Monday, 23 February 2015

Kepoh-chee

Alhamdulillah mampu jugak aku lalui hari-hari sukar kini.. Bukan apa manusia ni kan aneka ragam aneka aneka aneka.. Erhmmmmm..

Aku kadang-kadang tak faham dengan situasi duniawi.. Bila seorang manusia itu tidak puas kalau tak mengaibkan.. Tak puas kalau tak mencanang.. Hadoiyaiii--

Aku.. Seorang aku..
Selalu sangat dihujani soalan-soalan malapetaka--

Bab travel/hiking
1- eh. Kau ni keja bawah aku je tapi berjalan lebih dari aku. Semua kau nak tapau obersi.
2- kau memanjat gunung tu suma bukan dapat ape pun. Paling tidak dapat susah kaki kau sakit pastu kau dapat MC berhari-hari. MC kann motip kau mendaki. (Sambil senyum sinis)
3- duit kau nih banyak sangat ke sampai jauh-jauh kau berjalan. Bawak-bawak lah pergi umrah. Dapat pahala. Dapat singgah tanah haram.
4- eley, kau pegi obersi tuh kau buat ape? Mestilah buat dosa kan?! Tak da maknanya kau pergi kutip pahala. Bukan negara Islam pun yang kau pergi tu.
5- kau mendaki mesti kau tak jaga solat kan. Makan pun entah ape-ape je kau ni. Dapat lepto baru kau tahu.
6- kau nih lepas negara sana kau ke negara sini pulak. Mak bapak kau orang kaya eh. Belanja laa baju hard rock cafe sekeping dua.. Key chain, fridge magnet aku tak nak okeh.!

Aku amat pasti korang pun dah mendap bila dapat soklan cepu cemas macam ni kan. Itu belum soklan tentang hidup. Memang hati bengkak je kann.

Wahai alien yang berleluasa kat luar sana tu. Tolonglah buka sikit pemikiran. Jangan macam katak bawah tempurung boleh tak??? 

Sekali dua tanya aku tahan jelaa.. Tebalkan telinga buat tak tahu.. Tapi kalau dah tiap kali kau tanya soklan malapetaka tu memang lam otak aku dah kau kenyang makan lempang aku.. Adeh.! 

Jawapan paling bernas untuk kau kadang-kadang kena jawapan kejam supaya kau sebagai alien berubah rupa ke manusia atau paling tidak insan--

1- aku tak banyak duit pun. Rezeki Allah tu di mana-mana. Takkan kau nak menidakkan hal ni kan. Aku jalan kalau dapat rm10 memang sebolehnya nak buat. Kos orang lain diva-diva tapi kos aku tahap pengemis je berjalan. Makan ape yang ada. Masak sendiri. Makan megi. Makan roti. Paling mewah street foods. Itu pun kalau dapat jumpa yang halal.
2- aku nih memang suka ciptaan Allah. Jadi hidup aku nih dah mendap dengan hutan konkrit. Hijau pun warna fevret Rasulullah s.a.w kann. Maka nikmati hijau itu selagi kau mampu. Mendaki nih aku nak belajar hormati alam. Belajar bersabar. Belajar hidup susah. Belajar terima apa yang di depan mata. Aku dapat MC sebab sesetengah hutan ni hard core trek dia. Aku tak minta pun nak sakit, tapi kalau dapat MC tu kira bonus laa buat aku.
3- Mekah.! Siapa yang muslim pasti nak pergi. Dapat selesaikan rukun Islam ke-5.. Impian ok. Tapi untuk ke sana bukan macam makan kacang putih yang kau beli depan Billion tu. Kau nak pergi under pakej senang sikitlah melainkan kau ada mahram yakni suami, abang, adik lelaki. Pakej sekarang rata-rata rm5k.. Belum masuk belanja lagi kann.. Inshaa Allah aku pasti nak ke sana.. Doakan aku dimurahkan rezeki..
4- nak buat dosa tak payah jauh-jauh laa. Membazir. Yang kau tak ke mana-mana pastu kau kata aku, itu dosa.! Faham agama sikit laa ok. Jangan memvavi buta kata orang lain buat dosa.
5- mendaki nih pun buat aku belajar susah senang hidup. Aku cuba pastikan solat aku cukup 5 waktu. Kadang-kadang nyaris terlajak sebab atas gunung matahari cepat sikit terbitnya. Jadi timing kadang-kadang lari tapi aku tetap laksanakan jugak. Aku tahu level agama aku kat mana jadi aku akan cuba jaga sebaik mungkin. Bab makan pulak tiap kali aku follow trip aku mesti follow mokcik kantin aku. Masak sedap.! Lagi sedap dari kedai yang kau makan hokeh.!
6- demanding.! Sudahlah aku ni cara orang misekin berjalan pastu kau minta yang tak mahu-mahu je. Selera diva. Maaflah ya. Kalau kau nak level-level diva punya souvenir kau pergila sendiri. Boleh pilih sendiri dan puaskan hati sendiri. Jangan harap lah aku nak bagi yang baek-baek sangat kat kau. Lagi baek aku utamakan family aku dari kau.. Siapalah kau nakkk?!

Oleh itu, para alien sekalian mohon terasa. Mohon jadi insan. Mohon simpan soklan malapetaka. Sudah-sudahlah dengki dengan nikmat orang lain sebab aku sangat pasti nikmat-Nya buat kau pasti baik jugak cuma kau nampak dengan tidak je.

Selamat berubah buat alien sekalian.!
Buat para para sakura yang mendap dengan karenah alien harap bertabahlah yek. Enjoy saja hidup kita.

Nota kaki: kenyataan ini tiada kena mengena di antara yang hidup mahupun  yang telah meninggal dunia. Jika sama hanya kebetulan sahaja. (Walaupun niat nak kasi kamu-kamu terasa-hahaha)

Monday, 9 February 2015

Overland Thailand Part 4 ::DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET::MAEKLONG RAILWAY MARKET::

our next mission are Damnoen Saduak Floating Market and Maeklong Railway Market...
entri ini agak kecelaruan minda part 1 especially route kami yang agak slumber dan kental.!
mohon gunakanlah tahap imiginasi anda sehingga petala ke-8.. hehehe..

untuk 2 malam aku dan seorang sahabat stay di De Talak Hostel..
lokasi berhampiran dengan MRT Queen Sirikit E1..
review peribadi aku: not so safe lagi-lagi kalau jenis yang berjalan all out.. balik tengah malam macam kami.. penghujung alley di satu blok.. aku cuma rasa lokasi je masalah.. bab accommodation semua baik-baik sahaja.. owner pun baek.. free eskrim kelapa.!! no halal food around.!!

seperti biasa perjalanan kami bermula seawal jam 6AM..
2 lagi kawan aku stay kat Khaosan Road jadi kami meet up di Victory Monument saja sebab transport ke tempat yang nak dituju banyak kat sana..

MRT Queen Sirikit-MRT Sukhumvit THB20
exchange to BTS Victory Monument THB37
exit 4 untuk ke kaunter minivan ke Damnoen Saduak/Amphawa Floating Market
kami ke Damnoen Saduak ni sebab weekdays buka.. Amphawa Floating Market buka weekends je hokeh.. hehehe..

kami terlewat 5 minit.!!! ya ampun kasihan kawan kami dah tunggu dari jam 6.30AM.!!
sumpah rasa bersalah ya amat.!!! huhuhu..
maka kami naik minivan ke Damnoen Saduak Floating Market dengan harga THB90..
perjalanan 1.5 jam sahaja.. last station minivan di Damnoen Saduak..
SCAMMERS.!! yes.! haruslah kami pun terkena jugak.. ermmmm...
minivan tu berhenti kat tempat bot yang agak jauh dari Damnoen Saduak..
bot tu sejam THB2000.!!! giler kentang mahal weyh.!!!!
pastu kami decide untuk cuba cari jalan.. sebelah pakej bot mahal tu ada lagi 1 kaunter bot..
harga kami cuba nego lastly dapatlah merasa kena tipu THB800 untuk sebuah bot selama sejam.. so kami divide untuk 4 orang.. merasa lagi THB200 sorang.. hampehhhh..
nah aku belanja beberapa keping sekitar Damnoen Saduak Floating Market..






kami nak turun kat sekitar floating market nih tapi bot tu tak nak turun kan.. ermmm lagik.!
hahaha.. kami jalan jugaklah kaki dari tempat kena tifu tuh kengkonon positif dekat.. mujur ada minibus lalu.. bolehlaa naik.. THB10/pax.. oklah kann dari menapak dengan panas lagik.. berpeluh keti..

sempat jugaklah merasa mango sticky rice and vege spring roll..
ini je yang halal bagi kami.. jenuh jugak nak cari pad thai halal.. huhuhu..

lebih kurang jam 11AM kami pun nak bergegas ke Maeklong Railway Market..
ada dapat minivan tapi free jam 12PM.. fuhhh.. sejam tunggu lebam wooo..
maka kami bincang dan sepakat untuk jalan kaki ke jalan besar..
berpeluh keti buat sekian kalinya..
alhamdulillah ada minibus lalu maka kami naiklah berjemaah.. THB10 ke jalan besar..
memang boleh tahan jauh tu..

ok. inilah fasa separa kritikal..
sampai jalan besar.. turun dari minibus, belakang korang mesti jambatan yang ala-ala penang bridge.. so-so je tak sama pun.. pastu seberang jalan.. pegi ke belakang blok kedai depan jalan besar tu akan nampak pasar basah atau sayur.. ke kanan korang akan nampak bas kalau ada laa.. masa aku pegi ada bas ke Bangkok no #78.. kat sana ada banyak minivan.. korang bolehlah tanya-tanya untuk ke Maeklong Railway Market.. lagi baik kalau tunjuk gambar terus.. minivan ke Maeklong Railway Market THB40/pax..


sampai je kat Maeklong Railway Market nih terus kami terjumpa kedai abang ni.. boleh kecek kelate sikit-sikit.. sangat friendly.. barista.. murah.. ohsem iced choco again.!!!









sementara tunggu train sampai, kami makan laa bekalan masa lampau kami yang nyaris luput..
hahaha.. layan jek.. mengadap sungai lagi..



train akan lalu ke Maek Long Railway Market nih lebih kurang jam 1.30PM so kami punya banyak masa untuk set up lokasi shooting beberapa photog terkemuka.. ahahahaa..



train Maeklong pun da sampai maka kami nak merasa layan lalui pasar nih dari dalam train pulak..
Maeklong-Ban Laem gerak lebih kurang jam 2.30PM.. cost THB10/pax..
 *jadual train ada lengkap kat leaflet masa ambil di Hua Lampong St.

time to rest a bit lepas melalui fasa separa kritikal.. hikhikhik..
next entri aku akan sambung fully kritikal red zone hokeh.. ^_^


Sunday, 8 February 2015

Overland Thailand Part 3 ::LOPBURI::

kringggggg.!!! kringggg.!!
ermmm.. 3.30AM laa.!!!!
kelam kabut bangun, mandi, sesiap serba-serbi.!!!!
nak kejar train ke main point kami di Bangkok.!!!

LOPBURI
Sunflower Farm yang hanya dibuka sepanjang NOV-JAN sahaja.!!

semalam sampai je kat Hua Lampong St kami cari map.. TIADA.. kau nak kena bayar..
THB50.!! demmm.. kedek giler nak kasik map.!! huh.!!!!
tapi alhamdulillah.. kami dapat map free kat Loftel 22 Hostel.. FOC.!!
jadual train boleh dapat free kat Hua Lampong St.. hihihi..

kami stay kat Loftel 22 Hostel tu untuk satu malam sebab nak kejar train ke Lopburi..

Hua Lampong-Lopburi
WEEKDAYS: 4.20AM 1st train
WEEKENDS/PUBLIC HOLIDAY: 7.00AM 1st train

kami pergi ke Lopburi masa tu hari isnin.. haa.. sesuai sangatlah masa tu..
sempat jugak pagi tu dapatkan tiket dengan harga THB28/way..
murah jek pastu kau jangan nak demanding bagai-bagai hokeh..
sesuai dengan harga seat keras, kipas, dan 3rd class..

perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam lebih..
kena take note setiap stesen.. kalau dah sampai Nong Don St kau da bolehlah gelabah-gelabah sikit.. tak silap aku, lepas Nong Don St macam ada 1 atau 2 station lagi barulah sampai Lopburi..

disebabkan hari isnin maka memang ramailah bebudak sekolah memenuhi train pagi tu dan kat Lopburi nih ada sekolah menengah.. korang boleh je follow the crowd.. hahaha..
keluar dari stesen korang cari 7-11.. pastu berdekatan dengan 7-11 ada satu pondok bus stop yang nan hado.. bolehlah naik bas yang berhenti kat situ tapi ada baiknya tanya atau bawak gambar bunga matahari.. pengalaman setiap orang berbeza-beza.. kami sangatlah bernasib baik bila keluar je dari station ada orang offer bawak ke sunflower farm.. time tuh kami nak tengok-tengok kawasan sekitar pekan Lopburi.. sepanjang perjalanan singkat kami ada jumpa 2 guesthouse dekat dengan 7-11.. pekan Lopburi nih agak lama maka no ABC signboard.. semua dalam bahasa thai.. T.T

wat lama di Lopburi st
setelah tawar-menawar berlaku, maka kami dapatlah THB700 untuk sebuah kereta, 4 orang.!!!
kereta bukanlah macam prebet sapu cikai-cikai.. kami pun terkejut jugak bila tengok kereta yang ditawarkan.. UNLIMITED.!!! kau boleh lepak kat sunflower farm sampai muntah kuaci.. eh.!! ngeeee..

