Oklah. Kakak berborak seolah kau orang ni depan mata pulak kan. Enough with the dragging. Actually masa sampai di terminal bas di Tabriz pagi tu kakak masih belum decide nak ke mana lagi dan ada jugak feel untuk stay 1 day kat Tabriz. Sayang pulak dah sampai tapi tak ke mana since by that time masih blur. Kakak ambil masa yang agak panjang untuk decide next destination pastu dah laa tak study sepatah haram pun. Cuma berpandukan apa saja yang tertera kat Maps.me dan kemungkinan-kemungkinan yang pasti diambil kira termasuklah minta pandangan dengan orang yang jaga kaunter tiket. Haa nampak dramatis sangat.. Siapa suruh tak study route kan.. Ermmm..
Setelah beberapa purnama, cheyyyy, jam jek.. Kakak decide untuk meneruskan perjalanan dengan keluar dari Iran. Kenapa nak keluar? Sebab tempoh berada di Iran tanpa visa adalah 14 hari saja, kakak pula tempoh perjalanan sekitar 16 hari. Haaaa... Hamekk.. Tak puas tak taulahhh kann..
Tbilisi,Georgia
Bagaimana? Mengapa? Naik apa? Berapa lama?
Sabar....
Kakak naik bas dari Tabriz ke Tbilisi dengan melalui sebahagian selatan Turki kerana Turki tak memerlukan visa. Ini adalah pengalaman yang barai paling kakak tak dapat lupakan. Mana tidaknya, hampir seharian atas bas. Mujur saja bas helok yakmat dan melalui setiap imigresen adalah amat memudahkan.
somewhere in Tabriz. masa on the way ke border. |
Pengalaman kedua naik bas di Iran dan yang pertama crossing borders,
Kami sampai awal di terminal bas selepas ditemani Hamid. Masih banyak terima kasih yang nak kakak ucapkan pada beliau.
Kakak menunggu sehingga sekitar jam 10pm sampai terlentok, bas yang dinanti belum kunjung tiba. Tapi yang bagusnya, penjual tiket tu memang stay ngan kakak dan kemuncaknya apabila bas yang sepatutnya tiba di terminal hanya menunggu di tepi jalan mana entah. Mujur abang jual tiket tu sangatlah bertanggungjawab dan dia yang hantar kakak ke tempat bas tu dan memastikan kakak naik bas yang betul. Dia settle kan dari simpan beg sampailah tunjuk seat. Terima kasih bang.! Alhamdulillah perjalanan yang sentiasa dikelilingi orang-orang baik.!
Imigresen pertama adalah border Iran-Turki
Border yang kakak lalui adalah Gazargan border (Iran)-T.C.Ardahan (Turki).
Dengan mata barai, pikullah kakak segala barang persendirian keluar dari bas. Proses pemeriksaan luggage dijalankan. Pengalaman yang paling best adalah bila passport kau lah yang paling senang melepasi semua prosedur. Kurang sejam semua selesai dan kakak merupakan orang pertama yang selesai. Pertama trip bas kakak lah pastinya. Hehe. Nak jugak kan. Dah selesai cop passport di imigresen Turki, tempat menunggu sangatlah biasa saja. Pandai-pandailah kau. Gitu caranya. Tapi yang best, keluar saja dari pintu imigresen ada seorang mamat ni menyapa dan menghulurkan chai. Sumpah sedap sebab cuaca amatlah sejuk ketika itu. Yang selesai awal kami je dan yang lain tu lama jugak baru muncul. Semuanya selesai sekitar jam 7.00am dan bermulalah perjalanan kami di Turki. Haaa yang pasti mujur jugaklah kakak ni cekap cam orang yang satu bas. risau jugak ketinggalan. Berhuhu pulak kat border nanti.
laluan menuju ke border Turki |
terima kasih awaa yang bagi chai ni. sedap.! |
persekitaran border Turki-Iran |
nyaris mereput tunggu bas settle kat imigresen |
Sepanjang perjalanan kakak dari border Turki-Iran adalah disajikan dengan pemandangan yang menarik. Lebih menarik lagi semasa melalui Kars, Turki. Dia punya view gunung tu memukau langsung teringat Litang di China. Sepanjang perjalanan hanya 2 kali sahaja bas berhenti rehat. Di kawasan Kars ni agak tandus dan pemandangan kampung sangat. Kakak lupa nak tukar duit Lira sikit so berhuhu jugaklah kat RnR sana. Mujur saja ada biskut menemani dan air yang siap refill masa di Tabriz. Sekitar jam 1.30PM kami selamat tiba di border Turki-Georgia.
sejenis RnR masa on the way ke border Turki-Georgia |
Imigresen kedua adalah border Turki-Georgia
Kali ini border yang kakak lalui adalah T.C.Agri,Giris (Turki)-Vale (Georgia).
Sistem imigresen di Georgia sangat kemas dan di sana terdapat penukaran wang juga dan rate agak berbaloi. Kakak menghadapi sedikit kesulitan di mana ubat yang kakak bawa tak lepas imigresen. Ok semua ubat yang mengandungi apa saja by the name of drug such as Atropine ke apa ke memang tak lepas. Kakak di bawa ke bilik khas untuk diperiksa sekali lagi yang mana semua barang kakak dalam beg kena selongkar.!! Hah.! 1st time experienced this. However, all the officers are so good & kind which is they asked kakak politely so I feel safe and relax. At last jumpa jugak, rupanya ubat Lomotil (Atropine+Diphenoxylate) yang menyebabkan kakak sangkut. Ubat ini untuk menghentikan cirit-birit. Jadi mereka bagi option pada kakak sama ada mereka buang atau kakak yang buang. Bila kakak suruh diorang buang, diorang suruh kakak pulak. Haha. Tapi semuanya terkawal. Haa kakak jugak antara yang terawal melepasi imigresen jadi tiada masalah sementara tunggu penumpang Iran untuk cross border. Masa ni pula perut dah mula bergendang. Biskut dah tak boleh nak relaxkan perut. Haha. So meratah maggi jelah. Asal boleh jek. Alhamdulillah semuanya baik-baik sehinggalah kami tiba di bandar Tbilisi. Sepanjang perjalanan juga, kami melalui kawasan bukit yang mengeluarkan air borjomi. Sparklng mineral water. Memang sedap.! Pastu kan kat sini ada train weyh.!! Kalau dapat naik train tu bukan main seronok lah haiiii.! Feeling dia sama macam kunjungan kakak di Simla di mana train dan kereta laluan sebelah-sebelah je. Gosh.!! Stunning dengan bukit or gunung whatever. Kami selamat tiba di Tbilisi sekitar jam 7.00PM dan kelam-kabut juga cari pengurup wang.! Pastu menyesal sebab tukaran wang di border Georgia tu lebih murah.! Tak pelah takda rezeki kan.
persekitaran di border Georgia |
menara apa tah tapi nih kakak snap masa dah barai berjalan cari hostel |
Baiklah. Penutup entri ini kakak cuma nak kongsi hari ini merupakan hari paling menarik buat kakak sebab on my birthday kakak sambut di 3 negara berbeza.!!! Sounds great huh.!! Ketiga-tiga negara cop passport pada tarikh berkenaan. Tiada hadiah yang paling baik dari ini.