Saturday, 6 October 2018

::Iran::Tehran::

Ermm rindu nak menulis lagi.. Entri kali ni adalah sambungan entri sebelumnya yakni masih berkisar tentang Iran. Di Tehran tak banyak tempat yang sempat kakak lawati.

Syukur kakak boleh check in awal tanpa extra charge. Dapatlah kakak menyegarkan sikit badan setelah barai dihimpit dalam metro. Siap breakfast kakak pun join group abg Fitri semalam since kami memang tiada plan atau itinerary. Kakak sempat membuat beberapa carian melalui blogger Superman malaya, instagram imran idris dan beberapa laman sesawang yang lain. Tehran ni famous dengan Grand Bazaar dia yang kau boleh sesat kalau kau tak alert pintu mana yang kau masuk. Kakak sendiri pun entah berapa kali berpusing tempat yang sama.

**Kakak beli metro card dengan harga IRR50k dengan isian IRR35k. Pengguna metro sangatlah ramai. Jadi agak menyukarkan kalau nak beli secara manual dan komunikasi juga agak terhad

Pertama sekali kami pilih untuk ke Golestan Palace sebab ada beberapa muzium yang agak menarik untuk dilawati dan lokasinya juga berhampiran dengan Grand Bazaar. Kami naik metro dari Shahid Mofatteh St. dan turun di Talaghani St.(kakak tak berapa sure ini station direct Grand bazaar ke tak sebab miss info. Kalau salah nanti kakak akan betulkan) seterusnya berjalan kaki mengikut orang ramai. Haa nampak tak confident? Follow the crowd without fails. Hahaha.

Golestan Palace nih kalau masuk free je tapi ada muzium yang kena bayar. Harga setiap muzium adalah tak sama. Paling cantik muzium cermin tapi kakak usha dari luar je. Malas nak masuk lagipun tengah build up mood lagi sebab ada keletihan dan kelesuan sikit. So far it's worth to visit lagi-lagi yang minat dengan architecture. Sangat amazing ok.!! Nah layan sikit gambar sekitar kakak di Golestan Palace dan Grand Bazaar.

Bincang dulu nak hadam metro line



Cantik kan??

Rombongan sekolah.. Sakan minta ambil gambar pastu malu pulak.. Hihi..

Hilang terus kakak.. Hahaha..


kasik chance laa kakak acah-acah sikit



Salah satu masjid dalam Grand Bazaar 



Haa.. rusuk kiri siapa lah ni....



Kebab (kind of) yang paling sedap.. Sanggup repeat berkali pergi sini makan..

Semua happy bila makan.!!! Hahaha..

Ok. Yang ini kakak try ghokashir (mungkin camni kot bunyinya)

Jus buahhh.. Mari.. Mari...

Lorong yang sentiasa sibuk di Grand Bazaar

Penuh.. Berhimpit.. Beware with pick pocket..

Cuci mata hiasan rumah.. Kualiti sangat terbaik.!!

Alas meja jek ni tapi harga menangisss.!!!!

dome diorang ni takda yang tak cantik

Haa yang mana taksub dengan kismis minda tu bolehlah beli kat sini


harga jual beli biasanya dengan harga Toman. 10,000 Toman=100,000IRR


Kakak dah mentioned sebelum ni tentang perbezaan waktu antara Malaysia dan Iran kan? So automatik sebenarnya kita akan letih dan mengantuk mengikut waktu Malaysia. Kelaparan pun sama. Hahaha. Oh.. lupa nak bagitahu cuaca di Iran semasa kunjungan kakak adalah musim bunga. Haa bersepah jugaklah dengan bunga tulip kat sekitar Grand Bazaar dan taman rekreasi.

Laluan menuju ke masjid



Ini dalam kawasan masjid

Ruang solat wanita

Lampu dia pun tak nak kalah

Ini adalah beg untuk isi kasut kita & kita bawak masuk sekali ke tempat solat.

Turbah. Batu ni orang syiah guna masa sujud dalam solat.
 **Pengalaman kakak melihat orang Syiah solat
Ada satu masjid antara Golestan Palace dan Grand Bazaar, pintu tingkap semua transparent. So kebetulan masuk waktu zuhur dan ramailah yang berpusu-pusu untuk berjemaah di masjid berkenaan. Kami menolak ajakan mereka untuk solat berjemaah since kita Malaysia Sunni jadi untuk mengelakkan apa-apa terjadi ada baiknya solat ketika mereka tiada atau kurang supaya tidak menonjol. Batu Turbah tu ada yang sesiap stand by kat tempat sujud dan ada yang memegang sehinggalah sujud baru diorang letak batu tu. Saf diorang ni jejauh tak macam kita berlanggar bahu. Pastu ada yang guna batu Turbah ni lebih dari satu dan tak tahulah sebab apa. Agak menarik bila melihat sesuatu di luar kebiasaan kita. Haa lagi satu kalau kita nak solat pastikan tidak terlalu menonjol. Sesetengah tempat bagi diorang ni halal untuk bunuh yang berdarah Sunni dan ada masjid yang anggap Sunni ni haram yang mana siap samak kalau kita solat tempat diorang. Ada yang bakar karpet dan sebagainya. Jadi hati-hatilah ok.

Yang ni memang cantik. Unik.

Kami menghabiskan waktu siang di Grand Bazaar itupun ada banyak lagi lorong yang tak kami jelajah. Kulit makin kering sebab boleh tahan dingin dan kering udara kat sana. Makan malam kami nikmati roti dan kek di kedai pastri area hostel. Memang sedap pastu nak pilih punyalah susah sebab semua nampak sedap.!!

pre-birthday celebration.. hik hik..
Setelah berehat seketika, kami decide untuk tak menghabiskan malam yang sendu di bilik. Hahaha. Kami sempat ke Tabiat Bridge. Memang cantik pergi waktu malam. Tapi kami sedikit kalut sebab risau tertinggal last train. Huhuhu. Kalau pergi waktu siang rasanya hangus dimamah mentari.. Nak ke Tabiat Bridge ni turun di Shahid Haghani St. pastu kena lalui taman yang kakak rasa besar gila pastu barulah ketemu Tabiat Bridge ni. Gigih kot lalu taman ni sukati dengan malam dengan gelap lagi. Hanya bersuluhkan flash light dari handphone je. Mujur jumpa jugak bridge ni..

Tabiat Bridge


Kakak jarang travel musim bunga ni. But Iran was different.! Tak pernah seumur hidup kakak berdarah hidung tapi kat Iran kena pulak. Gelabah tak gelabah laa tapi cuak jugak. Mujur tak teruk dan dapat handle dengan baik. Anyway, tak banyak yang kakak mampu coretkan dalam entri kali ini tapi next entry gonna be my next place without any itinerary.!! Stay tune.!!

No comments: