Saturday, 4 April 2015

Overland Thailand::Krabi::Emerald Pool::Hot Spring::Tiger Cave::

sawasdeeka Krabi.!!!!!
selamat pagi 2015.!!!!!

siang pertama di Krabi hari ni..
apa nak buat hari pertama di tahun baru.. mestilah bukan yang biasa-biasa kann..
ehemmm..

sewa motor di Pak Up Hostel dengan harga standard THB200/day/motor..
lebih mudah urusan kann.. tak perlu bersempitan seperti malam tadi di entri New Year & Krabi..
hahahaha..

GIGIH.!
bangun seawal pagi--kejut Atounk dan Zaid di Baan Nasarine..
light breakfast di Baan Nasarine..
ok. dah boleh gerak menuju ke destinasi wajibul seterusnya.. hikhikhik..

yeah.! aku? pembonceng?
tidak-tidak je hokeh.. aku bawak moto sendiri laaa..
uhuk.! aku naik dengan Ajlaa.. yang jejaka share 2 moto bertiga..

santai dan chillex..
68km kau bawak motor..
apa ada hal lols.. #meninggey pedih mata.. lupa bawak shades.. helmet tak ada cover..
mujur pakai sweater.. elak sejuk seperti malam tadi.. ermmmm..
untuk ke sana kena folo signboard "Khlong Thom" siap ada gambar lagi.. so no worries--
semua rider penuh keyakinan tinggi sebab Afa on Google map.!! hahaha..
kami semua tak kuasa nak beli simkad--giler kedekut memasing padahal dah seminggu kat Bangkok..
perjalanan kami ke Emerald Pool--Blue Pool santai je dan satu ketika tu Google map Afa tunjuk jalan dalam kebun getah.. macam sekeri jew.. tak sekeri mane pun cuma jalan dalam kebun maka mana ada turap tar cantik-cantik.. bukan main nak elak jalan kebun tu lastly jumpa jugak jalan besar yakni tar.. hahaha.. rupanya jalan yang kami ambil tu boleh je tembus ke jalan sebenar.. maka pasni bolehlah cari jalan Sa Morakot--tak payah susah payah lalu kebun bagai.. hihihi..






Emerald Pool--Blue Pool
langkah kurang tepat.. sebolehnya nak masuk free.. tapi kami ni pengunjung budiman maka bayarlah kami THB200/pax.. ermmmmm..kami sebenarnya sempat shopping makanan kat luar pintu masuk ni tapi rupa-rupanya makanan tuh tak boleh bawak masuk lol.!!! menyampahnya.!! kena sangkut kat pagar,! huh.!!! sudahnya kami trekking dalam keadaan lapar laa jawabnya nih.. sedey.!!

nah aku belanja gambar untuk tatapan dan racun semua--hahahaha..









setelah tepuk amai-amai bagi mengeluarkan bebuih dari blue pool maka kami pun beransur ke emerald pool.. mana mungkin tak mahu coba mandi.. dah jauh datang rugi pulak kan kalu tak mandi.. baju salin? tak ada konsep tu sebab konsep kami kering basah kering.. hahaha..

Di emerald pool ni sempat jugak aku dengan ajlaa belajar menyelam dengan afa dan atounk--hahaha--
Tetap panik--haihhhh.!!!
Zaid tak mandi pun.!!!! Xaci sgt.!!!!
Dia pergi tangkap duyung korea--kemain lagi kau kann abam.. Ermmmm..

Sambung semula perjalanan kami..
Hot saline spring.. Silap destinasi tapi tak mengapalah, masuk jelaa sementelah murah.. Sepatutnya kami ke hot stream.. Hadoiiiii--kemain lol silapnyaaa--rendam kaki jelaa kann..

Ok. Time to go back home.!!!! Not so home.!! Hahahaha.. Aku rasa ni part paling win sekali.. Bawak motor sambil mata pejam.!!! Ngantuk yakmat laaa masa nih.. Paling aku tak tahan, ajlaa sampai terlentok-lentok ke helmet aku.. Ganggu nyanyian aku kejap.. Huhuhu.. Aku pulak main break motor.. Sambil tergelak-gelak dengan zaid kat belakang aku.. Last-last, ajlaa terjaga maka terburai ketawa masing-masing.. Kemudian kami pun kejar motor atounk dan afa di depan untuk rehat jap.. 

Refresh.! Makan dan minum.!! Hahaha..
Sambil-sambil tu kami bincang pula nak ke mana selepas ini., zaid nak balik krabi town dan kami nih nak pergi ke tiger cave sebab one way nak balik..

Maka kami berempat meneruskan perjalanan ke Tiger Cave.. Hari kian petang dan sesuai sangat ke sana sebab cuaca pun tak panas dan boleh sunset di sini saja.. 1237 anak tangga yang perlu hadap untuk merealisasikan impian ini ok.!!! Hahahahhaa..

Ini bukan anak tangga lol.!! Tok tangga pak tangga pun ada haaaaa.. Teruk penat petang ni semata-mata nak merasa view di puncak temple.. Huhu.!

Alhamdulillah perjuangan kami tamat dengan jayanya.. Kami selamat tiba betul-betul sebelum maghrib,, afa kelihatan letih amat.!!! Pertama kali mendaki tu., kaw2.. Bagus juga esok nak pegi ke Railey Beach pulak.. Pakej kat island tu baek sangat.. Hahahaha..

Subhanallah.! Sedang rakyat tempatan menunaikan upacara sembahyang di kuil itu, kami berasa takjub dengan kehebatan laungan azan maghrib yang berkumandang tika itu.. Selepas berehat sekadarnya, kami pun turun dan pulang.. Syukur ada henpon torchlight sebab suasana dah gelap kan.. Kami pulang ke Krabi Town dengan jayanya.. Malam kedua kami parking pulak di Baan Nasarine.. Selesa giler dan harga pun murah.. Mujur sangat ada 1 bilik visitor tuh cancel.. Nampak sangatlah kami nih risk taker kann.. Sudahlah time ramai orang dan peak season kot... Heehehe.!


No comments: