Monday, 29 June 2015

Misi G7 Yong Belar ::Angkat Sauh::

setiap yang bermula pasti akan berakhir--
begitu jua dengan pendakian kami--
alhamdulillah misi tercapai bila hampir ke semua peserta menakluki puncak Yong Belar--

bermalas-malasan di hari terakhir--dok sonok layan sejuk punya pasal--
hahahaha--kisah member jatuh dari hammock masih hangat diperkatakan--
tidak lupa jua kes nyaris demam lepas kena "angin rimba"--
hadoiyaiiiii--




sambil menanti lunch pack dan sarapan siap--kami mulalah kemas dalam keadaan super malas--




setelah menikmati spagetti kari (mee kari ala barat) maka kami perkemaskan setiap sudut kem site--
hanya kumpulan kami saja yang ada pada masa tu maka apa yang di bawa naik mandatori untuk membawanya turun kembali--

perjalanan turun lebih santai dan mestilah menurun kann.. kami hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam saja untuk bertemu di meet point yang dijanjikan untuk menikmati makan tengah hari--sambil tuh ber'photoshoot' sat.. hahahaha--







usai makan tengah hari maka kami lanjut menuju ke pintu hutan rimba--
dah tak jauh mana pun--lebih kurang 30-45 menit kami tiba di pintu hutan rimba secara santai--



sementara menunggu guide telefon powil maka kami bersantai di tepian kebun sayur--
dari kejauhan nampak la kem kabin iaitu tempat istirehat sebelum hutan Yong Belar jadi sepertimana sekarang--aku berjalan dengan atounk je sebab tiba-tiba semua memecut laju--aku kan sakit kaki maka kenalah tabah--mujur ada kawan sudi nak teman--sambil tu sempat jua kami menikmati air dan coklat kejayaan--laluan balak yang jauh yakmat rasanya--uhuk



pagar nih membuktikan anda telah pun selesai ekspedisi menawan Yong Belar--powil tak boleh masuk kawasan kebun tu mungkin kerana merosakkan tanaman--ermmmm--kami selamat tiba lebih kurang jam 6 petang dan powil yang tiba hanya satu maka aku dan atounk buat keputusan untuk tunggu powil satu lagi memandangkan ita yang kurang sihat masih belum sampai dan sweeper--

alhamdulillah--trip Yong Belar yang menjadi idaman hati terlaksana jua dengan jayanya--
pertama kali menjadi GOGO sedikit sebanyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab--mohon maaf yang mana terkurang--

terima kasih tak terhingga jua buat line up yang ohsem dan sporting.!!!!
Atounk, Adib, Aeril, Fadzhil, Ishak, Ita, Ajlaa, Joe, Paan, Aishah, kwn Paan (maaf lupa pulak nama)
ada masa dan ada trip kita ketemu lagi.!!!

Misi G7 Yong Belar ::Mengejar Puncak::

Selamat pagi Malaysia.!!!
Hahahaha--sejuk yakmat laa pagi tu sebab gunung peti ais kann--hadoiyai--
Aku memang sejuk kalah sungguh laa--bangun seawal 6.30pagi kot.!!!!
sarapan sodap dari mokcik kantin--kenyang.!!!!
Perjalanan kami diteruskan ke puncak hari ni--ayuh kita warming up lead by idola abam long padil--kikiki--

Trek so far ok je bagi aku yang selalu seret kaki nih cuma terasa jauh je--dari kem tudung periuk ke puncak lebih kurang 4 jam--kami berehat seketika dan topup air dan solat di kem kasut--lebih kurang sejam kami semua tiba di puncak Yong Belar--alhamdulillah belanja ohsem view.!!!


Kami berehat sambil menikmati makanan kejayaan chicken buritto--walla.! Chillex dengan cadbury dan nutella ohsem.!! Kemain makanan di puncak--win sangat.!