Cappuis Lopburi
mula-mula beliau salah bawak farm sebab farm tu macam not so commercial gittew..
tapi lepas tu barulah benar tempat yang dituju.. FOC.! sempatlah kami derma sikit untuk masa depan sunflower farm nih..





 


coming together is beginning. keeping together is progressing. working together is succesfully

kami sempat mengopi lepas penat sakan ber'photoshoot'.. hot coffee latte, iced choco, black coffee.. hapepun semua baek baek baekkkk sangat taste dia.. sumpah.! barista ter'ohsem'.!!!

::coffee::gardenia::nutella::
mohon cuba kalau sampai kat Lopburi Sunflower Farm
kami lepak kat sini dari jam 8AM sampailah 11AM.!!! sangatlah fenatttt sebab dah panas kann..
so, kami pun ingin cepat-cepat kembali ke Bangkok untuk urusan check-in kat tempat lain pulak.. huhuhu.. kami dapat tiket ke Bangkok lebih kurang jam 12.27PM dengan harga mahal dua kali ganda pergi.. THB50.. ermmmm...

sebelum tuh wajib cuba gerai opposite dengan station Lopburi.. berdekatan wat siam yang lama tu ada satu jalan ke dalam dan ada rumah-rumah orang tempatan.. pastu belok kiri ada kedai makan muslim.. subhanallah sangat sedap.!! ::recommended by our Chappuis::
(mohon guna imiginasi tertinggi anda ok)



selamat tiba di Bangkok lebih kurang jam 4PM..
LOPBURI::CHECKED::

Saturday, 7 February 2015

Overland Thailand Part 2::Chatuchak Market::

apa lah yang best kat Bangkok ni kann..
hahahha.. aku memang tak reti hidup kat bandar.. kiki..
setelah istirehat.. kami meneruskan rancangan perjalanan hard core kami..
drama sangat~ >.<"

Chatuchak Market
ok story route dari Hua Lampong tempat penginapan kami ek..
MRT Hua Lampong- MRT Silom-tukar BTS di stesen Sala Daeng-BTS Mo Chit
ape yang aku boleh cerita kat sini.. kos MRT/BTS boleh tahan mahal.. huh.!
MRT Hua Lampong-MRT Silom THB18/way
BTS Sala Daeng-BTS Mo Chit THB42/way

kat mana Chatuchak Market?
lepas korang keluar je dari BTS Mo Chit korang dah boleh nampak betapa banyak manusia kat sana especially weekend.. so follow the crowd.. by the way, kalau korang tak berapa nak yakin sangat korang boleh tengok signboard masa exit.. memang ada tulis kat papan tu hokeh.. no worries..
Chatuchak nih memang teramatlah fofular dikalangan tourists dan rakyat tempatan.. ape kau nak cari semua ada.. konsep macam jalan TAR pun ada macam Petaling Street pun ada.. market nih buka setiap hari cuma kalau weekend lebih meriah.. souvenir yang exotic or rare lagi super murah kat sini.. silalah tawar menawar sebaiknya..


turun jejantas tuh jalan straight> Chatuchak Market



cha yen superb.! boleh cuba~
untuk makluman aku nih bukanlah jenis yang suka soping maka tak ada menda pun aku beli kat sini melainkan makanan dan cha yen (teh ais) hehehe..
dah puas ukur Chatuchak Market sempat jugaklah kami menikmati suasana sunset di kota Bangkok..


setelah itu, kami habiskan masa malam tu dengan melepak di Siam Centre.. banyak mall yang menawarkan diskaun hebat.. tapi sory aku agak kuat pendirian.. hahaha.. kononnya~
mula-mula macam hilang punca hidup kejap sebab kami biasanya lebih berminat dengan nature, kawasan kampung tapi Bangkok adalah Kuala Lumpur buat kami.. berjalan macam orang hilang pedoman pun ada.. hahahaa..
silalah hadam gambar-gambar sekitar kota Bangkok.. hahaha,,














oklah. ada baiknya balik hostel dulu memandangkan esok perjalanan kami jauh.
ke mana? mohon sabau menunggu~