Friday, 14 September 2018

::Iran::

Sudah lama kakak tidak menulis entri. Rindu nak menulis tapi apakan daya terlalu banyak 'distraction' gittew. Mungkin entri ni terlalu lewat untuk kalian sementelah penerbangan tambang murah hentikan penerbangan ke sana. Tapi tak mengapa, kakak anggap ini adalah ruangan untuk kakak mengimbas kembali memori. hehehe.

Bila kakak memilih destinasi Iran, ramai teman kakak pertikaikan 'selamatkah Iran?' 'kenapa Iran?' dan berbagai lagi. Terus terang kakak katakan, maklumat sebelum kakak ke Iran sangatlah limited termasuklah dalam penempahan hotel/hostel dan sebagainya. Kakak pergi dengan ketabahan yang menggunung dan selalu berdoa moga perjalanan ini dipermudahkan.

Penerbangan kakak adalah dari Kuala Lumpur ke Tehran. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 6 jam dan paling barai adalah mata kerana perbezaan waktu sekitar 3 jam setengah. Nampak macam 3 jam je kot kan tapi bila dah kat sana sumpah mata barai dengan mengantuk awal, mujurlah biasa tidur lambat.

Setibanya di lapangan terbang Imam Kohmeni Tehran, selepas selesai urusan imigresen, kakak terus saja keluar dan kalian punya pilihan untuk mengambil insurans atau tidak yang dijual di lapangan terbang (tak wajib). Kakak dah ada travel insurans sendiri maka kakak tidaklah mengambil insurans tambahan. Pengurup wang di airport adalah pilihan terbaik dengan nilainya yang tinggi. Kakak menukar lebih kurang USD50 kepada Iranian Riyal (IRR).

*Info tambahan*
Visa Iran adalah tidak diperlukan kerana Malaysia boleh melancong ke Iran dengan tidak melebihi 14 hari. Kakak sesiap screenshot maklumat tersebut jika dipersoalkan oleh pihak imigresen Iran.

Oleh kerana kakak tiba di airport tengah malam, maka kakak memilih untuk overnight saja di sana dan paling menyedihkan tiada wifi disediakan walaupun di restoran & cafe. Mujur saja semasa kakak check-in luggage semasa di KLIA2 sempat berkenalan dengan abang fitri dan rakannya. Depa lah bagi maklumat hostel buat kakak. Mekasih abang kakak sekalian.!!!

sobahul khair Tehran.!
tak banyak info yang boleh didapati di airport semasa kunjungan kakak. Nak cari satu brochure pun susah apatah lagi map metro. By the way, abang fitri & friends kena scam sikit masa diorang naik teksi malam sejurus tiba di airport. So korang bolehlah beware. Mungkin tak semua tapi scammer masih ada.

Kakak tidur betul-betul di depan surau. Agak aneh bila mendengar azan subuh. Tapi kakak masih solat di surau cuma lewat sedikit untuk memberi ruang kepada mereka untuk solat terlebih dahulu. Juga ingin mengurangkan perhatian buat kakak pabila kakak menunaikan solat. Usai solat, kakak mula mencari-cari maklumat untuk ke bandar Tehran. Rata-rata harga teksi dari airport ke bandar Tehran sekitar IRR700k-800k/teksi. Agak mahal buat kakak yang berdua dengan teman. Solusi lain kami ditawarkan prebet sapu dengan harga IRR280k ke stesen metro yang terdekat berbanding terus ke bandar Tehran.

katil tidur first night di Iran. Lena sampai subuh kot.

inilah surau di airport. kesenian tetap utuh dan anggun
 Yang paling kakak suka bila solat di sini adalah semua jemaah tak kiralah muda ke tua mampu tanggalkan kasut dan susun kat lokar yang disediakan. tidaklah bersepah kat luar tu dan sentiasa memberi ruang antara satu sama lain.

Sepanjang perjalanan keluar dari airport. Pagi pertama kami di sini.
 Perjalanan kakak ke stesen metro terdekat Haram e-Motahar-e Imam Khomeini St.(Line 1) mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan dari airport, . Setelah tiba di stesen metro, kami agak kesenduan bila tiada satu signage yang dapat difahami melainkan gambar. Apatah lagi bila mengenangkan bagaimana nak cari stesen metro dan line yang betul untuk ketemu hostel yang kami bakal pergi. Peluh kejap! Haaa.. Mujur ada seorang pakcik ni kami berjaya untuk menarik perhatian beliau untuk meminta map metro. Selamat kejap rasa.

Kami yang separa panik, beli saja tiket ke stesen yang kami nak turun. Yang seronoknya, metro kat Iran ni memisahkan coach wanita dan lelaki. Selamat betul. Tapi apa kan daya, mostly wanita Iran ni bertubuh tinggi dan besar berbanding kakak (besar doesn't mean gemuk ok) yang teramatlah moleknya. hahaha. kena himpit dengan beg besarnya depan belakang. Sesak nafas weyhhhhh.!

Perjalanan panik kami bermula di sini

Ada nampak muka mami happy? Hahaha. Semput kena himpit dengan beg sendiri.

Tafakur kejap lepas sesak nafas dalam metro. Cari ilham pintu mana satu yang nak dipilih.
 Alhamdulillah.! Segala kesulitan berjaya kami atasi dengan baik. Kami ke hostel dengan bangganya dan barai.!!! Hahahaha. Mujur kakak tak tukar duit Iranian Riyal banyak sebab kat hostel kena bayar dengan nilai USD. Gosh! So mahal.

Inilah Persian Hostel. Nampak signboard ni kira betul lah tu.

tempat lepak di Persian hostel

*Persian Hostel*
Untuk dorm, tak kisahlah mix dorm ke female dorm ke harga sama jek.. USD15/night
Naik metro turun di St. Shahid Mofatteh, walk distance around 5-10minutes depends on your pace and traffic sebab nak lintas jalan bagai pastu orang pun ramai.
Mujur juga dari Haram e-Motahar-e Imam Khomeini St -- Shahid Mofatteh St adalah di atas line yang sama. Tak adalah nak serabut tukar line ke apa.

REVIEW HOSTEL
clean: 4/10 [dorm tak tukar linen/cadar]
friendly: 7/10 [receptionist kacak tapi dah ada girlfriend]
location: 8/10 [close to metro-bakery shop (kek sedap!)-kedai runcit-pos office]
pantry: 4/10 [disediakan peti sejuk dan dapur tapi equipment sendirian berhad]
breakfast station: 8/10 [breakfast Iranian sytle-roti arab/teh iran-air panas kena minta baru disediakan]

Ok bagi chance kakak rest dulu eh. Pasni entri ke mana kakak pergi sekitar Tehran pulak.