cuaca agak kurang menentu di Kazbegi. Pada masa itu, cuaca di Kazbegi masih lagi bersalji dan attire kakak tidaklah proper. Risau pula stranded atau paling penting kesihatan. Dari apa yang kawan kakak cerita, perjalanan saja sudah memukau mata apatah lagi bila berada di kawasan pergunungan itu.

**kawan kakak adalah Rizal
boleh try follow beliau di instagram chintarijal-banyak yang beliau share tentang pengembaraan beliau terutamanya yang terkini. [Rizal jangan lupa bayar royalti sikit k]

Kakak beralih pencarian ke Batumi, kawasan dilitupi perairan Laut Hitam. Forecast pun ok je dan kakak memilih untuk ke sana. So, hari ini kakak akan explore lebih lagi sebab nak ke sana sini acah busy yakmat. Pertama sekali, kakak nak try subway di Tbilisi. Subway sini best sebab kalau beli metrocard tu boleh share berapa orang pun boleh sebab harga ke semua stesen sama dan line subway dia memang tak banyak pun.

Hanya ada 2 line je subway kat Tbilisi. So kacang habis kalau nak compare kat KL ni hah.

Escalator dia memang syiok habis. Kau takkan dapat teka jauh mana kau pergi dan langkah pertama kau takkan nampak masa depan kau. Best part is kakak tak tahulah apa nasib kau kalau kain tersepit kat celahan tangga tu.. Mahunya menangis tak berlagu kena jerut kain tu. Haha.





Sorry sebab gambar ni blur amat. Nih je berjaya kakak dapat. Maaf!
Dari hostel, perjalanan ke subway terdekat tak jauh mana. Cuma kena lalui tempat jualan buku terpakai tu je. Kakak rancang untuk ke stesen keratapi untuk beli tiket ke Batumi.
Kakak dari Rustaveli > Station Square 1 untuk ke Stesen Keratapi.
Turun je di Station Square 1, bila dah keluar dari bangunan terus ke kiri. Ada satu bangunan asing dan nampak macam mall. Kat sana lah Stesen Keratapi.


Orang taklah ramai sangat masa kakak buat pembelian tiket. So, lepas ambil nombor giliran kakak decide untuk stay berapa lama dan kembali ke Tbilisi selepas 3 hari 2 malam. Segala pembelian tiket dipermudahkan walaupun yang jaga kaunter tiket itu agak pelik bila kakak cakap kakak dari Malaysia. Penggunaan bahasa inggeris pun agak terhad sampai kena tunggu rakan dia untuk alih bahasa. Untuk beli tiket, sama je kena sediakan passport korang. Itu dah cukup.

Selesai beli tiket, kita beronok-ronok jelah di sekitar Station Square 1 tu. Macam biasa, entah macam mana masuk pula pasar basah. Ini yang best sebab boleh beli barang basah untuk masak. Dah lama lidah melayu ni tak bersajikan lauk tanah air. Hahaha.


rempah ratus dia agak memukau jugak. tapi nak beli tak pandai. huhu.



walnut ni memang meriah kat sini
Selesai acah beli-belah barang dapur kami pun balik ke hostel sebab berkobar-kobar nak masak. Kakak sempatlah buat sup telur dan nasi je. Mujur mestin di bawa ke mana saja walaupun sekadar nak masak maggi. Kakak biasanya kalau dapat masak lebih senang untuk masak so dapat jimat makanan segera untuk waktu terdesak.

Mana gambar makanan? Ya ampun! Banyak gambar yang hilang entah ke mana tak dapat nak jejak langsung pastu phone member kakak pulak rosak. Ermm, mesti dia tak save kat icloud. Kedekut betei. Hahaha.

Eh, belum habis lagilah! Dah makan kan kenyang mestilah lepak jap. Laju-laju nak ke mana je pun. Tengah hari di Tbilisi boleh tahan panas merecik walaupun angin agak dingin sebab di pertengahan musim bunga. 

Sebelah petangnya kakak ke Holy Trinity Cathedral of Tbilisi, Liberty Square, Kartlis Deda dan Shota Rustaveli Avenue. Liberty Square tu hari-hari lalu sebab nak anik subway kat sana. Shota Rustaveli Avenue ni kira tempat lepak paling sesuai sebab banyak penjual cenderamata dan pelancong sekitar sini.

Nah kakak belanja sikit permandangan tak seberapa yang diambil dari IP5S.

Bukti Georgia ni part of Europe. Mula kakak pun confuse Georgia ni Asia atau Europe.














Mother of Georgia Statue






Holy Trinity Cathedral of Tbilisi






Cantik kan Cathedral ni. Nampak dari luar seolah bertingkat-tingkat. Mulanya kakak nak masuk dalam church ni untuk tengok seni bina tapi kawan kakak dok cakap tak payah. Mungkin beliau tak selesa agaknya. Bagi kakak, takda masalah pun. Bukan masuk Church kita tukar agama kan. Ok abaikan yang ni, kita teruskan perjalanan. Cathedral ni adalah Eastern Orthodox Church yang ada di Tbilisi. Keluasannya boleh menampung sehingga 10,000 orang. Besar kan.

Oh, lupa nak cerita. Masa naik ke Mother of Georgia tu kan naik ropeways tapi masa turun kami saja cuba guna tangga. Acah bersenam dan view sepanjang turun tu boleh tahan menarik jugak. Dah turun sesat barat lah nak cari jalan utama sampai masuk tempat construction lah, taman perumahan lah, kawasan apartment lah. At last mujur juga jumpa jalan yang nampak familiar. Nasib baik sungguh lah hai. Yang penting tak kena kejar anjing. Hahaha.




bangunan apartment klasik habis.

Seterusnya kakak pun terjebak lepak kat area Shota Rustaveli Avenue. Seronok kalau lepak sambil mengopi tapi itu kalau have-have. Hahaha. So, kakak mengopi gak tapi bancuh sendiri punya. Hik hik. Sekitar avenue ni ramai jual barang-barang cendarahati. Harga pun boleh tahan murah. Sempat juga kakak aimed apa yang nak dibeli. Disebabkan nanti nak datang balik, maka kakak hold dulu beli souvenir ni. Tak nak berat beg je sebenarnya walaupun setakat fridge magnet. Mengada kan. Hahaha.





Kakak ralit juga melayan petang kat sini. Seronok tengok ramai orang. Sampai tak sedar hari hampir senja. Siap pergi melepak di Hard Rock Cafe lagi. Saja buang masa sesuka hati. Kami sempat lepak di Coffee Bean area hostel sambil-sambil plan nak ke mana lepas Tbilisi. Setelah sepakat kami pun apply e-visa secara online. Pastu e-visa ni pulak bila dah apply, kena tunggu lebih kurang 3 hari bekerja untuk check balik sama ada approve atau tidak. Agak mencabar juga sebab serabut sikit bila pakai handphone ni. Kalau 3 hari, sempatlah dapat tahu lepas balik dari Batumi. Kira ngam jelah nak plan lepas tu.
E-visa ke mana? Adalahhhhhh.!

Saturday, 20 July 2019

::Georgia::Tbilisi::Day 1::

Terima kasih yang mana masih sudi singgah baca entri sis.. Bukan apa, sis agak sibuk dengan perjalanan hidup sis yang berliku-liku.. cheyyyy!! Sis akan cuba update semua travelogue sis ok?!
Banyak sangat dah ni travelogue yang tertangguh..

Entri kali ini, sis nak kongsikan perjalanan sis semasa berada di antara benua Eropah dan Asia. Dan ia juga pernah menjadi sebahagian republik soviet. Haa, mekasih google! Masa tiba di Tbilisi, kami lupa nak tukar duit sesiap dan tukaran di border agak murah berbanding di stesen bas. Mencari money changer pun satu hal jugak sebab kami tiba agak lewat petang dan kawasan pun bukan kawasan pelancong. Stesen bas pun bishe-bishe je. Jenuh mencari segala ceruk nak tukar duit. Alhamdulillah, ada 2 money changer yang masih buka masa tu dan kakak sempat survey yang mana satu berbaloi dan boleh nego. Tukaran duit selesai! Dah boleh serabut fikir macam mana nak ke hostel pasni.

Berdekatan dengan money changer tu ada bas stand tapi untuk matruska. So kami tak berapa nak faham fungsi matruska. Mujur ada mamat Iran ni tolong dan explain perjalanan matruska. Matruska ni ada nombor jadi sama macam bas jugak. Ada stesen yang dia akan berhenti dan arah tuju. Masalahnya arah tuju kakak pun masih “blur” sebab dah laa dah gelap pastu nama jalan pun boleh tahan keliru, pastu dah mula perut berlubang, pastu tak faham, pastu haihhhhh.! Macam-macam sangat.! So sebab adanya maps.me konon akan selamatlah sikit. Hahaha. Kami bincang yang kami naik je matruska dan turun bila dah dekat dengan jalan nak ke hostel. Pastu mamat Iran tu memang convince kami yang lagi senang naik matruska. K fine! Kita naik jelah. Bukan ada option untuk tak sesat pun kan. Lagipun tak cara lah kalau tak sesat. Hik hik.

Pengalaman naik matruska, BEST! Tapinya, bila kau pikul tenggiling tu ke sana ke mari memang azab betei lah citer dia. Matruska tu luar macam van besar tapi dalam macam bas dan kau tak boleh berdiri tegak pun. Kakak ni dah la halus, tapi still kena tunduk bagai. Tabahlah jap kakak masa tu dengan tenggiling besar tu. hermmmmm.! Pastu bila check maps.me tu dengan laluan matruska tu macam makin jauh pulak. Tapi mamat Iran tu beria cakap betul. Geram pulak tapi takpe. Kakak tengok je dulu. End up dah malas nak layan kami pun turun tah mana-mana. Pastu gunalah maps.me tu untuk ke hostel which is almost 3KM.!!!! Nih tak kelakar weyh bila lapar kau nak kena menapak jauh. Lalu highway mana-mana tah. Sabar jelah!

Setelah hampir 3 jam kami melayan perasaan sendiri, sampai jugaklah kami kat hostel tu. Memula macam mana lah jalan masuk dia ni.. Tapi signboard kat atas sana dah betul dah. Rupanya memang klasik betul hostelnya. Di celahan rumah orang pun boleh. Tapi lokasi & view memang awesome lah citer dia. Pastu confuse pulak mana lah dapur dia, sebab ada 2. Last-last minta air panas je. Masak maggi, makan mengadap view malam yang sejuk, leganyaaa lahaiiii.!

Good morning Tbilisi.!!!!
Ke mana kita hari ni?
Chillex jelaa sebab tak da apa yang nak dikejarkan. Nah ni gambar sepanjang hari kakak berjalan di sekitar bandar Tbilisi. Kakak cuma randomly berjalan sekitar bandar Tbilisi saja memandangkan semalam sepanjang hari tidur makan serabai dalam bas.




**Tiflisis Lux Boutique Hostel
So far, hostel ni ok. Kakak sampai lewat pun diorang ok je even lewat banyak dari estimating time. Kakak just booking camtu je dan tak tengok banyak sangat option yang ada sebab memang plan untuk walk in saja untuk hari seterusnya. Lagipun, kakak takda pape plan untuk stay berapa hari kat Tbilisi ni.
hostel room: 9/10
toilet/wash room: 8/10
clean: 8/10
pantry: 8/10 (breakfast ada extra fees dan kakak is ok without breakfast sebab tak berapa yakin)
tapi hidangan breakfast roti bakar & jem je. So no problem with it. most of hostel pun provide breakfast yang sama. Takda yang aneh atau special lebih.

Our brunch

Kakak sempatlah pergi ke Masjid Juma' kat Old Tbilisi. Rupanya penganut Islam di sini mengamalkan pegangan Syiah tapi kau buat relax je. Boleh je solat asalkan kau toksah pulak mengada nak sujud sambil pegang batu kabala tu.





Ada demotrasi aman pula

Mamat Arab ni gigih patah balik pastu senyum tak bersalah 

Salah satu Old Church yang ada di Tbilisi









feeling sangat ni..








Gigih cari Hard Rock Cafe ni semata member nak beli baju

Di sepanjang kaki lima berhampiran taman ni dipenuhi dengan jualan buku terpakai. Banyak sangat pilihan tapi mostly buku bahasa Georgia sendiri. Kakak acah belek je. Huhu.
Sambil jenjalan tengok kawasan, kakak sempat juga cari hostel baru untuk stay. Kali ni kakak pilih untuk stay di BHM Hostel. Keadaan hostel biasa saja tapi lokasi dia baik sebab depan dengan Hilton Hotel. Tak dapat stay sana stay berdepan pun okay dah. Haha.

tempat lepak

mixed dorm
By the way, owner hostel ni baik sangat. Sejenis tak kedekut nak share segala menda. Hostel ni sangat average tapi bersih. Lagipun murah! Sebab nak tidur je kan. Malam kakak hanya santai saja di Coffee Bean. Esok masih belum ada perancangan. Kena chillex je sebab letih semalam pun baru nak recover.

Bila dah malam ni, tak ada apa sangat melainkan pub dan club je yang meriah habis. Ok. Nih entri more tu baru nak "panas enjin". Jadi harap yang mana sudi singgah tu tenang saja. Lepas ni kakak share another story yang kakak harap best juga pada korang sebab kakak rasa best je. Haha.