Kami memilih ke Litang sebab itu saja penghujung perjalanan yang membolehkan kami melihat "true tibetan" selain ke Lhasa.. Ok, rata-rata ramai yang keliru Tibet ni negara ke atau sebahagian daripada China.. Tibet adalah salah sebuah negeri di China.. kalau nak masuk Tibet, kita sebagai pelancong perlu masuk melalui agen (setakat yang kakak dengar dan periksa).. kalau ada yang dapat masuk tanpa masalah ataupun risiko ke Lhasa mohon share lah ya.. impian tertangguh nak ke sana. By the way, kebanyakkan orang tempatan China juga ramai yang ke Tibet sebagai suatu perjalanan yang terhebat. Mungkin kerana Tibet merupakan salah sebuah negeri yang menerapkan nilai agama yang tinggi berbanding kawasan lain(ini andaian kakak sahaja). Tak silap kakak, di sana ada sebuah gunung suci yang rata-rata orang Tibet yang punya keinginan atau impian akan menjalankan upacara berdoa dengan mengelilingi gunung tersebut iaitu Gunung Kailash. Ok kita sambung cerita Litang--
Ini sebahagian gambar sepanjang perjalanan kami dari Kangding with love ke Litang..
Bermulalah episod 2 AMS (Acute Mountain Sickness) kakak semasa perjalanan ini. Walaupun bukanlah kakak dalam beraktiviti mendaki tapi ketinggian semasa perjalanan ini agak azab juga. Kakak mulai sakit di bahagian dada seperti dicucuk. Allahu, tak pulak kami beli portable Oksigen. Jadi, kakak banyak rehatkan badan dengan tidur. Mujur kakak tak 'restless' ke ape sepanjang perjalanan. Mana tidaknya, sepanjang ke Litang kami melalui 3 tempat yang berketinggian sekitar 4700m dari paras laut.!!!! dah macam Gunung Kinabalu hokai.!!!! Jadi, sesiapa yang nak ke Tibet eloklah ke Litang dahulu bagi badan biasa dengan kawasan berketinggian tinggi.
Kami selamat tiba di Litang sekitar 2.30PM dan kami sekadar menggunakan apps MAPS.ME untuk mencari hotel/hostel atau apa-apa jelaa asalkan boleh buat tempat lena. hahaha. Kami memilih Potala Inn sebab paling dekat dengan bus station malahan murah pulak. takkan menolak lagi. tapi itulah, heater memang tak ada. Sebelum kami ke Litang kami dah check sesiap pasal kemudahan di Litang malangnya mostly penginapan memang tak menyediakan heater sama ada untuk tidur mahupun mandi.!!!!
sejenis rehat & rawat |
toilet yang kami hadap sepanjang perjalanan di China |
restoran di salah sebuah perhentian kami ke Litang |
First pitstop yang bertinggian 4700m |
View dah memukau pun masih jauh lagi.. hahaha |
Kami selamat tiba di Litang sekitar 2.30PM dan kami sekadar menggunakan apps MAPS.ME untuk mencari hotel/hostel atau apa-apa jelaa asalkan boleh buat tempat lena. hahaha. Kami memilih Potala Inn sebab paling dekat dengan bus station malahan murah pulak. takkan menolak lagi. tapi itulah, heater memang tak ada. Sebelum kami ke Litang kami dah check sesiap pasal kemudahan di Litang malangnya mostly penginapan memang tak menyediakan heater sama ada untuk tidur mahupun mandi.!!!!
Litang hanya sebuah bandar yang baru nak membangun.. walaupun agak pedalaman, masih ada restoran makanan Muslim di sini.. komuniti Islam juga wujud di bandar ini.. selebihnya adalah penganut Tibetan Buddhism atau kalian pasti pernah mendengar kehebatan pengasasnya iaitu Dalai Lama.. Litang mempunyai steppe season yang mana kering dan dingin. Secara serius kakak katakan memang sangat sejuk ok pastu hostel pulak takda kemudahan heater.!!!! ermmm sangat bila tiba waktu malam. ketaq weyh.!!!!
Petang itu setelah berehat-rehat, kami cuba menghabiskan masa dengan melihat kawasan Litang. Sangat mengagumkan dengan pembinaan yang masih berjalan. Di bandar Litang ini tidak banyak tempat untuk dikunjungi. Sebenarnya banyak kawasan pergunungan yang menarik tapi jauh-jauh belaka. Jika punya waktu yang cukup memang kakak gerak dah. Hahaha. Kami sempat melihat Stupa berhampiran dengan kawasan hostel kami. Agak menarik bila orang tempatan sentiasa 'welcoming' kita even kakak pasti mereka ni tahu kami bukanlah dari rumpun malah agama yang sama. Serius teruja masa masuk Stupa ni. Bukan apa yang berada di sini bukan orang-orang tua saja malah orang muda lagi siap tasbih sentiasa di tangan. Kami juga sempat ke rumah Dalai Lama yang ke berapa kakak serius lupa. Maklumlah entri tertunggak setahun.. Ampunnn.
Oklah ada baiknya cerita melalui gambar pulak--
jangan tanya bagaimana kami order makan.. mujur kedai nih guna menu berpandukan gambar.. kalau tidak jenuh laa nak translate tulisan cina depa tu.. so far semua makanan nih memang sedap dan banyak.!!!
selepas makan kami sambung perjalanan kami di sebelah malam..
Setelah itu, kami pun pulang ke pangkal jalan sebab kebanyakkan kedai telah pun tutup dan kat sini memang tak wujud pun mall ke supermart ke apa.. so bertabahlah dengan menghabiskan masa dengan membaca novel yang masih tebal di bilik tanpa heater..
Petang itu setelah berehat-rehat, kami cuba menghabiskan masa dengan melihat kawasan Litang. Sangat mengagumkan dengan pembinaan yang masih berjalan. Di bandar Litang ini tidak banyak tempat untuk dikunjungi. Sebenarnya banyak kawasan pergunungan yang menarik tapi jauh-jauh belaka. Jika punya waktu yang cukup memang kakak gerak dah. Hahaha. Kami sempat melihat Stupa berhampiran dengan kawasan hostel kami. Agak menarik bila orang tempatan sentiasa 'welcoming' kita even kakak pasti mereka ni tahu kami bukanlah dari rumpun malah agama yang sama. Serius teruja masa masuk Stupa ni. Bukan apa yang berada di sini bukan orang-orang tua saja malah orang muda lagi siap tasbih sentiasa di tangan. Kami juga sempat ke rumah Dalai Lama yang ke berapa kakak serius lupa. Maklumlah entri tertunggak setahun.. Ampunnn.
Oklah ada baiknya cerita melalui gambar pulak--
Potala Inn |
kedai jahit tirai |
pakcik nih dok ikut je kakak dari luar sampai masuk pastu dah masuk ajak semayang sesama.. hahahadoiiii |
loceng ni perlu dipusingkan sambil mereka berdoa semasa mengelilingi rumah ibadat |
terjumpa wanita muslim ni so ambil kesempatan tanya tempat makanan halal |
"hampa belok kiri pahtu teruih jaa, lalu depan stesen bas, teruih lagi.. kedai makanan halal dekat dengan simpang sana" |
jalan yang baru nak diturap |
#raratheexplorer at the gate of Dalai Lama house |
bertemu dengan bff from France |
kedai makanan halal di pekan Litang |
jangan tanya bagaimana kami order makan.. mujur kedai nih guna menu berpandukan gambar.. kalau tidak jenuh laa nak translate tulisan cina depa tu.. so far semua makanan nih memang sedap dan banyak.!!!
selepas makan kami sambung perjalanan kami di sebelah malam..
sejenis dataran.. tidak semeriah di Kangding tapi masih anggun.. hahaha.. |
No comments:
Post a Comment