Sunday, 23 July 2017

Ni Hao China::Mt. Tianhaizi::

Entri kali ini kakak akan menceritakan sedikit penderitaan kakak hiking Mt. Tianhaizi.. Haahaha.. Kami sebenarnya telah diracun sehabis baik oleh Spring iaitu kenalan kami yang stay di Konka International Youth Hostel. Spring nih part timer menjadi guide gunung sekitar bandar Kangding.. Gambar semua yang dia tunjuk kemain lagi cantik.. geram giler dan mulalah masing-masing bernafsu nak hiking.. hahaha..

Kami berbincang dulu sebab agak costy jua kalau nak hiking Mt. Tianhaizi ni bila masing-masing in tight budget.. Tapi dah hampir lewat malam barulah kami decide untuk mencuba gunung ni.. Tak pelah bayar mahal untuk keselamatan diri jugak kan.. huhuhu.. Biasanya all in including foods/tibet tea/transport/guide harga lebih kurang 150yuan/pax.. Even kami tolak makanan harga tetap saja sama.. Ermm.. makanan yang biasanya diorang bagi adalah daging yak sama ada dibakar mahupun digoreng atau buat dimsum.. Kalau non-muslim boleh je ambil all in tapi untuk muslim better sediakan makanan sendiri..

Spring memulakan briefing serba sedikit pasal route gunung ni.. melalui video yang dia tunjukkan ada je group yang slumber giler pakai sneakers.. so kami nih lebih kurang level tu jugaklah.. slumber je.. lagi-lagi kakak yang hidup dengan windbreaker 2 layer.. kat darat ni pun dah tak telus berikan kehangatan apatah lagi di puncak sana.. hadoiyaiiiii.. tapi ada volunteer hostel kat sana yang sudi pinjamkan sehelai lagi jacket buat kakak.. syukur.!!!

perjalanan kami diiringi Spring, Lynne, Maxime dan Uncle (owner hostel).. Uncle yang drive kami ke starting point.. jarak lebih kurang sejam dari hostel kami.. perjalanan off road more than half way.. berliku-liku.. maigaddddd.. memang memeningkan.. kami tiba di kaki gunung sekitar jam 9.55am. masih berkabus dek kerana hujan pagi tadi.. sejuk? toksah cakaplah memang sejuk teruk.. tabah jelaa.. kakak masih memakai jaket lusuh itu.. jaket yang Lynne bagi pinjam kakak pikul je dulu if emergency baru pakai.. tak sedap pulak nak pakai baju milik orang lain.. huhuhu..

Sepanjang perjalanan ini, memang kakak rasa banyak juga kesusahannya.. mungkin disebabkan bentuk geografinya yang agak berbatu.. longgar pulak tu.. so pewai tu memang akan jadi punyalah.. permulaan pendakian ni saja sudah pada aras 4095m dari paras laut.. Syirah pula awal-awal dah ada signing AMS (Acute Mountain Sickness).. agak merbahaya okai.. tapi condition Syirah agak baik sebab dia hanya hiking ikut pace dia dan dia lebih tahu condition tubuh dia.. so far, perjalanan baik saja.. lebih baik lagi kalau spare Oksigen sesiap..

Sebahagian gambar yang berjaya kakak snap dalam perjalanan ke starting point~








Nah! Enjoy the tracking path.!! Hahaha..




























Uncle bagi info pasal pokok yang boleh mengurangkan AMS effect

petik daun ni dan masukkan pada lubang hidung (jangan dalam sangat) dan bau pokok ni membantu mengurangkan rasa pening

known as Rhododendron for AMS





yeay.!!! Syirah dah recover from AMS .!!!








Ini adalah terbaik dari apa yang kakak pernah dapat.. Cantik bukan? Menikmatinya sekadar beberapa minit saja.. Puas jua hati ni.. Puncak jauh nun adalah puncak Mt. Konka. Di sinilah ketinggian Mt. Tianhaizi 4900++m (15120ft).









Kami sempat berehat sambil menikmati lunch berupa nasi impit, serunding daging/ikan dan sambal bilis.. Uncle belanja teh Tibet.. agak tawar tapi menyegarkan.!! hehehe.. tengah sejuk minum air panas memang best giler.!!










actually ice nih berbentuk 'love' tapi memandangkan diorang beramai-ramai rasa terus jadi ini je.. haha..
Bila mengenangkan nak turun balik.. ermmmmmmmmm sangattttt.!!!! Bukan apa, penyesalan timbul balik.. hahahaha... Dalam perjalanan kami nak turun sempatlah merasa salji turun renyai-renyai.. tapi pewai pulak masa tu langsung tak enjoy.!!! huhuhu.. Uncle turun dengan kakak since kakak amatlah terkial-kial bila nak pijak batu tu.. bukan apa, kakak gayat sebenarnya.. hahahaha,, Uncle pegang erat macam anak-anak.. paksa turun cepat.. tak kasi chance rest langsung.. huhuhu.. Sampai di satu point, kami split di mana Maxime akan tunggu Spring, Syirah dan Pi manakala Uncle, Lynne dan kakak tunggu di kereta saja.. Sempat jugak kakak pinjamkan headlamp kat Maxime.. sebab hari kian gelap..


suasana selepas kami mulai turun

galcier yang kian mencair


Kakak berjaya sampai kat kereta sekitar jam 7.05pm.. Masa ni suhu dah drop sampai ke -2 celcius kot.!!! mulut berasap dah macam hisap vape.. pastu warmer kakak tak berfungsi weyh.. mungkin jadi lemau dek kerna terlalu sejuk.. Kakak, Lynne dan Uncle dok dalam kereta sambil cuba panaskan badan masing-masing.. Jaket yang Lynne bagi pinjam kakak pulangkan pada dia sebab dia lagi teruk sejuk.. Masa ni macam cuba sedaya upaya survive.. Sudahlah kakak macam ada tanda-tanda AMS.. Tak lama kemudian Syirah, Pi, Maxime dan Spring pun muncul.. maka kami tazabarrrr nak balik berehat sambil melupakan detik penderitaan on trek tadi.. hahaha..

Sampai je hostel kami check in hostel lain di tingkat bawah Konka International Youth Hostel tu.. bukan apa, sebab di Konka International Youth Hostel tu fully booked.. ada bed pun dalam tent jek.. mana bisa kami selesa setelah pewai on trek tadi.. harga lebih murah dan kami memang pilih nak stay dalam bilik sebab keadaan amat teruk masa tu.. Kakak dan Syirah totally AMS.. sampai je bilik terus pengsan.. Kakak sedikit lega bila muntah.. Hilang sikit efek sakit kepala laa sakit perut laa sakit memacam sampai tak tahu nak cerita.. hahaha.. seriously memang azab jugak kena AMS ni.. badan memang totally lembik.!!!

Post hiking Mt. Tianhaizi ni, kami berpendapat amatlah penting untuk carbo loading dulu since makanan yang kami ambil sebelum hiking cuma nasi impit dan serunding saja.. So, lepas nih dah tahu jualah serba sedikit persediaan sebelum hiking dan never underestimated any mountain until you try it.!!!!

**BONUS**
ini ada pautan kalau-kalau kalian nak tengok video hasil edited by Spring Marshall (FB/WeChat)

http://v.qq.com/x/page/j03359nqh9i.html