Saturday, 22 July 2017

Ni Hao China::Mt. Julian Grassland::

Jika permandangan malam sudah buat kakak jatuh cinta apatah lagi hari siangnya..
Tapi kakak nak cerita pasal hiking Mt. Julian Grassland.. Why grassland??? sebab puncaknya masih tiada yang tawan.. gittew.. grassland tu kawasan landai di atas pergunungan dan dapat lihat orang tibet yang nomad di sana dengan sebilangan besar haiwan ternakan.. YAK.. 

Kami hanya santai mak jemah melihat sekitar bandar Kangding.. kami decide untuk naik Mt.Julian setelah kami berkunjung ke Zhilam Hostel. Kami punya keinginan jua untuk tinggal di sini sebab view dia memang menang.!!! lagi-lagi pada musim sejuk yang bakal mendatang.. sebenarnya semasa kunjungan kakak ke China ni pada musim panas-luruh.. tapi tak sangka bila tiba di Kangding ia lebih dari itu.. hahaha.. kakak hanya prepare baju lusuh 2 layer je.. nasiblah labuuuu..

Gunung ini agak santai.. tidaklah seteruk mana.. dengan berbekalkan maklumat dari pihak Zhilam Hostel.. kami naiklah gunung ini.. kami start naik sekitar jam 2.00pm.. kentang giler.. kata pihak Zhilam Hostel, kami takkan sempat atau turun nanti dah gelap sebab nak sampai ke grassland tu memakan masa 3 jam.. nak turun lagi katanya.. huhuhu.. bila ada team sejenis yang ahh lantaklah.. ada sesiap dah bawak headlamp.. sejenis yang degil jua.. maka grassland Mt. Julian is ON.!!!! hahaha..

nah.. kakak share gambar dan lokasi nak ke sana.. tapi tiada jaminan apa yang kakak buat maka korang pun boleh buat.. setiap perkara perlulah ada pertimbangan di mana tahap kita.. jangan nak salahkan kakak kalau korang sesat barat nanti okeh.. kalau nak info yang lebih tepat, sebelum naik pergilah ke zhilam Hostel dan lebih baik lagi kalau anda stay di sana.. kami memang nak stay di sana tapi fully booked till next weekend.. sebab tu diorang tolong kami dengan info untuk mendaki Mt.Julian Grassland..


lobi di Zhilam Hostel











ewahhh.. pokcik letih ke tu.. hik hik..





mantera doa orang tibet









view sebahagian bandar Kangding




View inilah yang kami nantikan.!!!



macam new zealand baqhang.!!!



Kami selamat sampai di Zhilam Hostel sekitar jam 6.15pm.. Syukur.. Perjalanan kami baik-baik saja.. huhuhu.. wahhh.. suasana senja hari minggu di Kangding amat menarik perhatian kami.. ramai yang berpakaian tradisional tibet.. ada apa-apa event ke malam minggu macam ni??? tazabarrr pulak kakak nak tunggu hari gelap..




~sisterhood~

kelaparan.. bila buah-buahan saja yang halalan toyyiban..

semasa kunjungan kami, pusat Islam ini baru saja dibina dan masih belum dibuka kepada orang ramai.. 


Wahhhh.!!! dari kejauhan kami dengar lagu.. lagu Tibet..!!
ramai yang berpusu-pusu ke kawasan dataran di tengah bandar Kangding.. kami pun 'follow the crowd'.. ternyata memang asyikkk.!! ada tarian beramai-ramai.. semacam senaman dan hiburan.. kami pun takkan nak tengok je kan.. maka kakak dan teman pun masuk jugak layan tarian tibet.. hahaha.. lantaklah step berterabur janji terhibur.. hahahhaa..

ok. chill sat. tengah tunggu orang setting lagu.!

budak ni kami selisih masa nak hiking petang tadi.. bukan main comel & semangat menari.!!!

cubaan pokcik melenggokkan tubuh mengikut irama tibet

nenda saudara.. hehehe..


seriously yang nih kakak paling amazed.!!!! dah macam bintang kot.. betapa haibatnya warga tempatan ini menarik perhatian pengunjung.!!!!

ini pun serious jugak. bukan main ramai orang yang join aktiviti malam minggu di dataran ni..


Esok masih belum ada perancangan.. orang kata trip sukati kan yang paling best maka memang kami terapkan padahal mikir jugak kemungkinan-kemungkinan yang menyentuh hati kami.. hahaha.. ayattttt sangatt.!!! So, dah boleh lena dah ni since seharian meraban berjalan. hahaha..


good bye & good night

No comments: