perasaan nak balik Mesia agak tinggi.. hahaha.. 'culture shock' gamaknya.. hihihi..
kami bercadang untuk cuba menaiki bas ke Red Fort di Old Delhi..
selepas tanya beberapa bas akhirnya kami dapat jua naik bas yang akan ke Old Delhi..
menerapkan asal boleh dan asal sampai je dah ni.. hahaha..
pengembara degil seperti kami memang pertaruhkan saja--
KELETIHAN.!!!!
naik bas punyalah panasnya.. berbahang teramat sangat.. peluh merecik-recik..
hahahhaa.. adek siap terlena.. destinasi tak jugak sampai.. duduk dalam bas kat seat belakang sekali sambil usha betapa jammed nya kat luar sampai berhimpit-himpit.. adalah dekat sejam jua bertahan lam bas.. pastu kami dah tak larat nak dok lam bas maka slumber je byr Rs20 untuk 2 orang pastu turun kat area metro train Tiz Hazari.. dah macam Tiz Zakiyah kann.. hahahhaa..
keadaan dalam bas |
keadaan luar bas |
beli air.. Rs35 buy 1 free 1 ice lemon tea.. haa.. boleh jua tuh.. murah.!!! beli 2 set untuk kakak dan adek.. pastu beli lagi gatorade blue.. hydrated dah rasa.. ermmmm..
kemudian kami naik metro train untuk turun di Chandni Chowk untuk ke Red Fort di Old Delhi.. jalan kaki lebih kurang 15 minit melalui pasar dan sampailah ke Red Fort.. dari jauh dah nampak tersergam indah.. hihihi.. kakak memang kurang mood lagi dan tiada cetusan adrenaline untuk mengghairahkan perjalanan.. namun, perasaan tak boleh diikutkan.. nak sampai pun susah maka kuatkan hati untuk teruskan mengembara..
ok kakak belanja gambar Red fort dari luar je sebab kami sampai pun dah hampir senja.. Red Fort tutup jam 5 petang..
sementelah berjalan sekitar Red Fort maka azan Maghrib pun berkumandang dengan begitu lunak oleh muslim India.. kami terus berjalan melalui jalan besar dan lorong-lorong maka sampai jua kami di pintu Jama Masjid.. alhamdulillah.. tempat wuduk wanita tidak disediakan maka adek saja yang menunaikan solat Maghrib.. alhamdulillah misi mencari masjid selesai untuk hari ini.. kawasan sekitar masjid ni tak boleh memakai kasut mahupun selipar.. boleh pegang dan bawa masuk.. kebanyakan muslim di sini akan bersantai seketika di perkarangan masjid mungkin untuk istirehat atau menunggu waktu solat isya'.. pagar untuk masuk ke masjid ni ada 3 kalau tidak silap.. dan setiap pagar melalui jalan yang berbeza...
suasana maghrib pertama di bumi India |
kami berjalan santai mak jemah sambil melihat-lihat apa yang menarik di sekitar kawasan Old Delhi.. kemudian kami decide untuk pulang semula ke hotel untuk istirehat kerana esok train kami ke destinasi seterusnya pada jam 5.35am.. kaki dah rasa macam nak tercabut sebab jalan jauh.. adek ada mencadangkan naik auto rickshaw saja tapi kakak rasa ada baiknya jalan kaki untuk melihat kawasan dengan lebih baik.. kakak tahu adek sebenarnya kesiankan kakak ni.. thanks adek.!
di area Kaul Bagh ni memang banyak je hotel yang dekat dengan metro line tapi tak ada dalam list booking.com, hostelworld dan lonely planet.. kakak rasa kalu pegi India bukan peak season boleh je walk in.. jalan malam-malam aman sikit sebab pasar siang tadi semua dah tutup.. pemandangan nampak lebih luas tika ini.. dalam keletihan tu, sempat jua kami singgah mengopi sebab nampak signboard 'tripadvisor' kat pintu masuk.. makanan non-halal (bukan sebab serve pork or bacon tapi sebab ayam dan mutton dia bukan disembelih) so kami order vege rolls saja dan menikmati makanan serba ringkas kami dengan tenang.. dan meneruskan perjalanan kami tanpa stress sampailah kami ke hotel.. tetap jalan kaki..
ok. kakak dan adek nak istirehat seketika. esok masih panjang perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment