entri ini agak kecelaruan minda part 1 especially route kami yang agak slumber dan kental.!
mohon gunakanlah tahap imiginasi anda sehingga petala ke-8.. hehehe..
untuk 2 malam aku dan seorang sahabat stay di De Talak Hostel..
lokasi berhampiran dengan MRT Queen Sirikit E1..
review peribadi aku: not so safe lagi-lagi kalau jenis yang berjalan all out.. balik tengah malam macam kami.. penghujung alley di satu blok.. aku cuma rasa lokasi je masalah.. bab accommodation semua baik-baik sahaja.. owner pun baek.. free eskrim kelapa.!! no halal food around.!!
seperti biasa perjalanan kami bermula seawal jam 6AM..
2 lagi kawan aku stay kat Khaosan Road jadi kami meet up di Victory Monument saja sebab transport ke tempat yang nak dituju banyak kat sana..
MRT Queen Sirikit-MRT Sukhumvit THB20
exchange to BTS Victory Monument THB37
exit 4 untuk ke kaunter minivan ke Damnoen Saduak/Amphawa Floating Market
kami ke Damnoen Saduak ni sebab weekdays buka.. Amphawa Floating Market buka weekends je hokeh.. hehehe..
kami terlewat 5 minit.!!! ya ampun kasihan kawan kami dah tunggu dari jam 6.30AM.!!
sumpah rasa bersalah ya amat.!!! huhuhu..
maka kami naik minivan ke Damnoen Saduak Floating Market dengan harga THB90..
perjalanan 1.5 jam sahaja.. last station minivan di Damnoen Saduak..
SCAMMERS.!! yes.! haruslah kami pun terkena jugak.. ermmmm...
minivan tu berhenti kat tempat bot yang agak jauh dari Damnoen Saduak..
bot tu sejam THB2000.!!! giler kentang mahal weyh.!!!!
pastu kami decide untuk cuba cari jalan.. sebelah pakej bot mahal tu ada lagi 1 kaunter bot..
harga kami cuba nego lastly dapatlah merasa kena tipu THB800 untuk sebuah bot selama sejam.. so kami divide untuk 4 orang.. merasa lagi THB200 sorang.. hampehhhh..
nah aku belanja beberapa keping sekitar Damnoen Saduak Floating Market..
kami nak turun kat sekitar floating market nih tapi bot tu tak nak turun kan.. ermmm lagik.!
hahaha.. kami jalan jugaklah kaki dari tempat kena tifu tuh kengkonon positif dekat.. mujur ada minibus lalu.. bolehlaa naik.. THB10/pax.. oklah kann dari menapak dengan panas lagik.. berpeluh keti..
sempat jugaklah merasa mango sticky rice and vege spring roll..
ini je yang halal bagi kami.. jenuh jugak nak cari pad thai halal.. huhuhu..
lebih kurang jam 11AM kami pun nak bergegas ke Maeklong Railway Market..
ada dapat minivan tapi free jam 12PM.. fuhhh.. sejam tunggu lebam wooo..
maka kami bincang dan sepakat untuk jalan kaki ke jalan besar..
berpeluh keti buat sekian kalinya..
alhamdulillah ada minibus lalu maka kami naiklah berjemaah.. THB10 ke jalan besar..
memang boleh tahan jauh tu..
ok. inilah fasa separa kritikal..
sampai jalan besar.. turun dari minibus, belakang korang mesti jambatan yang ala-ala penang bridge.. so-so je tak sama pun.. pastu seberang jalan.. pegi ke belakang blok kedai depan jalan besar tu akan nampak pasar basah atau sayur.. ke kanan korang akan nampak bas kalau ada laa.. masa aku pegi ada bas ke Bangkok no #78.. kat sana ada banyak minivan.. korang bolehlah tanya-tanya untuk ke Maeklong Railway Market.. lagi baik kalau tunjuk gambar terus.. minivan ke Maeklong Railway Market THB40/pax..
sampai je kat Maeklong Railway Market nih terus kami terjumpa kedai abang ni.. boleh kecek kelate sikit-sikit.. sangat friendly.. barista.. murah.. ohsem iced choco again.!!!
sementara tunggu train sampai, kami makan laa bekalan masa lampau kami yang nyaris luput..
hahaha.. layan jek.. mengadap sungai lagi..
train akan lalu ke Maek Long Railway Market nih lebih kurang jam 1.30PM so kami punya banyak masa untuk set up lokasi shooting beberapa photog terkemuka.. ahahahaa..
Maeklong-Ban Laem gerak lebih kurang jam 2.30PM.. cost THB10/pax..
*jadual train ada lengkap kat leaflet masa ambil di Hua Lampong St.
time to rest a bit lepas melalui fasa separa kritikal.. hikhikhik..
next entri aku akan sambung fully kritikal red zone hokeh.. ^_^
2 comments:
Assalam Hana..sis JM datang ziarah selepas AjlA menstion di blog beliau :-)
bab scammers ni..dha rama yg cakap kena scam semasa di Bangkok tu..netah2...driver minivan tu dah berpakat dengan org boat tu dok...ntahlah la kan
kalau dapat yg RM80 tu pun still mahal kan..nasib baik berempat..
Maeklong Railway Market tu pasar di atas landasan keretapi tu ke..yg mana bila keretapi lalu je dorang angkat tapak niaga then sambung semua berniaga...betul tak..
Waalaikumsalam. Yep bab scammers ni mmg kne hati2.. Mujur jugak 4 org tp dr tpt bot yg kami benti tu jauh jugak ke original damnoen saduak.. Sbb ada pasar baru n lama.. We all aritu lalu pasar lama then baru ke pasar baru..
Maek long railway market yg ada ketapi lalu.. Betul JM.! Hihihi.. Thx a lot sbb sudi baca..^_^
Post a Comment