Kami melepak di puncak agak lama jua.. sebab tiada apa nak dikejarkan maka kami santai saja menikmati alam yang terbentang luas--ita tak dapat meneruskan misi ke puncak sebab kurang sihat dan beg beliau warna purple tu pengganti beliau-- "ita belum grad so kena repeat hokey.. hik hik hik"

ita dipaksa makan oleh sweeper--bertabahlah ita ok--
perjalanan turun lebih mudah dan cepat berbanding mendaki tadi--di kem kasut kami berhenti istirehat dan macam biasa aku dan pewaiku maintain--hahaha

bukan lena diulit mimpi nih tapi tegakkan kaki yang tak mampu dibengkokkan lagi.!! sakit.!!!
perjalanan diteruskan lagi.. hari jua kian gelap dan langkah harus dipercepatkan jika tidak memang ot laa kami.. syukur--sempat kami tiba menjelang maghrib--hahahaha--kemain memasing menjadi jet pejuang dan langkah seribu gittew--

sedap.!!! disambut dengan milo panas oleh mokcik kantin--dah rehat lebih kurang maka malam ni aku mandi ok--segar yakmats biarpun macam nak beku kena air.. hik hik hik..
tido baru nak lena sambil usha ahkak main candy crush boleh pulak kawan kite yang tido lam hammock terjatuh.!!!! baru nak amek gambar keramat kemain laju beliau naik masuk hammock--hahahahaha--sapekah? mohon pm untuk maklumat lanjut--kikikiki

tido sambil senak perut ketawakan member jatuh hammock--maaf kawan ketawakan kau--hehe




Misi G7 Yong Belar ::Day 1 Pendakian::

assalamualaikum dan salam belogger.!!!

entri kali nih aku nak share pasal trip mendaki 3d2n di Yong Belar..
trip nih boleh dikatakan trip santai mak jemah sebab tak lari gunung dikejar menjadi pegangan kami--
hahahahahaha...

kami semua seramai 19 orang termasuk group guide MPC iaitu Abg Man, Kak Reen, Botak, Abg Syam dan Mel~
guide yang sama masa dalam entri korbu-gayong yang lepas..
kami semua berkumpul di masjid kg raja cameron highland, tidur pun kat sini sehingga menanti hari siang..

setup barang




ration--

pendakian yong belar nih adalah secara santai mak jemah.. konsep tak lari gunung dikejar..
mengikut plan sepatutnya mula mendaki jam 9am tapi terdapat kesilapan teknikal maka terpaksa ditangguhkan sehingga jam 2pm..





Kami lunch dan solat dulu sebelum memulakan perjalanan--
Alhamdulillah tangga dah tunggu untuk didaki--huh.!



batu sempadan
kami melalui jalan paip yang super licin..ohsem..selut.. lumpur..
hahahaha.. tenggelam jugaklaa kaki aku dek kerna nak ekot jalan lain kann.. ermmm..

Laluan paip ni kira legend jugakla sebab kebanyakan pendaki yang mendaki yong belar ambil jalan pintas di hutan rimba--laluan trek balak--

Penghujung laluan paip ada kawasan sungai tapi agak mengecewakan sebab tak dijaga dengan baik--sampah merata-rata--

Dulu hutan terbakar di trek yong belar--pernah dengar??--tapi kawasan terbakar tu dah jadi kawasan kebun sayur--mula-mula ingatkan tokey haram--rupanya tokey tu memang owner tanah tu--ermmm--semoga hutan kita terpelihara hendaknya--



Perjalanan kami diteruskan hingga masuk ke "hutan" sebenar--trek agak santai--turun naik landai sepanjang trek--dan beberapa puncak tipu yang memberikan pemandangan luar biasa--berhenti istirehat dan trekking secara santai mak jemah saja--



kami akhirnya tiba di Kem Tudung Periuk sekitar jam 9 malam dan sweeper tiba sejam kemudian--sepatutnya target kami tidur di Kem Kasut tapi disebabkan beberapa faktor perjalanan terpaksa dihadkan ke kem tudung periuk saja--alhamdulillah selamat semuanya--

Kem tudung periuk ada water point dan wow selesa yakmat laa mandi--malangnya aku tak mandi malam tu sebab teman orang lain mandi--hahahaha--Makan malam yang ohsem dari mokcik kantin tersayang--kenyang--tidur--sejuk yakmat weyh.!!!!!!!

esok bakal daypack ke puncak Yong Belar!