Wednesday, 16 March 2016

Namaste India::Hyderabad Part 1::

Alvida New Delhi--
Pagi itu kami aman damai jek kemas semua barang sebab lepas ni nak ke Hyderabad pula--alamak makin cepat pula masa berlalu..
Kami naik metro line dari JN Stadium-New Delhi dan seterusnya naik Airport Line--kemudian naik shuttle bas yang free itu.. Hehehe.. Jimat.!
Sarapan? Kat airport je laaa lagi senang.. Makan sandwich je share nan adek.. Muka masing-masing dah level local.. Hahahaha.. Berlemuihhhh.!

Flight kami New Delhi-Hyderabad dengan IndiGo--

Makanyaaa, tazabarrr nak tiba di Hyderabad.. Moga baik-baik saja.. Hahahaha.!
Alhamdulillah kami selamat tiba di Rajiv Gandhi International Airport sekitar jam 5pm.. Usha2 bas free tak nampak pulak so kami decide naik teksi je.. Malangnya, driver teksi itu tamak.! Nak cari lagi passenger yang lain.. So kakak gigih pergi cari lokasi bas free itu.. Lastly barulah jumpa,! Thx to Fadzhil sebab share info pasal Hyderabad pada kunjungan beliau pada Mac lalu.. Huhu.! (fadzhil: nah aku mention hang nih. mujur laaa hang kasik itinerary hang walaupun dalam facebook messenger ja. mekasih laa naa)



mereput tunggu driver taxi tuh.. huh.!!!

Shuttle bus free nih bukanlah hantar sampai tengah kota Hyderabad tapi di stesen bas saja. jadilah nama pun free. kat Malaysia semua kena bayar. eh.! kami adek-beradek usaha jua baca papan tanda bas dan syukur ada yang sudi membantu. Selamatlah kami dua beradek naik bas dengan tambang Rs22 saja. Jimatttt.!!!! Kesian pada pemandu teksi tuh kena scam nan kami pulak.. huhuhu..

bas dari RTC St ke MGSB St.
Kami turun di stesen bas Hyderabad iaitu MGSB St.Kami adek beradek decide nak ke Charminar dulu. Kot ada hotel or tempat menginap yang sesuai. Kami stop di stesen bas Hyderabad dan kakak sempat tanya bila last bas akan ke airport.. Katanya jam 8.30pm.. So sesuai laa tu.. Perjalanan dari airport ke Hyderabad lebih kurang sejam..

Kami naik autoshow Rs100.. Bila kami cakap kami nak cari hotel dekat dengan Charminar bukan main lagi diorang merepek dan cakap "no hotel" "no hotel"..
Tapi kami degil kann.. So kami tetap turun kat Charminar dan berjalan sekitar.. Charminar maksudnya 4 tiang dan ada 4 lorong kalau tengok dari Charminar ni.. Setiap cerok kami jelajah.. Berjalan sejam cari hotel.. Hotel bersepah.!!! Rupanya kat Hyderabad ni hotel tu tempat makan.!!!! Menangis mak nakkkk.!!! Hahahaha.!!!
Daripada pening cari hotel untuk tidur kami makan pun dah betul.. Berlubang gak ni sebab makan pagi tadi kat airport New Delhi jek.. alhamdulillah, aritu sempat kakak baca info kat group backpacker tempat makan menarik di Hyderabad ni so kakak n adek pun try jugaklah.. hahaha..

dengarnya bakery kat sini paling sedap.!!!


charminar ketika malam~
setelah kenyang.. kami sambung perjalanan kami yang tertangguh..
seingat kakaklah.. kami dapati keempat-empat lorong nih menjual sesuatu yang berbeza..
lorong jual gelang, pakaian, perhiasan dan paling ohsem sekali lorong buat gigi.!!! kat tepi jalan jek ok.!!! buat gigi palsu, cabut gigi.. kaw-kaw power betul kat India nih.. hahahaha..

kami jumpa beberapa buah hotel menginap dan paling selesa di Faridabad.. sekitar 1km walk distance dengan Charminar itu.. dan itulah hotel paling mahal kami menginap selama 12 hari di India nih.. ahh.. lantaklah.. nak balik dah pun.. di sini laaa pun nak habiskan rupees yang berbaki.. dunia shopping paling terbaik selain menikmati jus buah-buahan yang sangat-sangat sedap.!!!!

setelah check-in, kami berehat sekadarnya dan terus ke Chaminar semula untuk melihat-lihat apa yang menarik di pasar.. mungkin ada sesuatu yang boleh disambar malam ni.. hehehe.. tiada yang lebih mewah daripada menikmati jus di sini.!!! ahhhh.!!!! sedapppp.!!!!

yang ini khas buat teman terbaik kakak.. sempena beliau nak kawen.. hik hik.!
perhiasan wanita kat sini memang WIN giler.. sebab nampak exclusive sangat.!
kalau nak cari barang perhiasan buat hantaran pun sangat ok.. lagipun harga super murah even dah convert ke RM.. cuma nak pergi jek tiket mahai.. hahaha.. kalau bab sari megherlik memang lagilah WIN.. hahahaha.. berbalam mata kalau pakai tengah panas.. bawah cahaya neon pun boleh bergetar kornea mata.. kahkahkah.!

oklah.. sampai sini je dulu.. next entri kakak tempek kedai yang kakak pergi layan jus & yogurt,,
sekian.!

No comments: