Ya.Hadek-hadek junior yang mengagumkan.!!
Aktiviti bersama dimulai dengan mendaki Gunung Bujang Melaka yang terletak di Kampar,Perak--
Dari Tanjung Rambutan ke Kampar tidaklah jauh mana--perjalanan lebih kurang 1 jam--
Aktiviti nih hasil kerjasama Fadzlen dan aku--tugas Fadzlen meracuni fikiran anak muda yang segar lagi bersemangat.!! hahahha.. maka line up GBM amat memuaskan sehingga 14 orang terjebak--
Line Up GBM
Fadzlen, Aslam, Hisham, Ashran, Ezzad, Syazwan Aiman, Bad, Ayie, Mohtar, Aina, Suraya, Ayuni, Hakimah dan Laryssa--
Newbies? lupakan sebab mereka ini super laju sampai semput mokcik nak leading--
last-last, yang lead jadi sweeper sebab faktor usia mungkin--
perjalanan dimulai lebih kurang jam 10am dan kami cuba sedaya upaya untuk ke puncak--
plan asalnya mendaki hingga ke puncak jika bermula seawal jam 8am--
tapi disebabkan plan untuk piknik sekali maka kami decide untuk sampai ke kem balak saja--
sebab nak bakar ayam yang sudah di merinated.!! ermmmm.. tazabar.!!!
group foto sedas~ |
kami menuju ke checkpoint 2 iaitu Orang Asli Settlement hanya memakan masa lebih kurang 40 menit dari checkpoint 1 iaitu tempat parking kereta--
rehat dulu memandangkan semuanya jalan non-stop kerana peningkatan adrenaline masing-masing memuncak--hahahha.. perjalanan menuju checkpoint 2 hanya santai mak jemah sahaja--
setelah rehat secukup rasa, kami meneruskan lagi perjalanan kami menuju ke Kem Balak iaitu Checkpoint 3--perjalanan santai mak jemah juga dan ada melalui anak sungai--pacat merata-rata mungkin sebab tak ramai yang mendaki kawasan ini--satu kelemahan besar buat aku bila bercerita tentang pacat nih--hadoiyaiiiii.!!!!!!
mengejutkan.!!!! kami berjaya tiba di Kem Balak sekitar jam 11.30am.!!!!
gilaproteam betuilaaa bebudak nih.. memang bukan biasa-biasa--
sudahlah sarapan pun ala kadar--semangat tahap dewa-dewa diorang nih biarpun most of them first time hiking.!!!! salute GPT.!!!
semua berpakat untuk cuba ke Kem Lebah sebab tak sangka kami sampai agak awal dari apa yang kami jangkakan--
lebih kurang jam 12pm kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Kem Lebah pula--
kali nih memang kena layan pacak lebih kurang dalam 200m ke Kem Lebah-- kat sini banyak signboard yang menunjukkan ketinggian dan jarak ke kem site dan puncak--
aku pun dah tahap-tahap pewai bila pacak tanpa diskaun.!!! hahahahaa..
kami semua selamat sampai di Kem Lebah lebih kurang jam 2.15pm-- 2jam jugaklah nak hadap pangok tuh.!!! huh.!! on the way ke Kem Lebah ada 1 water point--haa.! kat sini ada budak sorang tuh mandi kemain lagi padahal air celahan batu jek--siap cuci-cuci baju lagi--bukan main lega dapat air fresh.!!! siap jerit kelegaan.!!! ermmmm--
paling win adalah sambutan hari jadi buat Ayie dan Aslam--
kononnya nak sambut di puncak tapi apa kan daya hanya sempat di Kem Lebah saja~
Tahniah Ayie dan Aslam::moga kalian diberkati Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki::
usai minum hazelnut coffee dan solat maka kami pun geraklah turun--
hari pulak kian mendung dan gerimis mengundang seketika--
namun, pace hadek-hadek tetap mengagumkan sebab kami selamat tiba di Orang Asli Settlement lebih kurang jam 5.30pm--jet pejuang betul depa nih.. hahahaha--
kita layan tiruk dulu jap--ohsem.!!!!
thx to Fadz sebab sudi pelawa ahkak join GilaProTeam! |
trip hiking GBM berjaya terlaksana--mission accomplished gittew--
ada part 2 kah? mungkin--hahahhaa--
No comments:
Post a Comment