Sejenak kerajinan menerpa. Entri kali ini juga santai. Walaubagaimanapun, pagi hari kedua di Tehran agak chilly kerna hujan. Kami layan breakfast like a boss di hostel sambil tunggu mood untuk meneruskan perjalanan sambil berkenalan dengan team abg Fitri. Ternyata mereka jua bukanlah biasa-biasa. Perjalanan kakak masih samar-samar tapi sepertinya ingin langsung ke Tabriz yakni utara Iran.
Setelah hujan kian teduh, kami bersiap keluar menuju ke terminal bas antara bandar dengan menaiki subway saja. Haa untuk yang ingin menaiki bas antara bandar, terdapat dua terminal which is West Bus Terminal dan Tehran North Bus Terminal. Sebelum kami gerak ke subway, kami sempat bertanya dengan receptionist hostel tentang perbezaan antara dua terminal ni sebab destinasi seterusnya adalah berbeza buat kakak dan team abg Fitri. Menurut beliau main bus terminal adalah di West Bus Terminal dan memandangkan team abg Fitri mahu ke Esfahan dan kami pula ke Tabriz maka receptionist kami mencadangkan keduanya boleh dibeli di West Bus Terminal. So, ayuh ke West Bus Terminal.
West Bus Terminal (WBT)
From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Shahid Beheshti (change to line 3) -- Vali Asr (change to line 4) -- Meydan-e Azadi
ATAU
From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Darvazeh Dowlat (change to line 4) -- Meydan-e Azadi
Tehran North Terminal
From subway line 1: Shahid Mofatteh (Persian Hostel) -- Shahid Beheshti (change to line 3) -- Rahahan
Ok. Nampak complicated kan perjalanan subway ke WBT. Actually kakak pilih route pertama sebab lebih dekat antara stesen dan kakak ni sejenis leka sikit so kalau lama stay dalam subway sel-sel otak bisa hilang dari radar. Hahaha.
Bila dah sampai di stesen Meydan-e Azadi, ada signboard ke terminal bas. Tapi kakak macam biasa akan tengok crowd pastu follow the crowd tapi jangan pula korang follow the crowd membabi buta. Kalau tak sure tanya saja. Orang Iran ni semua yang kakak jumpa sangat helpful. Terminal bas ni perlu jalan kaki sekitar 700m (ini cuma anggaran saja) so boleh tahan jauh jugak dari subway.
Kat sini juga ada Azadi Tower yang baru siap dibina dan telah dibuka semasa kunjungan kakak. Kita sembang pasal tiket bas dulu eh. Tiket bas dari Tehran-Tabriz sekitar IRR400k untuk seorang. Ada banyak jenis bas dan terpulanglah nak naik yang mana dan kebanyakkannya gerak pada waktu petang dan malam. Perjalanan mengambil masa sekitar 7-8 jam. Jadi, kakak memilih naik bas malam saja. Lebih mudah takyah fikir pasal tempat tidur.
 |
Ini hiasan di dinding subway |
 |
Nampak patung ni kira korang berada di jalan yang benar |
 |
sekitar kawasan menunggu bas |
 |
Haa jawi tuh dalam bahasa parsi. Kalau korang faham bahasa parsi so senanglah nak cari mana 1 bas korang. Kalau tidak tanya saja di kaunter. |
 |
kawasan menunggu dalam terminal. Semua fasiliti agak baik. |
 |
Kakak beli tiket bas kat sini. Sebab time yang paling in ngan jadual kakak. Eh jap! Tiber ada jadual. Hik hik. |
 |
Contoh tiket bas Tehran-Tabriz |
Seterusnya, tentulah pergi menapak ke Azadi tower itu. Bersepah bunga tulip sekitarnya. Geram je nak petik.
 |
Inilah Azadi Tower |
Panas? Manada. Hahaha. Macam nak melecur kulit.! Kulit kakak dahlah persis lilin. Cair baqhang.!!
Kemudian mestilah kami makan-makan dulu sebab lepas ni nak ke Tajrish pulak. Haa lama nak menempuh subway.
 |
Haa nampak tak semua pakat berteduh kat sana. Sambil tu beli Falafel. Sedap jugak. |
 |
Hanya demi sekeping gambar jek ni tapi dan laa habis makan. Hehehe. |
Tajrish sangat terkenal bila tibanya musim sejuk. Tapi musim bunga pun not bad cumanya gunung dia dah takda litupan salji. Kalau tak mesti berdarah lagi hidung. Hahahaha.
Tajrish ni boleh naik subway je which is di Line 1. So, agak jauh laa bagi kami yang dari Meydan-e Azadi ni. Tak traveller lah kalau mengeluh kan? hehehe. Kami nikmati perjalanan kami dengan santai dan relax. Tajrish tu apa je ada? Ada Mt. Tochal yang boleh naik cable car untuk menikmati permandangan gunung tapi kakak tak pergi pun sebab nak setting balik hostel awal. Bas kakak akan bertolak malam ni jugak. Nampak kan macam tak sabar benar nak keluar dari Tehran. Nikmati foto serba sedikit Tajrish Bazaar dan Imamzadeh Saleh Shemiran. By the way, Tajrish ni agak dingin kalau nak dibandingkan dengan bandar Tehran.
 |
Halus betul ukiran ni. Adore sangat! |
 |
Somewhere inside subway |
 |
menuju Tajrish Bazaar |
 |
Haa kakak tak tahulah ni sayur ke apa tapi dah macam brokoli panjang pun ya jugak |
 |
Besar dan ranum betul stoberi depa ni |
 |
Batang saderi dia memang besar.!! Nampak sedap kalau dapat makan camtu je.! |
 |
Imamzadeh Saleh Shemiran |
Untuk masuk kat kawasan masjid ni wajib berjubah. Walaupun kami memakai pakaian labuh, masih kena pakai kain tu sekadar balut tubuh. Bau? Ya ampun. Biasalah barang yang public guna kan. Tapi kami pakailah jugak walaupun tak faham untuk apa. Penat juga tanya security sana untuk apa tapi malangnya sembang ayam itik. Huhu.
 |
Senibina kat Iran ni tak adalah yang mengecewakan.! |
 |
Orang Iran memang suka bergambar dengan foreigner. So, kalau tetiba kena sapa ajak bergambar jangan pulak kau nak aneh sangat. Layan jek bak kau artis fofular.! Hahaha. |
 |
Hai awaa.!😍 |
 |
Ini batu peringatan. Tak sure kalau ini adalah makam ke apa. |
 |
Garam! Tiber ada mokcik berjubah tolak-tolak suruh kakak ambil sebagai sedekah beliau. |
 |
OK. Mendalah dalam botol yang tergantung tu punyalah mahal.! It's Saffron.! |
 |
Awak nak makan kacang ngan kite takkk? Hahaha.. |
Di Tajrish kami menikmati sesuatu yang di luar kebiasaan di mana di tengah-tengah bazaar akan ada talam yang diletakkan di atas kerusi. So, mulanya kami rasa semacam aneh. Pastu kami nampak beberapa orang beli kurma dan gula-gula kemudian diletakkan sebahagian di dalam talam. Pastu ramailah orang yang lalu-lalang ambil. Oh pastu kami pun pantas melakukan yang sama. Ambil beberapa biji gula-gula dan gula-gula tu sangat sedap hokeyh.! Nak balik Mesia nanti memang kakak akan beli. The taste was different & taklah macam manis sangat.!
Sempat juga kami try makanan di restoran Tajrish ni. Paling best dan unik nasi dalam lada benggala (capsicum) Sumpah sangat sedap. Capsicum tu pun tak lembik dan memang ia dimasak helok bersama nasi. Kalaulah boleh belajar.! Teringin nak buat. Sorry weyh takda gambar sebab terlalu kagum, sedap & lapar. Dah setel baru pasan takda gambar. So sad but my stomach so happy to taste such good foods.
Akhirnya tiba sudah masa untuk kami berpisah dengan team abg Fitri. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Esfahan keesokan pagi dan kami pula gerak ke Tabriz malam ni. Suasana di bus terminal pada waktu malam sangat meriah sebab ada pasar malam. Barang agak murah berbanding di bazaar so kalau nak shopping boleh juga try cari di pasar malam camni.
Bagaimana kakak dapat naik bas yang betul? Firstly, sampai je teminal bas kakak terus cari kaunter beli tiket tadi. Guess what? Kaunter tuh dah tutup guys.!! Cuak? Mestilah.!! Even kakak sampai awal, perkara seperti ini jauh dari sangkaan kakak. Huwaaaa.!!! Nangis lam hati sesaat.! Pastu, kakak kan artis fofular, maka mujur saja ada yang cam kakak datang beli tiket pagi tadi. Alhamdulillah syukur yakmat masa tu. Pastu brader tu lah yang guide kakak sampai naik bas. Dia pun suruh kakak tunggu depan kaunter bas dia. Baiknya dia.! Moga beliau sentiasa di bawah rahmat Tuhan.
Bas yang kakak naik super selesa.! Memang A lah citer dia. Sampai tak sedar dah nak sampai Tabriz dan subuh menjelma.
 |
Tol gate di Iran |
 |
Ini adalah bus terminal di Tabriz. Baru. Cantik. Selesa.! |
 |
Tiket bas mana nak pergi pulak lepas ni |
 |
Try to guess okay.! |
Kakak menyapa sorang mat salleh ni tanya kot dia nak car pool ke bandar ke camne kan. Takda bas yang singgah di terminal tu ataupun orang kaunter tu tak faham apa yang kakak tanya terus jawab NO. huh.! Mat salleh tu ON. hahaha. memang dia tengah cari orang untuk ke bandar Tabriz bersama.
 |
Bazaar once again.! |
Lepas teman mat saleh ni simpan beg kat hostel dia, maka kami pun terus gerak acah killing time sementara tunggu malam. Mulanya nak ke Kandovan tapi macam tak tahu nak pergi macam mana. So, apa yang kakak perlukan sekarang adalah wifi untuk meneruskan hidup. hahaha.
Bazaar ni bukan suram sebenarnya bazaar ni tutup hari Jumaat.! hahahadoi. Petang baru beroperasi. Sebab tu ada sikit je yang buka. Oklah takda lah sesak kan. Ayat sedapkan hati bila kau dah tak tahu nak ke mana sebenarnya. Ingatkan boleh cuci mata kat bazaar.
 |
Bye Mr. X. Hah.! Tak ingat nama beliau senarnya. Ampun.! |
Bila kita mengembara ni, kakak boleh cakap Tuhan sentiasa tolong memudahkan perjalanan. Kakak dipertemukan dengan orang yang baik dan itu jualah doa kakak sepanjang bermusafir. Doa orang bermusafir ni kan mujarab.! Dah jauh entah ke mana berjalan, lapar mula menguasai diri. Tercari-cari juga kedai makan mana yang buka. Yang jual kebab, falafel ada je yang buka tapi sebab kakak mencari nasi maka tetap nak nasi. Rindu.! Terjumpa sebuah kedai ni, agak kecil dan oklah untuk lepak makan kejap kan since nampak ada sorang mamat ni makan nasi. Hahaha. So, kakak pun masuklah kedai tu, pastu nak order. Takdir Tuhan tak pernah salah. Mamat yang kakak usha makan nasi tu last sekali tolong orderkan untuk kami sebab dia boleh berbahasa inggeris padahal dia nak pi bayar makanan dia. Then dia wish, have a nice day in Tabriz. Aduh.! Baiknya lahaiiii.
Tiber dia datang balik weyh. Padahal dia dah keluar kot dari kedai makan tu. Datang pulak terus tarik kerusi dan duduk dengan kakak. Langsung borak kata nak temankan makan pastu tanya nak pergi mana je lepas ni, apa planning. Ermm kakak memula kena jawab ke soalan mamat ni. Tapi beliau nampak kot muka kakak ada sikit macam insecure pastu terus dia bagitahu niat dia. Syukur. Orang baik rupanya. Hahaha. Drama sangat kannn.
Habis makan ingat nak lepak santai merehatkan kaki. Mamat tu pulak terus ajak borak pastu dia ajak jenjalan. Dia boleh guide kan. Kakak terus cakap kakak takda duit nak bayar guide bagai ni. Hahaha. Sekali dia macam marah sikit sebab dia kata kakak ni tetamu dia, so jangan gundah. Dia ikhlas bawak jenjalan. Terus dia ajak naik bas. Haa ni agak cuak bila naik bas, dia dah lah lelaki kan so, dalam bas tu ada pembahagi untuk perempuan ngan lelaki. Gosh.!! What I suppose to do? Kat stop mana kena turun ni? Huaaaa.. Jenuh jugaklah kakak terjengket-jengket cari dia mana tahu dia tinggal kakak begitu je kan. Huhuhu. Dah sampai tempat nak turun, dia jerit "Hana.! Here.!" Haaaaa hamek kau.! Satu bas dah tahu nama kau. Hahahaha. Mana aje lah mamat ni bawak kan. Rupanya pergi E-Goli tempat bersemanyam sultan zaman dulu kala. Nah selamat nikmati permandangan di E-Goli. Kolam mandi Di-Raja.
 |
Tulip kat sini lagi cantik dan segar sebab kat sini dingin lagi |
 |
Yang ada kubah tu tempat puteri-puteri bersemanyam |
 |
#teambison #teamperak |
 |
Masa kakak ambil foto ni pun diorang semua tengok kakak macam alien |
 |
peminat lawa baqhang.! hahahaha |
 |
berebut nak ambil gambar. sabar. kakak bisa melayan kalian berfoto. Kah.! |
 |
Haa.. nilah mamat yang baik hati ittew. |
 |
family ni acah nak borak tapi tu lah bahasa jadi penghalang. kakak cakap jek bahasa melayu dengan dia. |
 |
Haa.. ini adalah Hamid.. Baik orangnya.! Thanks a latte Hamid.! |
Alhamdulillah perjalanan di Tabriz ni walaupun tak ke mana tapi layanan memang A sangat.! Boleh dikatakan sepanjang perjalanan termasuklah makan semua di bawah tajaan Hamid ni. Sampai nak beli aiskrim pun dia nak jugak bayar. Segan weyh. Lunch tadi pun dia bayar. Fare teksi sampai terminal pun dia bayar. Punyalah dia jaga kami untuk pastikan kami tiba di tempat yang betul padahal bas dia yang last dia dah terlepas sebab nak hantar kami. Gosh.!! Terharu!
Dalam banyak-banyak menda yang kakak borak dengan Hamid ni paling kakak kagum bila dia cakap "I really like your Prime minister DR. Mahathir Mohamed" Kakak like huh?! Teruslah kakak menjual nama Malaysia dengan lebih baik lagi. Moga beliau juga sentiasa diberkati dan harap apa yang diimpikan beliau tercapai. Haah ya. Dia cerita semua impian dia pada kakak.
Ke mana kakak selepas ni? Haa dah terjemahkan tiket tadi?....
Nantikan entri seterusnyaaaaa... Bye for now.!