Sunday, 27 July 2014

Pangok Bersama Liang 1

assalamualaikum dan salam blogger..
akhirnya aku punya masa untuk menghapdet entri-entri yang banyak tertangguh.!!
macam retisss kann.. hahahha..

entri aku kali nih aku nak story pasal pengalaman hado aku mendaki Gunung Liang..
1stly, Gunung Liang nih terletak di Tanjung Malim, Perak.. mempunyai 2 puncak iaitu puncak timur dan barat.. pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang 6 jam jugaklah dan bertambah penat kalu daki secara daypack.. camping lebih menarik sebab aku dan kawan-kawan agak newbie as hikers nih.. hehehe.. but dun worry nanti aku story slow n steady experience kat sini hokeh..

aku sebenarnya dah lama sangat tak mendaki gunung.. tapi dolu-dolu tu lebih kepada bukit bukau sahaja.. tak lah sehebat mana pun.. amateur jugak laa.. aku start terjebak bila aku dah rasa badan aku semakin "sihat".!!! agak menyedihkan jika aku biarkan sahaja... aku join 1 group di pesbuk dan ada kakak nih post pasal mendaki.. so, aku pun rasa macam nak join sebab nak try bercamping kann tambahan pula ianya sebagai batu loncatan buat aku untuk kurangkan "sehat".. wink* wink*

aku pun ajaklah sorang kawan untuk join.. Aida.. dan Aida pulak ajak Ida.. maka bertigalah kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.. perjalanan dimulakan pada 16 mei 2014 hari jumaat pada malam hari sebab esok pagi-pagi dah nak kena bersiap untuk naik terus.. kami meet up kat tol Tanjung Malim sebab yang join pun suma orang luar dari Perak..

perkenalan yang singkat.. mula-mula agak awkward jugak sebab bila join group yang kita tak kenal sesiapa dan diorang pulak rapat dan dah memang 1 group.. huhuk.. sampaikan kami decide untuk stay bertiga kot-kot kalu tak boleh nak ngam dengan group hiking nih.. maklumlah kami kan amateur.. hehehe..

1st night adalah di kaki gunung.. tidur di bawah langit nan gelap yang ditaburi bintang-bintang yang bergemerlapan.! kemoinn ayat kannn... pabila hari kian cerah maka kami pun get ready barang-barang yang nak dibawa naik ke gunung or camp site..
antara barang-barang yang dibawa adalah:

1. perkakas mandian yang secomel mungkin untuk jimatkan ruang
2. sleeping matt
3. sleeping bag
4. baju 2/3 helai
5. seluar 1/2 helai
6. ration (bekalan makanan)
7. lampu suluh (headlamp lebih bagus)
8. towel
9. 1st aid
10. etc

kononnya nak tidur laa kann.. last-last memang tak dapat nak tidur sebab masa tuh pun dah nak menjelang subuh.. mokcik kantin a.k.a kak reen rose tengah usaha masak bihun goreng tomyam dengan head lamp.. memang agak teruja di situ.. <terorlah mokcik nih.!!! hehehehehe..

bila hari kian cerah, kami pakat membuat final packing dan double check semua barang keperluan yang penting.. memang taklah untuk berpatah balik kann.. hihihi..

*i is malu-malu kucin*
*ida dan aida*
*re-packing barang*

*kat flyer nih laa kami tidur*

*hujan renyai-renyai*

*bags are ready hot to go*
Setelah masing-masing siap packing barangan, kami mulakan perjalanan dengan 'memagar' diri.. sekadar berdoa agar perjalanan kami perjalanan yang diberkati dan dilindungi-Nya.. seterusnya senaman.. warming up untuk elakkan kejang ke ape ke kann.. kita tak tahu track dia macam mana lagi kann..

*susun beg ekot tinggi katanya*

*warming-up*


oklah sekian buat entri episode 1 nih.. nanti panjang sangat bosan pulak ye tak..
kita story ringkas dan padat.. kononnya biar foto berbicara.. kuikuikui..
adios.!








Saturday, 26 July 2014

Javanesia Aku Datang 6::Pasar Baru 2.1::Bye Indonesia::

Bertemu lagi kita.. mungkin ini entri aku yang last sepanjang perjalanan aku ke tanah java nih..perjalanan yang hampir tamat.. kenangan yang melimpah ruah..

ok.. aku mulakan dengan perjalanan menaiki ketapi or kereta (bahasa orang indo)..
Yogyakarta ke Bandung mengambil masa sepatutnya dalam 8 jam..
tapi masa perjalanan aku hampir 12 jam derrrrrr.!!! naik kematu pungkok aku kot..
aku tak dapat nak snap gambar dalam train sebab aku dah tersangatlah letihnya masa tu..
kamera pulak dalam beg yang aku dah setting baik punya.. hahahaha..

aku stay kat Moritz Guesthouse.. aku dapat tahu pun dari review rakan blogger dan pesbuk..
harga yang amat berpatutan dan include breakfast sekali..
guesthouse nih teramatlah dekat dengan pasar baru yang terkenal dengan shopping kain-kain, telekung etc.!! however, review nih khas untuk korang-korang yang nak ke Bandung..
aku rasa tempat nih ok-ok yang hanya ok sahaja.. korang paham kann..
better korang stay kat area Bogor ke sebab area sana bandar and korang boleh soping kat factory outlet yang bertaburan di sana sini..
cuma guesthouse yang aku stay nih memang jalan kaki je kalu nak ke pasar baru..







