Sunday, 30 December 2018

Unplanned Trip::Crossing borders::

Entri kali ini kakak nak share one whole day punya pengalaman bagaimana cross border dan how to adapt all the situations. Haa nampak seolah serius kan? Dah dapat teka ke next destination kakak? Hah? Belum.??? Kemonnnn.. Cargas sikit reader kesayangan kakak sekalian..

Oklah. Kakak berborak seolah kau orang ni depan mata pulak kan. Enough with the dragging. Actually masa sampai di terminal bas di Tabriz pagi tu kakak masih belum decide nak ke mana lagi dan ada jugak feel untuk stay 1 day kat Tabriz. Sayang pulak dah sampai tapi tak ke mana since by that time masih blur. Kakak ambil masa yang agak panjang untuk decide next destination pastu dah laa tak study sepatah haram pun. Cuma berpandukan apa saja yang tertera kat Maps.me dan kemungkinan-kemungkinan yang pasti diambil kira termasuklah minta pandangan dengan orang yang jaga kaunter tiket. Haa nampak dramatis sangat.. Siapa suruh tak study route kan.. Ermmm..

Setelah beberapa purnama, cheyyyy, jam jek.. Kakak decide untuk meneruskan perjalanan dengan keluar dari Iran. Kenapa nak keluar? Sebab tempoh berada di Iran tanpa visa adalah 14 hari saja, kakak pula tempoh perjalanan sekitar 16 hari. Haaaa... Hamekk.. Tak puas tak taulahhh kann..

Tbilisi,Georgia

Bagaimana? Mengapa? Naik apa? Berapa lama?
Sabar....

Kakak naik bas dari Tabriz ke Tbilisi dengan melalui sebahagian selatan Turki kerana Turki tak memerlukan visa. Ini adalah pengalaman yang barai paling kakak tak dapat lupakan. Mana tidaknya, hampir seharian atas bas. Mujur saja bas helok yakmat dan melalui setiap imigresen adalah amat memudahkan.

somewhere in Tabriz. masa on the way ke border.

Pengalaman kedua naik bas di Iran dan yang pertama crossing borders,
Kami sampai awal di terminal bas selepas ditemani Hamid. Masih banyak terima kasih yang nak kakak ucapkan pada beliau.
Kakak menunggu sehingga sekitar jam 10pm sampai terlentok, bas yang dinanti belum kunjung tiba. Tapi yang bagusnya, penjual tiket tu memang stay ngan kakak dan kemuncaknya apabila bas yang sepatutnya tiba di terminal hanya menunggu di tepi jalan mana entah. Mujur abang jual tiket tu sangatlah bertanggungjawab dan dia yang hantar kakak ke tempat bas tu dan memastikan kakak naik bas yang betul. Dia settle kan dari simpan beg sampailah tunjuk seat. Terima kasih bang.! Alhamdulillah perjalanan yang sentiasa dikelilingi orang-orang baik.!

Imigresen pertama adalah border Iran-Turki

Border yang kakak lalui adalah Gazargan border (Iran)-T.C.Ardahan (Turki).
Dengan mata barai, pikullah kakak segala barang persendirian keluar dari bas. Proses pemeriksaan luggage dijalankan. Pengalaman yang paling best adalah bila passport kau lah yang paling senang melepasi semua prosedur. Kurang sejam semua selesai dan kakak merupakan orang pertama yang selesai. Pertama trip bas kakak lah pastinya. Hehe. Nak jugak kan. Dah selesai cop passport di imigresen Turki, tempat menunggu sangatlah biasa saja. Pandai-pandailah kau. Gitu caranya. Tapi yang best, keluar saja dari pintu imigresen ada seorang mamat ni menyapa dan menghulurkan chai. Sumpah sedap sebab cuaca amatlah sejuk ketika itu. Yang selesai awal kami je dan yang lain tu lama jugak baru muncul. Semuanya selesai sekitar jam 7.00am dan bermulalah perjalanan kami di Turki. Haaa yang pasti mujur jugaklah kakak ni cekap cam orang yang satu bas. risau jugak ketinggalan. Berhuhu pulak kat border nanti.

laluan menuju ke border Turki

terima kasih awaa yang bagi chai ni. sedap.!

persekitaran border Turki-Iran

nyaris mereput tunggu bas settle kat imigresen



Sepanjang perjalanan kakak dari border Turki-Iran adalah disajikan dengan pemandangan yang menarik. Lebih menarik lagi semasa melalui Kars, Turki. Dia punya view gunung tu memukau langsung teringat Litang di China. Sepanjang perjalanan hanya 2 kali sahaja bas berhenti rehat. Di kawasan Kars ni agak tandus dan pemandangan kampung sangat. Kakak lupa nak tukar duit Lira sikit so berhuhu jugaklah kat RnR sana. Mujur saja ada biskut menemani dan air yang siap refill masa di Tabriz. Sekitar jam 1.30PM kami selamat tiba di border Turki-Georgia.



sejenis RnR masa on the way ke border Turki-Georgia









Imigresen kedua adalah border Turki-Georgia

Kali ini border yang kakak lalui adalah T.C.Agri,Giris (Turki)-Vale (Georgia).
Sistem imigresen di Georgia sangat kemas dan di sana terdapat penukaran wang juga dan rate agak berbaloi. Kakak menghadapi sedikit kesulitan di mana ubat yang kakak bawa tak lepas imigresen. Ok semua ubat yang mengandungi apa saja by the name of drug such as Atropine ke apa ke memang tak lepas. Kakak di bawa ke bilik khas untuk diperiksa sekali lagi yang mana semua barang kakak dalam beg kena selongkar.!! Hah.! 1st time experienced this. However, all the officers are so good & kind which is they asked kakak politely so I feel safe and relax. At last jumpa jugak, rupanya ubat Lomotil (Atropine+Diphenoxylate) yang menyebabkan kakak sangkut. Ubat ini untuk menghentikan cirit-birit. Jadi mereka bagi option pada kakak sama ada mereka buang atau kakak yang buang. Bila kakak suruh diorang buang, diorang suruh kakak pulak. Haha. Tapi semuanya terkawal. Haa kakak jugak antara yang terawal melepasi imigresen jadi tiada masalah sementara tunggu penumpang Iran untuk cross border. Masa ni pula perut dah mula bergendang. Biskut dah tak boleh nak relaxkan perut. Haha. So meratah maggi jelah. Asal boleh jek. Alhamdulillah semuanya baik-baik sehinggalah kami tiba di bandar Tbilisi. Sepanjang perjalanan juga, kami melalui kawasan bukit yang mengeluarkan air borjomi. Sparklng mineral water. Memang sedap.! Pastu kan kat sini ada train weyh.!! Kalau dapat naik train tu bukan main seronok lah haiiii.! Feeling dia sama macam kunjungan kakak di Simla di mana train dan kereta laluan sebelah-sebelah je. Gosh.!! Stunning dengan bukit or gunung whatever. Kami selamat tiba di Tbilisi sekitar jam 7.00PM dan kelam-kabut juga cari pengurup wang.! Pastu menyesal sebab tukaran wang di border Georgia tu lebih murah.! Tak pelah takda rezeki kan.









persekitaran di border Georgia
Kami memulakan perjalanan dengan tak tahu macam mana. Mula nak naik teksi tapi local cakap mahal better naik matruska (sejenis van/bas kecil/entah lah tapi saiz camtula). Kami naik matruska dengan bantuan seorang Iranian yang bekerja di Tbilisi. Namun, hostel kami semakin jauh pula dari tempat yang sepatutnya. Memang susah payah betul hari pertama di Tbilisi. Kami terpaksa berjalan kaki dengan tenggiling besar masing-masing sekitar 2.7km. Menangis weyh.! Dahlaa sejuk.!! End up sampai jua. Hostel dia baik punya. Kakak stay mixed dorm saja dan yang palng best takda siapa. Hanya kakak dan partner berdua saja. Barang sukati sepah.!! Hahaha.

menara apa tah tapi nih kakak snap masa dah barai berjalan cari hostel

Baiklah. Penutup entri ini kakak cuma nak kongsi hari ini merupakan hari paling menarik buat kakak sebab on my birthday kakak sambut di 3 negara berbeza.!!! Sounds great huh.!! Ketiga-tiga negara cop passport pada tarikh berkenaan. Tiada hadiah yang paling baik dari ini.

Saturday, 13 October 2018

::Iran::Tajrish::Tabriz::

Sejenak kerajinan menerpa. Entri kali ini juga santai. Walaubagaimanapun, pagi hari kedua di Tehran agak chilly kerna hujan. Kami layan breakfast like a boss di hostel sambil tunggu mood untuk meneruskan perjalanan sambil berkenalan dengan team abg Fitri. Ternyata mereka jua bukanlah biasa-biasa. Perjalanan kakak masih samar-samar tapi sepertinya ingin langsung ke Tabriz yakni utara Iran.

Setelah hujan kian teduh, kami bersiap keluar menuju ke terminal bas antara bandar dengan menaiki subway saja. Haa untuk yang ingin menaiki bas antara bandar, terdapat dua terminal which is West Bus Terminal dan Tehran North Bus Terminal. Sebelum kami gerak ke subway, kami sempat bertanya dengan receptionist hostel tentang perbezaan antara dua terminal ni sebab destinasi seterusnya adalah berbeza buat kakak dan team abg Fitri. Menurut beliau main bus terminal adalah di West Bus Terminal dan memandangkan team abg Fitri mahu ke Esfahan dan kami pula ke Tabriz maka receptionist kami mencadangkan keduanya boleh dibeli di West Bus Terminal. So, ayuh ke West Bus Terminal.

West Bus Terminal (WBT)
 From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Shahid Beheshti (change to line 3) -- Vali Asr (change to line 4) -- Meydan-e Azadi

ATAU

From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Darvazeh Dowlat (change to line 4) -- Meydan-e Azadi

Tehran North Terminal
From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Shahid Beheshti (change to line 3) -- Rahahan

Ok. Nampak complicated kan perjalanan subway ke WBT. Actually kakak pilih route pertama sebab lebih dekat antara stesen dan kakak ni sejenis leka sikit so kalau lama stay dalam subway sel-sel otak bisa hilang dari radar. Hahaha.

Bila dah sampai di stesen Meydan-e Azadi, ada signboard ke terminal bas. Tapi kakak macam biasa akan tengok crowd pastu follow the crowd tapi jangan pula korang follow the crowd membabi buta. Kalau tak sure tanya saja. Orang Iran ni semua yang kakak jumpa sangat helpful. Terminal bas ni perlu jalan kaki sekitar 700m (ini cuma anggaran saja) so boleh tahan jauh jugak dari subway.

Kat sini juga ada Azadi Tower yang baru siap dibina dan telah dibuka semasa kunjungan kakak. Kita sembang pasal tiket bas dulu eh. Tiket bas dari Tehran-Tabriz sekitar IRR400k untuk seorang. Ada banyak jenis bas dan terpulanglah nak naik yang mana dan kebanyakkannya gerak pada waktu petang dan malam. Perjalanan mengambil masa sekitar 7-8 jam. Jadi, kakak memilih naik bas malam saja. Lebih mudah takyah fikir pasal tempat tidur.

Ini hiasan di dinding subway


Nampak patung ni kira korang berada di jalan yang benar

sekitar kawasan menunggu bas

Haa jawi tuh dalam bahasa parsi. Kalau korang faham bahasa parsi so senanglah nak cari mana 1 bas korang. Kalau tidak tanya saja di kaunter.

kawasan menunggu dalam terminal. Semua fasiliti agak baik.


