Wednesday, 24 September 2014

Busan Part 2.0::Gamcheon Cultural Village::

Ehemm ehemmmm
Entri nih aku akan bahagikan beberapa episod supaya cerita tak panjang dan yang baca pun tak bosan.. (Perasan faymes)

Alahai pagi pertama di Busan.!!!
Alhamdulillah aku dapat menjalankan tanggungjawab aku selaku ummah-Nya..
Okkes.. Pagi yang nyaman dan agak lemau untuk bangun.. Mana tidaknya, 2 minggu yang lepas aku sibuk dengan kerja, kursus dan overtime.!!! 
Inilah waktunya untuk aku bersantai menenangkan jiwa gittew.. Hahaha..

Aku memulakan perjalanan aku seawal jam 7.00pagi.. Sebelum itu, aku makan sarapan, minum kopi latte 3 in 1 dari Malaysia.. Ermmm sedap sungguh laaaa..


Ok nih laa view dari rooftop Mr. Kim.!! Cantikkan.!! Memang macam dalam korea drama.. Stail seni bina mereka nih jimat ruang tanah.. Nampak kecil tapi luas.!!

Baiklah. Perjalanan hari ini aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...
Gamcheon Culture Village..
Biar aku belanja sekeping dulu.. Macam menaikkan adrenalin dalam darah korang kann..

Aku sangat pasti ramai yang dah pernah sampai sini kann.. Tapi itu cerita orang lain.. Ini blog aku maka cerita original dari aku ok.. Hehehe..

Perjalanan dimulakan di Daeyeon St.-Seomyeon St.-Toseong St.
Untuk lebih dramatik, aku terover konfiden.!!!
Masa transit Seomyeon St. aku sepatutnya amek line ke Toseong St. tapi aku terkeluar dari Seomyeon St.!!! Jenuh pusing-pusing exit 6.. Punya nak cari Cancer Centre.!! Pastu hidup mesti kena bertenang.. Aku cuba tanya ajushi (pokcik) kat tepi jalan.. Diorang 1st tak faham bahasa aku so, aku tunjuk je map.. Diorang pun cakap "tak tahu" in korea okes.. Hihihi.. Pastu aku tengok line subway aku balik..
Perghhhhh.!! Ini bukan Toseong St.!!!! Haih....

Keluar dari stesen Toseong korang cari signboard yang ini.. Tak berapa jauh dengan subway..


Aku terus masuk balik line subway ke Toseong St. Alhamdulillah.. Berjaya jugak aku sampai kat station bas untuk ke Gamcheon Culture Village.. Bas yang korang boleh naik bas no 1-1,2 & 2-2.. 
Drama episod 2: naik bas yang betul.. Tapi salah turun lokasi atau sebenarnya aku tak turun sampai penghabis stesen.. Sebenarnya, aku ada buat rujukan melalui blog-blog orang yang pernah ke tempat aku nak pergi nih.. Apa kan daya mungkin maklumat tak cukup atau dia salah info wallahua'lam.. Dalam belog sipolan itu tulis ke Gamcheon Culture Village last stesen.. Maka aku ter'over' konfiden tunggu sampai last stesen!!! Giler lurus bendul aku nih.!!!
Seb bek laaa ajushi driver bas tanya aku.. Rupanya beberapa stop dari tempat aku naik bas dah kat Gamcheon Culture Village.!! Takpelaa.. Ada pengalaman lain kann.. Positif sajalahhh.. Sampai ke bandar jugak lah aku.. Huhuhu..
Sempat jugak laa driver bas borak dengan aku.. Paling aku kagum dia tahu aku Islam dan Muslim.!! Mungkin sebab aku pakai hijab? Ermmmm... Kuikuikui.. Kalu korang kurang konfiden macam aku, korang minta tolong penumpang lain tekan loceng untuk turun kat Gamcheon Culture Village..

Lepas aku turun di bus stop yang betul.. Aku terus pergi Gamcheon Information (kalu tak silap lah) Korang beli map Gamcheon Culture Village tuh harga krw2000 je.. Dan korang jugak boleh hunt cop setiap booth dia.. Sambil jenjalan korang dapat lah kumpul memori kann.. Hehehe.. Entrance fee: free of charge.!!!

Ok sekarang nah serba sedikit gambar kat Gamcheon Culture Village.!!












Aku ada banyak lagi koleksi gambar di Gamcheon Culture Village ni.. Tapi kalau nak letak semua macam tak relevan kann.. Lebih baik korang cuba datang dan tengok sendiri.. 
Korang jugak boleh buat senaman kaki dulu sebelum datang ke korea.. Banyak berjalan dan berbukit-bukit.. Hehehe..

Ini kisah hari pertama dan tempat pertama aku kunjungi.. Masih banyak cerita tapi kalu tulis blog panjang-panjang sangat cepat bosan..

Semoga aku dapat tolong sesiapa yang tengah kumpul info.. Good luck..

Kita sambung day 1 episode 2..















Busan Part 1::Annyeonghaseyo Busan::

Annyeonghaseyo.!!
Alhamdulillah.. Setiap keraguan lenyap tatkala kapal terbang AirAsiaX mendarat dengan jayanya.!!

Aku selamat tiba di Busan tepat jam 3.50pm waktu korea..
Jangan risau tak banyak beza pun Korea dan Malaysia.. 1 jam jek.. Hihihi..
Setiap tempat berbeza-beza bila kita nak isi borang kemasukan negara..
Korea amat memudahkan di mana borang tu korang kena isi dalam flight siap-siap.!!
Masalahnya ada 2 borang.!! Satu ada in english dan satu lagi in hangul.!!
Perghhhhh.!! Buta hangul kot aku nih.!!!

Dah ambil luggage, aku terus cari cash bee ( sama macam t-money) harga sekeping krw2500 kat airport Gimhae.. Kalau korang beli kat luar dari airport boleh dapat harga krw2000 jek dan boleh beli yang fancy-fancy sikit.! Harga mestilaa mahal sikit.. Aku paling teruja dalam bentuk ala-ala pendrive yg leper bentuk mickey mouse.!! Harga krw6000 yang kosong okeh.!! Mahal tuh tapi kalu untuk diri sendiri tak salah.. Yang fancy tuh aku tengok kat Daeyeon St exit 5.. 7-11 area tempat aku stay..

Pastu disebabkan Busan sejam awal aku buat keputusan untuk solat dulu. Jangan pening sebab sememangnya sukar cari musolla kat sini. Aku ambil wuduk kat toilet, pastu solat kat passenger's changing room. Mudah sangat jadi tak perlu risau. Nasihat aku ada baiknya korang set application solah korang setiap tempat yang korang nak pergi. Lebih memudahkan.



Usai solah, aku teruskan perjalanan aku. Aku naik subway light train gittew untuk sampai ke Daeyeon st tapi aku exchange subway 2 kali.. Sekali kat Sasang st. dan Seomyeon st. Kiranya route aku untuk sampai guesthouse Gimhae International Airport-Sasang St.-Seomyeon St.- Daeyeon St. 
Aku stay di Mr. Kim's House.. Serius memang rumah dia tapi dia dah tukar laa jadi ala-ala guesthouse. Bagi aku rumah tu bersih, tuan rumah yang mesra, kelengkapan semua lengkap, tak jauh sangat dari station subway, senang nak cari sebab map yang dia bagi jelas.


Setiba aku di guesthouse, aku cuma relax je sebab penat tido nomad kat putrajata sentral, bangun awal pagi gerak ke KLIA2 pastu dalam flight tak selena mane. Mr. Kim sempat lah briefing tentang rumah dia, dan apa yang menarik di Busan.. Peta semua dia ada atau macam aku dah ambil siap-siap leaflet Busan banyak-banyak kat airport tadi.!! Aku ini kali solo je berjalan di bumi asing.. Jadi Mr. Kim cadangkan beberapa tempat yang tak ada dalam itinerary aku.. Menarik jugak kan.. Hihihi..




Aku tempah 3malam di sini dan semestinya tiada sesalan.!! Aku duduk dalam dorm female for 6.. 1st night aku sorang je conquer.. Esok.? Belum pasti.. 

Ok. Selesai separuh hari di Busan.!
Kita sambung nanti pulak ye.! Hihihi..