Thursday, 24 September 2015

Namaste India::Old Delhi::

perjalanan kakak akan diteruskan lagi biarpun agak lesu dan mood kian pudar..
perasaan nak balik Mesia agak tinggi.. hahaha.. 'culture shock' gamaknya.. hihihi..

kami bercadang untuk cuba menaiki bas ke Red Fort di Old Delhi..
selepas tanya beberapa bas akhirnya kami dapat jua naik bas yang akan ke Old Delhi..
menerapkan asal boleh dan asal sampai je dah ni.. hahaha..
pengembara degil seperti kami memang pertaruhkan saja--

KELETIHAN.!!!!
naik bas punyalah panasnya.. berbahang teramat sangat.. peluh merecik-recik..
hahahhaa.. adek siap terlena.. destinasi tak jugak sampai.. duduk dalam bas kat seat belakang sekali sambil usha betapa jammed nya kat luar sampai berhimpit-himpit.. adalah dekat sejam jua bertahan lam bas.. pastu kami dah tak larat nak dok lam bas maka slumber je byr Rs20 untuk 2 orang pastu turun kat area metro train Tiz Hazari.. dah macam Tiz Zakiyah kann.. hahahhaa..

keadaan dalam bas
keadaan luar bas
ahhh.. lega.!! terasa ekon biarpun tak sehebat mana.. hahaha.. janji lagi sejuk dari luar..
beli air.. Rs35 buy 1 free 1 ice lemon tea.. haa.. boleh jua tuh.. murah.!!! beli 2 set untuk kakak dan adek.. pastu beli lagi gatorade blue.. hydrated dah rasa.. ermmmm..

kemudian kami naik metro train untuk turun di Chandni Chowk untuk ke Red Fort di Old Delhi.. jalan kaki lebih kurang 15 minit melalui pasar dan sampailah ke Red Fort.. dari jauh dah nampak tersergam indah.. hihihi.. kakak memang kurang mood lagi dan tiada cetusan adrenaline untuk mengghairahkan perjalanan.. namun, perasaan tak boleh diikutkan.. nak sampai pun susah maka kuatkan hati untuk teruskan mengembara..

ok kakak belanja gambar Red fort dari luar je sebab kami sampai pun dah hampir senja.. Red Fort tutup jam 5 petang..











sementelah berjalan sekitar Red Fort maka azan Maghrib pun berkumandang dengan begitu lunak oleh muslim India.. kami terus berjalan melalui jalan besar dan lorong-lorong maka sampai jua kami di pintu Jama Masjid.. alhamdulillah.. tempat wuduk wanita tidak disediakan maka adek saja yang menunaikan solat Maghrib.. alhamdulillah misi mencari masjid selesai untuk hari ini.. kawasan sekitar masjid ni tak boleh memakai kasut mahupun selipar.. boleh pegang dan bawa masuk.. kebanyakan muslim di sini akan bersantai seketika di perkarangan masjid mungkin untuk istirehat atau menunggu waktu solat isya'.. pagar untuk masuk ke masjid ni ada 3 kalau tidak silap.. dan setiap pagar melalui jalan yang berbeza...










suasana maghrib pertama di bumi India


kami berjalan santai mak jemah sambil melihat-lihat apa yang menarik di sekitar kawasan Old Delhi.. kemudian kami decide untuk pulang semula ke hotel untuk istirehat kerana esok train kami ke destinasi seterusnya pada jam 5.35am.. kaki dah rasa macam nak tercabut sebab jalan jauh.. adek ada mencadangkan naik auto rickshaw saja tapi kakak rasa ada baiknya jalan kaki untuk melihat kawasan dengan lebih baik.. kakak tahu adek sebenarnya kesiankan kakak ni.. thanks adek.!

di area Kaul Bagh ni memang banyak je hotel yang dekat dengan metro line tapi tak ada dalam list booking.com, hostelworld dan lonely planet.. kakak rasa kalu pegi India bukan peak season boleh je walk in.. jalan malam-malam aman sikit sebab pasar siang tadi semua dah tutup.. pemandangan nampak lebih luas tika ini.. dalam keletihan tu, sempat jua kami singgah mengopi sebab nampak signboard 'tripadvisor' kat pintu masuk.. makanan non-halal (bukan sebab serve pork or bacon tapi sebab ayam dan mutton dia bukan disembelih) so kami order vege rolls saja dan menikmati makanan serba ringkas kami dengan tenang.. dan meneruskan perjalanan kami tanpa stress sampailah kami ke hotel.. tetap jalan kaki..

ok. kakak dan adek nak istirehat seketika. esok masih panjang perjalanan kami.


Saturday, 19 September 2015

Namaste India::Hyderabad-Delhi::

Assalamualaikum & Namaste.!!!

lama rasanya kakak menyepikan diri.. kakak agak sibuk dengan kehidupan peribadi yang penuh ranjau berduri.. chewahhh.! hahaha--

entri kali ini, kakak nak bercerita sedikit pengalaman kakak semasa kakak ke India pada 24 Ogos 2015 yang lalu.. tiba-tiba rindu pula dengan kepayahan di sana.. eh.!! trip kali nih kita namakan saja sebagai #tripadekberadek sebab pergi berdua--kakak & adek-- hehehe.. entri jua dikhuatiri agak panjang kerana 1 hari di sana bak sebulan rasanya.. propa sangat aih.!

kakak menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Hyderabad pada jam 9.35pm dan alhamdulillah selamat mendarat pada jam 11.45pm--kakak tidak mengambil sebarang "extra luggage" sebab kakak memanglah seorang yang kedekut.. hahaha-- so "hand carry" saja--kakak siap bawak mestin lagi.. sangat menerapkan konsep survival gittew.. hik hik--

setibanya di lapangan terbang Rajiv Gandhi International Airport, seperti biasa isi borang ketibaan--
TIPS**
kat borang ketibaan tu kena isi alamat--korang wajibul isi sebarang alamat tak kesahlah wujud ke tidak--yang penting alamat.. kalau korang dah book hotel sesiap boleh jek isi alamat tu.. no worries sebab selagi korang tak isi depa takkan cop passport anda.!!!
lepas settle al-kisah passport korang akan scan lagi beg korang macam masa nak masuk airport.. lepas tu, sebelum keluar dari kawasan ketibaan, korang kena bagi borang ketibaan tu kat kaunter seco'et kat tepi pintu.. hahahaha.. serius kakak cakap, memang kaunter tuh macam kaunter Jaga jek-- ermmm..

setiap kali kalau kakak sampai mana-mana airport, kakak lebih selesa untuk melihat suasana dahulu.. bukan apa nanti terjah sangat senang pulak kena aim kot depa nak scam ke ape kan.. so kenalah buat-buat kental sikit.. hihihi..

kakak & adek bersantai jek kat tempat duduk depan pintu "Arrival".. siap ada screen besar dan boleh layan kriket.. hahaha.. kakak santai sambil study route sikit-sikit sebabnya memang trip nih separa plan dan selebihnya redah.. hahaha.. esok pagi jam 8.30 kami akan gerak ke Delhi dengan flight domestik Spicejet.. kakak booking tiket nih masa bulan puasa.. dan kakak siap tengok hari-hari sebelum beli.. lastly kakak beli jugak dan syukur tiket tu boleh dikatakan di bawah budget kami..





HYD-DEL (Spicejet) dan DEL-HYD (IndiGo) total kos termasuk tax exchange rate rm301.90/pax~
(kena bayar guna kad kredit dan WAJIB bawa kad kredit tu semasa check-in.!! kakak hanya guna kad BigPrepaid tuh je dan Alhamdulillah semua ok--)
btw, flight domestik India nih memang susah sangat nak murah.. kalau dapat bawah rm300 tu boleh dikatakan murah dah laa hasil perkongsian dari rakan-rakan travel--jangan dirisau tentang luggage sebab harga tiket flight include 15kg check-in luggage--

lebih kurang jam 1am kami mulai lemau--hahaha..
ngantuk dan kononnya jet lag.. kih kih kih.. waktu India lewat 2 jam 30 menit sahaja-- tak berapa nak jet lag sebenarnya.. hahaha..
kemudian kami naik ke tingkat atas untuk masuk ke perkarangan domestik pula.. moga lebih baik tempat menunggunya.. apa kan daya lagi bosan dok kat atas berbanding bawah.. adek kakak nih smoker so memang puasa kejaplah dia sebab sekali kau dah masuk memang tak boleh keluar sebab di ruangan menunggu hanya yang ada tiket je boleh masuk.. sekian.. hahaha..
maka, aktiviti kami hanya tidur bangun tidur bangun tapi tak cerah-cerah pun.. hahaha..

kawasan lepak area Arrival

kawasan lepak Domestik Hyderabad
lastly, lebih kurang jam 6.30am kami dah boleh check-in.. dan ruang menunggu domestik di bahagian dalam lebih selesa rupanya.. ada 2 tingkat untuk ke gate mengikut flight masing-masing.. flight kakak kat gate 25B so tingkat bawah.. kena naik bas untuk ke pesawat.. bas ok jek dan selesa lagipun luggage kakak dah check-in.. hehehe..


selesa berlunjur
keadaan dalam flight, super selesa sebab tak sangka dapat HOT SEAT.!!!! terasa istmewa pulak.. hahahhaa.. dengan dihidangkan air kot.. kerlasss sangat taw.! lepas je flight take-off kami dua beradek terus lena.. hahaha.. sebab malam tadi tidur pun tak berapa lena kann.. hahaha..

sekitar jam 10.15am kami dah berada di ruang udara Delhi tapi tak mendarat lebih kurang setengah jam.. pening kepala bila pesawat asyik pusing-pusing je..  hahaha.. akhirnya mendarat jua dengan selamat pada jam 10.45am.. keadaan Indhra Gandhi International Airport Delhi ok saja dan lebih kurang je dengan airport Hyderabad--

kat airport Delhi ni ada free shuttle bus ke stesen metro train--
boleh redeem guna boarding pass kita saja..

kawasan luar Delhi Airport

laluan tu ke free shuttle bus

free shuttle bus area
nahhhhh.. dis is India
Metro Station

kakak suka yang nih sebab biru dan rare.!!!
keadaan seperti diduga.. keadaan agak sibuk dan kelam-kabut.. seharusnya tabah jelah dengan memikul tenggiling depan dan belakang.. hahaha.. mujur sahaja ada coach untuk wanita maka kakak naik yang coach wanita dan adek kakak terpaksa bersumbat bak sardin di coach lain.. tabahlah adek~


kami last minit booking hotel kat area Karol Bagh.. lebih kurang 1.6km dari metro station--adek kakak kental maka kami memilih untuk jalan kaki saja sambil usha jalan kot ada yang menarik kan.. cuaca masa nak touchdown lebih kurang 34 degree celcius.!!!!! mencanak panas dan seharusnya lencun.!!!




alhamdulillah~setelah sejam mengharungi suka duka sampai kakak rasa nak balik, kami pun jumpa jua hotel yang telah di booking.. syukur yakmat.!!!! Hotel Sunshine, Karol Bagh~~
**REVIEW
better naik saja auto rickshaw ke hotel ni sebab kadar bayaran lepas tanya receptionist hotel lebih kurang Rs100-150 saja.. jalan kaki rasa macam nak tercabut tapak kaki.. bilik single ok saja sesuailah dengan harga Rs550/night.. ada wifi..konsep breakfast tak payah ambil kalau muslim.. kalau berani boleh je request..pastu, kalau diorang tanya nak teh ke kopi ke tak yah ambil sebab semua tu BUKAN free.. hahahaha.. bilik dia agak old school tapi dah penat selesa je masa tu..btw, hotel nih dekat dengan train station Delhi Sarai Rohilla--

oklah kakak rasa biar sampai sini sahaja dulu sebab nanti berpinar mata pulak.. hahaha..
jum lena kejap nanti kita terjah balik Delhi.. ada misi yang perlu diselesaikan..
hik hik hik~