Kakak beli tiket bas kat sini. Sebab time yang paling in ngan jadual kakak. Eh jap! Tiber ada jadual. Hik hik.

Contoh tiket bas Tehran-Tabriz
Seterusnya, tentulah pergi menapak ke Azadi tower itu. Bersepah bunga tulip sekitarnya. Geram je nak petik.

Inilah Azadi Tower




Panas? Manada. Hahaha. Macam nak melecur kulit.! Kulit kakak dahlah persis lilin. Cair baqhang.!!
Kemudian mestilah kami makan-makan dulu sebab lepas ni nak ke Tajrish pulak. Haa lama nak menempuh subway.

Haa nampak tak semua pakat berteduh kat sana. Sambil tu beli Falafel. Sedap jugak.

Hanya demi sekeping gambar jek ni tapi dan laa habis makan. Hehehe.
Tajrish sangat terkenal bila tibanya musim sejuk. Tapi musim bunga pun not bad cumanya gunung dia dah takda litupan salji. Kalau tak mesti berdarah lagi hidung. Hahahaha.

Tajrish ni boleh naik subway je which is di Line 1. So, agak jauh laa bagi kami yang dari Meydan-e Azadi ni. Tak traveller lah kalau mengeluh kan? hehehe. Kami nikmati perjalanan kami dengan santai dan relax. Tajrish tu apa je ada? Ada Mt. Tochal yang boleh naik cable car untuk menikmati permandangan gunung tapi kakak tak pergi pun sebab nak setting balik hostel awal. Bas kakak akan bertolak malam ni jugak. Nampak kan macam tak sabar benar nak keluar dari Tehran. Nikmati foto serba sedikit Tajrish Bazaar dan Imamzadeh Saleh Shemiran. By the way, Tajrish ni agak dingin kalau nak dibandingkan dengan bandar Tehran.

Halus betul ukiran ni. Adore sangat!

Somewhere inside subway


menuju Tajrish Bazaar





Haa kakak tak tahulah ni sayur ke apa tapi dah macam brokoli panjang pun ya jugak

Besar dan ranum betul stoberi depa ni

Batang saderi dia memang besar.!! Nampak sedap kalau dapat makan camtu je.!


Imamzadeh Saleh Shemiran
Untuk masuk kat kawasan masjid ni wajib berjubah. Walaupun kami memakai pakaian labuh, masih kena pakai kain tu sekadar balut tubuh. Bau? Ya ampun. Biasalah barang yang public guna kan. Tapi kami pakailah jugak walaupun tak faham untuk apa. Penat juga tanya security sana untuk apa tapi malangnya sembang ayam itik. Huhu.



Senibina kat Iran ni tak adalah yang mengecewakan.!

Orang Iran memang suka bergambar dengan foreigner. So, kalau tetiba kena sapa ajak bergambar jangan pulak kau nak aneh sangat. Layan jek bak kau artis fofular.! Hahaha.

Hai awaa.!😍

Ini batu peringatan. Tak sure kalau ini adalah makam ke apa.

Garam! Tiber ada mokcik berjubah tolak-tolak suruh kakak ambil sebagai sedekah beliau.

OK. Mendalah dalam botol yang tergantung tu punyalah mahal.! It's Saffron.!

Awak nak makan kacang ngan kite takkk? Hahaha..
Di Tajrish kami menikmati sesuatu yang di luar kebiasaan di mana di tengah-tengah bazaar akan ada talam yang diletakkan di atas kerusi. So, mulanya kami rasa semacam aneh. Pastu kami nampak beberapa orang beli kurma dan gula-gula kemudian diletakkan sebahagian di dalam talam. Pastu ramailah orang yang lalu-lalang ambil. Oh pastu kami pun pantas melakukan yang sama. Ambil beberapa biji gula-gula dan gula-gula tu sangat sedap hokeyh.! Nak balik Mesia nanti memang kakak akan beli. The taste was different & taklah macam manis sangat.!

Sempat juga kami try makanan di restoran Tajrish ni. Paling best dan unik nasi dalam lada benggala (capsicum) Sumpah sangat sedap. Capsicum tu pun tak lembik dan memang ia dimasak helok bersama nasi. Kalaulah boleh belajar.! Teringin nak buat. Sorry weyh takda gambar sebab terlalu kagum, sedap & lapar. Dah setel baru pasan takda gambar. So sad but my stomach so happy to taste such good foods.

Akhirnya tiba sudah masa untuk kami berpisah dengan team abg Fitri. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Esfahan keesokan pagi dan kami pula gerak ke Tabriz malam ni. Suasana di bus terminal pada waktu malam sangat meriah sebab ada pasar malam. Barang agak murah berbanding di bazaar so kalau nak shopping boleh juga try cari di pasar malam camni.

Bagaimana kakak dapat naik bas yang betul? Firstly, sampai je teminal bas kakak terus cari kaunter beli tiket tadi. Guess what? Kaunter tuh dah tutup guys.!! Cuak? Mestilah.!! Even kakak sampai awal, perkara seperti ini jauh dari sangkaan kakak. Huwaaaa.!!! Nangis lam hati sesaat.! Pastu, kakak kan artis fofular, maka mujur saja ada yang cam kakak datang beli tiket pagi tadi. Alhamdulillah syukur yakmat masa tu. Pastu brader tu lah yang guide kakak sampai naik bas. Dia pun suruh kakak tunggu depan kaunter bas dia. Baiknya dia.! Moga beliau sentiasa di bawah rahmat Tuhan.

Bas yang kakak naik super selesa.! Memang A lah citer dia. Sampai tak sedar dah nak sampai Tabriz dan subuh menjelma.



Tol gate di Iran


Ini adalah bus terminal di Tabriz. Baru. Cantik. Selesa.!

Tiket bas mana nak pergi pulak lepas ni

Try to guess okay.!


Kakak menyapa sorang mat salleh ni tanya kot dia nak car pool ke bandar ke camne kan. Takda bas yang singgah di terminal tu ataupun orang kaunter tu tak faham apa yang kakak tanya terus jawab NO. huh.! Mat salleh tu ON. hahaha. memang dia tengah cari orang untuk ke bandar Tabriz bersama.



Bazaar once again.!
Lepas teman mat saleh ni simpan beg kat hostel dia, maka kami pun terus gerak acah killing time sementara tunggu malam. Mulanya nak ke Kandovan tapi macam tak tahu nak pergi macam mana. So, apa yang kakak perlukan sekarang adalah wifi untuk meneruskan hidup. hahaha.




Bazaar ni bukan suram sebenarnya bazaar ni tutup hari Jumaat.! hahahadoi. Petang baru beroperasi. Sebab tu ada sikit je yang buka. Oklah takda lah sesak kan. Ayat sedapkan hati bila kau dah tak tahu nak ke mana sebenarnya. Ingatkan boleh cuci mata kat bazaar.

Bye Mr. X. Hah.! Tak ingat nama beliau senarnya. Ampun.!
Bila kita mengembara ni, kakak boleh cakap Tuhan sentiasa tolong memudahkan perjalanan. Kakak dipertemukan dengan orang yang baik dan itu jualah doa kakak sepanjang bermusafir. Doa orang bermusafir ni kan mujarab.! Dah jauh entah ke mana berjalan, lapar mula menguasai diri. Tercari-cari juga kedai makan mana yang buka. Yang jual kebab, falafel ada je yang buka tapi sebab kakak mencari nasi maka tetap nak nasi. Rindu.! Terjumpa sebuah kedai ni, agak kecil dan oklah untuk lepak makan kejap kan since nampak ada sorang mamat ni makan nasi. Hahaha. So, kakak pun masuklah kedai tu, pastu nak order. Takdir Tuhan tak pernah salah. Mamat yang kakak usha makan nasi tu last sekali tolong orderkan untuk kami sebab dia boleh berbahasa inggeris padahal dia nak pi bayar makanan dia. Then dia wish, have a nice day in Tabriz. Aduh.! Baiknya lahaiiii.

Tiber dia datang balik weyh. Padahal dia dah keluar kot dari kedai makan tu. Datang pulak terus tarik kerusi dan duduk dengan kakak. Langsung borak kata nak temankan makan pastu tanya nak pergi mana je lepas ni, apa planning. Ermm kakak memula kena jawab ke soalan mamat ni. Tapi beliau nampak kot muka kakak ada sikit macam insecure pastu terus dia bagitahu niat dia. Syukur. Orang baik rupanya. Hahaha. Drama sangat kannn.

Habis makan ingat nak lepak santai merehatkan kaki. Mamat tu pulak terus ajak borak pastu dia ajak jenjalan. Dia boleh guide kan. Kakak terus cakap kakak takda duit nak bayar guide bagai ni. Hahaha. Sekali dia macam marah sikit sebab dia kata kakak ni tetamu dia, so jangan gundah. Dia ikhlas bawak jenjalan. Terus dia ajak naik bas. Haa ni agak cuak bila naik bas, dia dah lah lelaki kan so, dalam bas tu ada pembahagi untuk perempuan ngan lelaki. Gosh.!! What I suppose to do? Kat stop mana kena turun ni? Huaaaa.. Jenuh jugaklah kakak terjengket-jengket cari dia mana tahu dia tinggal kakak begitu je kan. Huhuhu. Dah sampai tempat nak turun, dia jerit "Hana.! Here.!" Haaaaa hamek kau.! Satu bas dah tahu nama kau. Hahahaha. Mana aje lah mamat ni bawak kan. Rupanya pergi E-Goli tempat bersemanyam sultan zaman dulu kala. Nah selamat nikmati permandangan di E-Goli. Kolam mandi Di-Raja.

Tulip kat sini lagi cantik dan segar sebab kat sini dingin lagi

Yang ada kubah tu tempat puteri-puteri bersemanyam

#teambison #teamperak

Masa kakak ambil foto ni pun diorang semua tengok kakak macam alien

peminat lawa baqhang.! hahahaha

berebut nak ambil gambar. sabar. kakak bisa melayan kalian berfoto. Kah.!

Haa.. nilah mamat yang baik hati ittew.

family ni acah nak borak tapi tu lah bahasa jadi penghalang. kakak cakap jek bahasa melayu dengan dia.

Haa.. ini adalah Hamid.. Baik orangnya.! Thanks a latte Hamid.!
Alhamdulillah perjalanan di Tabriz ni walaupun tak ke mana tapi layanan memang A sangat.! Boleh dikatakan sepanjang perjalanan termasuklah makan semua di bawah tajaan Hamid ni. Sampai nak beli aiskrim pun dia nak jugak bayar. Segan weyh. Lunch tadi pun dia bayar. Fare teksi sampai terminal pun dia bayar. Punyalah dia jaga kami untuk pastikan kami tiba di tempat yang betul padahal bas dia yang last dia dah terlepas sebab nak hantar kami. Gosh.!! Terharu!

Dalam banyak-banyak menda yang kakak borak dengan Hamid ni paling kakak kagum bila dia cakap "I really like your Prime minister DR. Mahathir Mohamed" Kakak like huh?! Teruslah kakak menjual nama Malaysia dengan lebih baik lagi. Moga beliau juga sentiasa diberkati dan harap apa yang diimpikan beliau tercapai. Haah ya. Dia cerita semua impian dia pada kakak.

Ke mana kakak selepas ni? Haa dah terjemahkan tiket tadi?....
Nantikan entri seterusnyaaaaa... Bye for now.!