Alhamdulillah train station tidaklah sekalut pada hari sebelumnya apabila kami lalu di sana.. aman damai sangat dan tak perlulah nak beratur beria-ria sampai kat bawah city wall.. hahaha..
Nak masuk train station mula-mula beratur untuk scan beg.. lepas tu barulah beratur untuk cek tiket seterusnya cari platform. haa yang ini sedikit sukar tapi semua ada diajar di www.chinatravelguide.com dan tiket jua boleh dibeli melalui laman sesawang tersebut.. amboiiii.. ayat buku sangat kan.. kami akan bergerak ke Chengdu sekitar jam 7.45pm. kami tiba di train station sekitar jam 7pm. kami dah pun pergi ke train station ini sehari sebelum untuk penukaran tiket train di sana. kita perlu bagi passport dan copy printed tiket sebab depa nak tengok no. booking bukan no. tiket. kalau tak print pun tiada masalah asalkan ada details no.booking tu.
Masa kakak nak beli tiket train, bukan main banyak yang fully booked dan last option kami amek je economy seat.. pengalaman?? eksaited tuh dah tentu tapi setengah jam pertama jek.. lepas dari itu azab.!!!! hahahaha.. bukan apa, seat tuh tak boleh adjust dan 90 darjah ok.!!! memang tido geleng-geleng lah cerita dia.. huhuhu.. mujur masing-masing dah prepare neck pillow maka kuranglah sikit penangannya.. hahahaa..
kakak lampirkan kawasan sekitar dan dalam train station...
Dalam train biasalah mestilah ada orang dok jual-jual barang hatta berus gigi sekalipun. siap ada yang kena boo laa ape laa sebab dok jual barang macam bagi ceramah.. haa tengok reaksi dan ragam masyarakat lokal lebih dekat dengan duduk di kelas ekonomi. memang tak larat nak tengok gelagat masing-masing. dan di depan kami ada dua couple. bebudak student Science&Technology University Xi'an.. depa ke Chengdu untuk double date camtu.. wahhh.!! kemain kan. depa nih bukan main baik lagi eksaited sama nak berborak dengan kami.. kiranya kami nih "alien" dalam coach tu. bila kami sembang dengan depa, orang depan belakang tepi semua dok tanya balik kat depa kami ni sembang apa.. maigadddd.. bila sebut Malaysia.. terus.. oh.!! Lee Chong Wei.!!!! mujurlah kakak minat badminton lagi pulak masa tu baru je lepas Olympic Games kat Brazil kann.. penangan atlet Malaysia ternyata luar biasa.. hehehe..
teman kami sepanjang perjalanan kami ke Chengdu |
pemandangan semasa perjalanan kami ke Chengdu |
breakfast dalam train |
Kami tiba di Chengdu sekitar jam 12pm. Perjalanan lebih kurang 16 jam dengan 3rd class seat boleh tahan mencabar. haa.. kalau nak try makan mee segera dari China last boleh makan dalam train dari Xi'an je.. tempat lain so far memang tak jumpa dah. huhuhu..
hadapan train st. Chengdu |
Kalau nak naik subway dari train station Chengdu, exit train station belok ke kanan dan di sana ada subway line 1.. kami akan turun di Tongzilin Station maka bayaran subway agak murah kalau nak dibandingkan dengan Thailand dan Korea.. rata-rata RMB1-5 saja. kat subway nih pun kena scan beg bila keluar masuk subway. hostel di Chengdu rata-rata banyak yang fully booked since national day kan. so kami stay agak jauh dan masalah jugak dengan hostel nih.. sudahlah kepenatan dengan melayan 3rd class seat, harapan dapatlah rehat dan chillex kejap sekali hostel FULLY BOOKED.!!!! memang tak tahu nak cakap ape dah masa nih. kami berkeras nak stay kat sana jugak sebab dah penat nak ke tempat lain even depa yang willing untuk cari dan hantarkan.. 2 group mat saleh pun stranded jugak. depa pun dah hangin sangat masa tu. salah seorang mat saleh tu bayar RMB20/malam sebab depa stay kat ruang tamu je. lagipun kami stay overnight saja since esok pagi-pagi dah gerak ke tempat lain. so, Chengdu kami hanya touchdown saja.. bengang toksah cerita laa masa tu tapi malas nak kalut bising ke apa sebab nanti kita malu balik kan.. bertabah jelaa masa tu..
Selepas hadap drama hostel tu kami pun bersihkan diri, kemas sikit-sikit pastu keluar untuk ke Xinnanmen Bus Station. tiket perjalanan seterusnya perlu dibeli. mujur ada seorang kenalan kami student university di Chengdu belikan sebab bus station pun hampir tutup dah masa tu. bus station ni tutup jam 7pm. kami tak punya banyak masa jadi kami cuma sempat berkunjung ke Jinli Street. Agak menarik dan memang penuhlah orang. nak cari souvenir rasanya sebelum pintu masuk Jinli Street tu lebih murah berbanding di dalam Jinli Street. Kami keluar dari Jinli Street tak pasti pintu yang mana tapi kami berjalan kaki agak lama ketika itu, dan melalui pasar jalanan.. souvenir bersepah kat sini dan harga yang ditawarkan semestinya jauh lebih murah dari dalam Jinli Street tuh.. huhuhu..
kawasan perumahan hostel kami |
menu kedai muslim mujur dekat je dengan hostel |
nasi goreng vege acah-acah.. hahaha.. |
metro line Chengdu.. |
get off dari Xinnanmen st untuk ke st bus |
kedai souvenir di luar Jinli Street |
tidak banyak foto di sekitar Jinli street yang dapat kakak kongsikan.. disebabkan pergi adhoc pastu malam pastu orang ramai giler sampai depa buat sekatan untuk masuk.. kalau pergi waktu siang mungkin lebih menarik nampak senibina kawasan tu..
perjalanan esok pagi adalah yang paling kakak nantikan.. tak banyak info yang dapat kakak korek ketika membuat keputusan untuk melalui route ini.. route apa? nantikan...
Keesokan pagi.....
"Amaigadddd.!!!! Kita dah lambat weyh.!!!!!!"..........
No comments:
Post a Comment