akhirnya aku punya masa untuk menghapdet entri-entri yang banyak tertangguh.!!
macam retisss kann.. hahahha..
entri aku kali nih aku nak story pasal pengalaman hado aku mendaki Gunung Liang..
1stly, Gunung Liang nih terletak di Tanjung Malim, Perak.. mempunyai 2 puncak iaitu puncak timur dan barat.. pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang 6 jam jugaklah dan bertambah penat kalu daki secara daypack.. camping lebih menarik sebab aku dan kawan-kawan agak newbie as hikers nih.. hehehe.. but dun worry nanti aku story slow n steady experience kat sini hokeh..
aku sebenarnya dah lama sangat tak mendaki gunung.. tapi dolu-dolu tu lebih kepada bukit bukau sahaja.. tak lah sehebat mana pun.. amateur jugak laa.. aku start terjebak bila aku dah rasa badan aku semakin "sihat".!!! agak menyedihkan jika aku biarkan sahaja... aku join 1 group di pesbuk dan ada kakak nih post pasal mendaki.. so, aku pun rasa macam nak join sebab nak try bercamping kann tambahan pula ianya sebagai batu loncatan buat aku untuk kurangkan "sehat".. wink* wink*
aku pun ajaklah sorang kawan untuk join.. Aida.. dan Aida pulak ajak Ida.. maka bertigalah kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.. perjalanan dimulakan pada 16 mei 2014 hari jumaat pada malam hari sebab esok pagi-pagi dah nak kena bersiap untuk naik terus.. kami meet up kat tol Tanjung Malim sebab yang join pun suma orang luar dari Perak..
perkenalan yang singkat.. mula-mula agak awkward jugak sebab bila join group yang kita tak kenal sesiapa dan diorang pulak rapat dan dah memang 1 group.. huhuk.. sampaikan kami decide untuk stay bertiga kot-kot kalu tak boleh nak ngam dengan group hiking nih.. maklumlah kami kan amateur.. hehehe..
1st night adalah di kaki gunung.. tidur di bawah langit nan gelap yang ditaburi bintang-bintang yang bergemerlapan.! kemoinn ayat kannn... pabila hari kian cerah maka kami pun get ready barang-barang yang nak dibawa naik ke gunung or camp site..
antara barang-barang yang dibawa adalah:
1. perkakas mandian yang secomel mungkin untuk jimatkan ruang
2. sleeping matt
3. sleeping bag
4. baju 2/3 helai
5. seluar 1/2 helai
6. ration (bekalan makanan)
7. lampu suluh (headlamp lebih bagus)
8. towel
9. 1st aid
10. etc
kononnya nak tidur laa kann.. last-last memang tak dapat nak tidur sebab masa tuh pun dah nak menjelang subuh.. mokcik kantin a.k.a kak reen rose tengah usaha masak bihun goreng tomyam dengan head lamp.. memang agak teruja di situ.. <terorlah mokcik nih.!!! hehehehehe..
bila hari kian cerah, kami pakat membuat final packing dan double check semua barang keperluan yang penting.. memang taklah untuk berpatah balik kann.. hihihi..
*i is malu-malu kucin* |
*ida dan aida* |
*re-packing barang* |
*kat flyer nih laa kami tidur* |
*hujan renyai-renyai* |
*bags are ready hot to go* |
*susun beg ekot tinggi katanya* |
*warming-up* |
oklah sekian buat entri episode 1 nih.. nanti panjang sangat bosan pulak ye tak..
kita story ringkas dan padat.. kononnya biar foto berbicara.. kuikuikui..
adios.!
2 comments:
assalamualaikum hana.. try la gi gunung angsi nanti.. syok, sambil mendaki dok mandi air sungai.. sejuk giler air dia... hihi..
waalaikumsalam.. nak try jugak 1 day tp a bit bz kononnya skrg nih.. tak sangka nadiah pun suka hike eh.. hehehe.. ^_^
Post a Comment