disebabkan aku dah ter'miss' 1 hari kat bandung.. aku terpaksalaa rombak jadual perjalanan kami.. sepatutnya kami akan ke Tangkuban Perahu, kawah putih dan berjalan sekitar bandar Bandung..
apa kan daya, kami tak dapat tiket train yang sepatutnya.. tak pelah asalkan sampai kann...

partner trip aku akan naik flight ke kuala lumpur jam 3 pagi esoknya.. jadi kami punya 1 hari je untuk shopping sekueknyaaa.!! dah check-in.. rehat.. mandi.. kami breakfast kat guesthouse tuh.. staf guesthouse tuh sangatlah baik hati.. memang sedia membantulah.. layanan memang terbaek dan lokasi strategik if niat memang nak ke pasar baru je.. hihihihi..

setelah hampir 5 jam bershopping sakan.. kami pun kembali ke guesthouse untuk rehat dan solat..
malam tu pulak nak ke factory outlet area bogor.. memang banyak pilihan.. memang suma laaa nak beli harga pulak murah nak banding dengan Malaysia kann.. hihihihi.. mase tu jugak pertama kalinya kami naik angkutan.. van yang telah diubahsuai supaya ramai penumpang boleh dibawa.. harga..? mostly dalam 3000idr je sorang kalu setakat nak ke bogor tu.. factory outlet kami jalan kaki je sebab tepi-tepi jalan memang banyak..


*bro nih siap bwk speaker hokey.!!*


*pasar pagi sekitar pasar baru*

*time to say goodbye.!!


akhir kata, perjalanan aku sepanjang di Tanah Java nih amatlah menarik.. lain orang lain pengalamannya kann.. jadi jangan mudah terpengaruh dengan cerita orang kot yang cakap Indonesia not a good place for you to discover.. kat sini banyak culture yang berbagai.. nampak sama tapi bukan dia.. masod aku, orang indonesia nih kita memang boleh kenal rupanya kann sebab kita dah didedahkan kat Mesia.. gittew.. hahahaha.. rakyat tempatan sepanjang aku kat sana memang banyak membantu.. tak lokek senyuman.. dan mudah bergaul..

cerita aku hanya sekadar perkongsian sahaja.. aku bukan si legend yang selalu travel.. aku cuma seorang aku yang melihat dunia luar mengikut cara aku sendiri.. sekian entri Javanesia Aku Datang~






Javanesia Aku Datang 5::Jalan Malioboro 2.0::

Entri yang last memang selalunya sedih dan lambat untuk di hapdet.!! 
Ya ampun.!!! bukan malas tapi kononnya sebuk ya amat laaa haii....
hape pon, lets begin....

Selamat Pagi Yogya.!!!
Aku mulakan langkah kanan.. hahaha..
dengan niat nak minta guesthouse simpankan kunci.. pastu dia jemput makan pulak..
actually, dah termasuk dalam pakej sekali..
so kenalah makan dengan gumbiranya kann.. heheheehe...


Setelah itu, memang hidup aku tak boleh duduk diam-diam istirehat dalam bilik..
so, aku pun gigih jugaklah berjalan kaki dengan partner aku.. pusing-pusing kota Yogya.. hamek kau.!! ayat hiperbola sangat.. hehehe.. tapi memang kami jalan kaki jugak..
melihat Kota Yogya waktu malam sudah kini aku nak tengok kemeriahan waktu siang pulak..
Memang Yogya nih bandar yang tidak pernah sunyi agaknya.. seawal pagi bandar dah penuh, ramai orang tak kisahlah tempatan ke orang luar macam aku kann...

*mokcik juai arang untuk kopi katanya*

*becha di kaki lima sepanjang guesthouse*

*mokcik nih siap bersoget*

*busking de Malioboro*
*perhiasan untuk pernikahan*
*ayuh shopping*
Setelah berpenat lelah berjalan sekitar Jalan Malioboro maka kami pun berehat-rehat kat 7-11 diorang.. makan magnum sedas sebab aku lapar+hypo+panas... hahahaha.. alasan je tuh sebab aku tak dapat nak tahan bila tengok eskrim magnum gold.!!! sementara tunggu inche supir datang menjemput, aku dan kawan aku cuci-cuci mata tengok serba sedikit souvenir..

selepas kami check-out.. sepatutnya kami lanjut ke Prambanan pula.. agaknya bukan rezeki kami agaknya sebab hujan turun agak lebat di bumi Yogya.. sangat-sangat lebat sampaikan certain tempat pun banjir.. huhuhu.. agak sedih di situ.. (sebab ni je nak repeat balik.!!)

maka kami pun menghabiskan masa sementara tunggu nak naik train ke Bandung dengan pergi jengah hampir semua kedai outdoor.. agak menarik sebab kat ipoh especially aku memang tak pernah jumpa 1 kedai outdoor pun.. kedai sport banyak laa.. bersepah... aku tak beli pape pun sebab baget aku nak habiskan kat Bandung nanti.. hahahahha...


*nasi kucing*

*kopi arang Pak Agus*

*dok bersila lagi santai*
*warung kopi joss*
*bersama busker malioboro*
*train station yogyakarta*

*bersama buddynesia*

*tiket kereta*