LOVE FROM MT MERBABU |
Assalamualaikum kepada pengunjung blog kakak yang tak seberapa ini..
Entri kali ni, kakak nak coretkan pengalaman kakak ketika mendaki bersama teman-teman petualang.. walaupun ada yang kakak baru pertama kali ketemu tapi bak kenalan bertahun lamanya..
gituuu... ayuh.! kita mulakan--
pendakian kami kali ini lebih santai berbanding mendaki gunung Merapi.. santai dalam erti kata tidaklah putus nyawa hadap pacaknya kann.. 'pewai' pun kurang.. kami mula mendaki sekitar jam 4.30 petang.. cuaca agak redup petang itu..
sebelum memulakan pendakian, kami sempat beli barang keperluan untuk bermalam terutamanya air dan makanan.. air sangat penting sebab tiada water point.!!! ada telaga dengarnya tapi....
kami melalui jalur selo.. perjalanannya agak jauh dari jalur yang lain..
tak sabar.!!!!!! |
keletihan~~~ |
penghibur kami, Ajemi-- |
yang last tuh tanker kami.. pikul tenda 8 org punya ok.! |
usha merapi dari jauh-- |
lebih kurang 5.40 petang kami tiba di pos 1.. alhamdulillah.. kami mengambil masa lebih kurang 50 minit saja.. perjalanan kami banyak rehatnya sebab ada yang memang dah lama tak hiking.. ada yang tak pernah hiking.. tapi masing-masing kuat dan tabah.!!!
perjalanan agak mudah buat kami dan sepanjang perjalanan kami mendaki, hanya group kami saja yang ada.. tiada pula berselisih dengan mana-mana group..
sementelah hari kian senja, maka kami meneruskan semula perjalanan kami ke pos 2.. nampak agak tidak sesuai untuk mendirikan khemah di pos 2 maka kami lanjut ke pos 3.. perjalanan dari pos 2 ke pos 3 sedikit azab bila menghadap pacaknya tanpa henti.. hadoi.!!! maka kami buat keputusan untuk memacak tenda di kawasan lapang.. sekitar 7.30 petang hari sudah gelap.!!!! kami langsung mendirikan saja tenda dan ada pula yang dah perut berlubang.. hahaha.. masa untuk dinner di hutan.!!!
sekitar jam 6.18 petang |
nasi+kopi=indah |
menu makan malam kami? mudah saja.. hahahaha..
nasi putih//sup telur//ikan bilis pedas (tajaan dari sahabat napi)//air hangat untuk kesejukan malam
sesudah makan masing-masing mengantuk.. esok kena berangkat awal pagi untuk menikmati sunrise di Savana 1..
kami semua bersiap sekitar jam 3.30 pagi.. dan mulakan perjalanan pagi yang dingin sekitar jam 4.00 pagi.. sejuk sampai ke tulang.. 2 minggu sebelum kami mendaki di gunung merbabu, ada kematian kerana kesejukan melampau dek suhu tiba-tiba saja drop hingga 10 darjah celcius.. innalillahwainnalillahurajiun.. moga mangsa di tempatkan di kalangan orang beriman..
sekali lagi kami terkena.!!! hanya 15 minit mendaki kami selamat tiba di pos 3 yang lebih luas.. kami teruskan lagi perjalanan ke Savana 1.. di sinilah kami sudah terpana dengan percikan fajar yang masih samar-samar.. tapi sudah menggelodakkan hati kami untuk tidak terus berganjak.. statik.!!!
indah bukan.. memang niat kami dari mula mahu ke sini.. setiap kepenatan itu dibayar sebegini mahal.!!! Subhanallah.!!
setelah hari kian cerah kami teruskan lagi ke puncak.. dan sini kakak belanja dengan gambar nan indah.. hihihi..
melalui Savana 2 |
inilah savana 2.!!! |
ajemi dan lautan awan |
tanker & guider |
di depan itulah gunung Merapi |
sempatttt pakai pomade.!!! |
bersama pendaki lain-- |
Alhamdulillah.! mission accomplished.!!!
setelah lebih kurang sejam di puncak, kami langsung turun ke tapak tenda kami untuk persediaan makan tengah hari dan pulang.. dalam perjalanan turun hujan tanpa henti.!!!
sejuk?? jangan dicerita.. mulut sampai berasap ok.. tuh baru kat pos 2 belum kat pos 3 , savana 1 atau savana 2.. apatah lagi di puncak..
di sini kakak lampirkan sekali log perjalanan santai kami--
4.30PM: start trekking
5.40PM: Pos 1
6.18PM: Pos 2
7.40PM: parking tenda
4.00AM: summit attack
4.15AM: Pos 3
5.10AM: Pos sabana 1 (lepak layan sunset)
7.15AM: summit attack
8.15AM: Watu Lumpang
8.50AM: gerak bersama ke puncak
9.30AM: Puncak Trianggulasi (trek yang ini no discount pacak dia.!) rehat sekejap.!
9.40AM: Puncak Kenteng Songo
10.30AM: Dismissed dari puncak
12.15PM: tiba di campsite (yang tiba awal Napi//Ifan//Ajemi)
1.20PM: Hanif tiba di campsite
2.10PM: pokcik dan siti tiba--lunch bersama dan pack barang (hari masih hujan)
3.15PM: dismissed dari campsite
3.30PM: Pos 2
4.00PM: Pos 1 (tunggu pokcik dan siti dan ramai yang mendaki hari ni so jalan agak jammed maka kami terpaksa gerak turun)
5.00PM: tiba di basecamp (siap mandi dan makan malam)
**pokcik dan siti tiba sekitar jam 7 petang kerana cramp dan jalan agak lecak serta ramai pendaki
moga dengan bacaan ini dapat memberi sedikit gambaran untuk persiapan pendakian anda--
**wajib bawak windbreaker, suhu boleh drop bila-bila masa.. sediakan poncho jua..
januari hingga mac bukanlah waktu yang sesuai mendaki di indonesia dek cuaca yang sering hujan--
kami mendaki pada awal mac yang lalu..