Thursday, 12 March 2015

Overland Thailad Part 5 ::MAEKLONG RAILWAY MARKET::CHAO PHRAYA RIVER::

alhamdulillah.. entri RED ZONE telah pun tiba..
aku tak pandai nak story super mantap namun aku akan cuba usahakan dan kepada anda-anda yang membaca mohon imiginasi tertinggi petala ke-12..

sambungan entri maeklong railway market yang lepas..

Maeklong-Ban Laem mengambil masa sejam lebih perjalanan.. train nih sangatlah slow and steady..
sampai sahaja di Ban Laem St kami totally follow the crowd.. SUMPAH.!


Ban-Laem-Maha Chai kena naik bot cuma THB3 jeeeeee.!!!
kat sini aku cuba lampirkan beberapa klu gambar untuk memudahkan korang mengenalpasti tempat selain menggunakan tahap imiginasi korang.. hehehe..






laluan pasar




deretan kedai


Tha Chin River
melintasi sungai Tha Chin ambil masa 5-10 minit je.. tak jauh mana pun tapi agak selesa dan santai..
setelah itu, kami cari public transport untuk ke Saphan Thaksin untuk layan sunset kat Chao Phraya River pulak.. taxi?? mahai sehingga tercekik.. kami survey lagi.. jalan ke depan lagi ada kaunter naik minivan.. communication unsuccessful with the language TAPI mereka mampu jugak faham lepas macam-macam kami tunjuk dari peta, gambar dan ermmmm.. hahaha..

lastly, entah ape diorang cakap aku cuma dengar Silom.. Silom.. bla bla bla #76..
kami..? mestilah buat-buat faham.. hahaha.. #meninggey lols.. so, lastly sorang driver offer bawak kami.. tambang THB30..

Naik je minivan tu, ada 1 pokcik sangatlah baik.. Usaha jaga kami semua untuk turun di tempat yang betul.. Kami diturunkan di hadapan mall.. Ya ampun tak sempat nak usha mall ape masa tu.. Alhamdulillah dipermudahkan lagi jalan kami, bas #76 ada selepas tak sampai seminit menunggu.. Kali ni usaha untuk komunikasi dengan konduktor bas pulak.. Kami sebut saphan thaksin dia tak sure tapi silom.. Sala Daeng terus beliau angguk-angguk.. Haha.. Settle half problem.. bayarlah tambang bas pulak THB19..

Dalam bas mata kami-kami dah boleh cop mata keranjang sebab meliar tengok jalan.. Cuba cari klu-klu untuk memudahkan perjalanan.. Cop.!! BTS Wongwian Yai.!! Satu line dengan BTS Saphan Thaksin.. Pastu sempat kami tanya passenger local pasal next BTS so, Saphan Thaksin dia tak pernah dengar.. Kami decide untuk turun je kat BTS Krungthon Buri.. Hanya 1 stesen je ke Saphan Thaksin.. Mungkin laluan bas agak beza dengan BTS.. Syukur.! Jumpa jugak BTS dan selamat kami ke destinasi berikutnya Chao Phraya River..

BTS Saphan Thaksin exit 2
akan nampak 2 jeti yakni Chao Phraya Cruise dan Chao Phraya Express Boat
masa kami sampai tu agak ramai jugak umat yang nak layan sunset atas bot kat Chao Phraya ni..
mula-mula nak try Chao Phraya Cruise tapi memandangkan terlalu ramai sampaikan beratuq pun kat tangga BTS Saphan Thaksin memang tidaklah.. nanti layan sunset kat darat jek..

kami tanya-tanya kat sekitar express boat tu dan akhirnya mereka suggest flag oren boat yang mana kami dapat turun kat Phra Athrit Pier, area Banglamphu, Khaosan Road.!!by the way, kalau ada map sekitar Bangkok, akan ada lambang flag color untuk setiap stesen.. jadi, kita boleh plan trip naik bot lagi-lagi yang stay kat area Khaosan Road.. jalan sungai sangat efektif dan murah.!!!


THB 15 sahaja ok~



Wat Arun dari kejauhan

sunset super ohsem dari express boat



Alhamdulillah sampai jugak kami di darat. Hihi. Phra Athit tak jauh mana pun dengan Khaosan Road. Kat sini aku tempekkan info pasal Phra Arthit-- silalah hadam dan harap-harap membantu.!




lapiaq weyh.!!!! nak nasik.!! biahahahahaa..
misi mencari restoran Aisyah yang digembar-gemburkan oleh sekalian bekpekes kentang.!!
hahahahaha.. ayuh.! misi bermula~

sebenarnya ini malam ke-2 kami makan kat restoran Aisyah, restoran d tengah Khaosan Road..
hari ke-2 tiada masalah untuk kami cari.. aku nak ceritakan malam semalam punya cerita.. susah-payah sampai hypo cari restoran ni.. uhuk.! aku lampirkan landmark untuk cari restoran ni hokeh.. ^_^

sekitar Restoran Aisyah

Depan LH Bank ni ada murtaba famous nan halal.. restoran Aisyah opposite bank ni~

RESTORAN AISYAH




depan Swensen's ni ada 7E kat 7E ni laa Restoran Aisyah

pan cake HALAL.!!

lokasi pan cake HALAL.!!
selanjutnya kami tetap jalan tanpa haluan.. hahaha..
kami melepak kat padang area Grand Palace sempena new year depa ada hamparkan karpet..
bolehlaa kau bersantai meluruskan tulang belakang sekejap.. ngeh ngeh ngeh...

bincang next trip~


pentas sambutan New Year 2015.!!



malam kami berlalu dengan begitu cara..
kami jalan tanpa hala tuju hampir lewat pagi..
menjamu mata dengan kota bangkok yang masih sibuk di kala dinihari..

ahhh.. jum balik hostel!!
esok sambung trip seperti yang dibincangkan.. bye olls.!!

No comments: