Sunday, 5 October 2014

Busan Part 2.1::Taejongdae::Jagalchi Market::

Alhamdulillah....
Lebih kurang jam 10++ aku selesai menjelajah setiap ceruk Gamcheon Culture Village.. Aku juga berjaya selesaikan misi cop kat booth terpilih.. Jadi ada baiknya aku teruskan perjalanan..

Mula-mula aku macam kompius jugak lepas ni nak ke mana walaupun aku ada itinerary. Aku cuba fikir secara logikal perjalanan aku supaya aku dapat jimatkan masa dan tenaga.. Jadi peta yang di bagi oleh Mr. Kim sangat jelas bab naik bas, subway line berapa dan exit..

Taejongdae.!!!
Ya aku teruskan perjalanan ke sana..
Dari Toseong St. aku turun kat Nampo St. exit 6 dan cari bus stop menghala ke Taejongdae. bas ke Taejongdae no 8, 30, etc.. macam aku naik bas no 30 sebab bas itu yang ada. nasib aku agak baik masa tu sebab aku dapat tengok Yeongdo Bridge.!!! sumpah ohsem aku cakap.!! jambatan nih aku tak berapa pasti bila dia akan naik.. apa yang pasti aku dapat tengok live gittew.. hahaha.. mula-mula aku pelik sebab aku tengok dah kenapa bas yang patut aku naik kena tahan dengan polis.??? pastu depan tu ada jambatan siap lagu zaman perang kot (lagu korea lama) berkumandang dan dari jauh ada guard panggil tourist datang.. beria sakan depa lambai-lambai kat aku.. so, aku pun pergi laa.. rupanya depa nak belanja tengok bridge tu naik.!!!! nah sekefink dua gambar.. ngeeee..


Yeongdo Bridge.!!!
Sesudah selesai pertunjukan tu, aku naik bas ke Taejongdae.. Jangan risau sebab bas no 30 yang aku naik tu penghujung stesen adalah Taejongdae.. Kalau korang rasa nak lagi safe adalah baiknya korang tanya je.. Orang Busan nih sangat baik.!!
turun bas boleh nampak cafe nih..


petunjuk inilah Taejongdae~

Masuk kawasan Taejongdae ni FREE OF CHARGE.!!!
Jalan kaki pun best jugak sebab boleh cuci mata dengan alam gittew..
Aku masa sampai Taejongdae kaki dah mula nak sakit sebab kaki aku sebenarnya kurang sihat.. Maka, aku beli tiket naik tram harga krw2000.. Korang boleh singgah setiap stesen kalau korang nak pastu kalau dah turun korang boleh naik next tram.. Simpan je tiket kot diorang check.. Kawasan nih sangatlah cantik bagi aku.. Patutlaa kawasan nih popular untuk orang bunuh diri.. Kononnya persemadian di tempat yang nan indah.. Huhuhu.. Kat sini jugak aku ada jumpa 1 keluarga Malaysia.. Mereka sangatlah baik.. Namun, aku tak sempat merakam gambar dengan mereka.. Malu-malu gittew.. Ngeeee..

nih tiket tram.. krw2000 je..



tram yang bakal dinaiki.. ahaks..

babyboy nih cute macam i kot.. sebab tu dok usha i.. lalalala..


dari kejauhan.. lautan..

lagenda Taejongdae..






khemah bawah tu gerai 'woman divers'
Puas aku jenjalan kat Taejongdae ni dah tiba masa aku isi 'minyak'.. Ayuh ke Jagalchi Market.!!
Dari Nampo St. aku turun kat Jagalchi St. dan korang boleh keluar ikut mana-mana exit.. So, aku keluar ikut suka dan jalan sepanjang Jagalchi Market..
Aku nak makan tapi aku was-was jugak sebab tak ada tanda halal kann.. Lastly jumpa jugak kedai yang boleh aku singgah makan.. "Murah-murah".. Hahaha.. Ahjumma tu siap pujuk no pork all seafood.. Hihihi.. Maka aku tengok ada 1 kapel islam kat dalam kedai dan aku pun lega... Hihihi..



grilled fish+rice=krw11000
tetamu dari nippon.!! sempat belanja aku eskrem.!!

ahjumma 'murah' 'murah'


cacing senduk~

ikan yang sudah dilapah.!!!!



octopus~~~~~

alhamdulillah.. banyak jugak aktiviti hari kedua dan pertama menjelajah bumi Busan..
ops.! belum selesai lagi hari nih sebab hari belum malam gittew.. makanya aku balik ke guesthouse untuk berehat-rehat kejap.. hehehee.. jadi aku sempat berkenalan dengan gadis turki yang solo travel ke korea.. tapi dia lagi legend sebab dah stay korea 20 hari.!!!! dan paling aku kagum dia pandai berbahasa korea.. aku terasa amatlah rendah diri.. untung jugak travel solo nih.. mampu buka minda dan kita lebih berpandangan jauh serta positif.. ini bagi aku laa.. buat ape nak penat fikir pasal ape orang bercakap pasal kita kann.. eh.. pokpekpokpek merepek sudah.. hahahahahahaa...

malam hari aku keluar berjanji temu dengan sahabat baru.!!!
kami melepak di Gwang-alli Bridge sambil menikmati suasana malam yang super ohsem di Busan.!!
korang boleh turun kat Gwangan St. Exit 3 atau 5.. tapi Geumnyeonsan St. exit ya ampun tak ingat pulak.. hehehe.. aku turun ikut Gwangan St. memang katanya 5 minit jalan tapi lebih kurang 15 minit jalan jugak ek.. keluar straight je sampai korang nampak signboard kat jalan raya Gwang-alli Bridge..




Gwang-alli Bridge ^_^

bersama Havva Mizrak.!!!


selesai sudah hari kedua atau yakni hari pertama menjelajah Busan.!!!




No comments: