Sunday, 5 October 2014

Busan Part 3::Igidae Park::

woahhhhh.!!!!
kerajinan apakah yang telah merasuk beta.!!!
hahahaha.. okkes.. aku nak mulakan hari kedua jelajah Busan.!!!

Igidae Park..
merupakan tempat yang memang tiada di dalam itinerary aku sebenarnya..
tapi Mr. Kim suggest kat aku untuk pergi ke tempat nih sebab Igidae Park nih antara tempat hiking yang popular di Busan sebab trailnya berada di sekitar pantai.. belanja laut sepanjang jalan gittew..
disebabkan aku stay kat area Daeyeon maka amatlah dekat dengan Busan Museum sekitar 10 minit berjalan lenggang kangkung.. depan Busan Museum nih aku naik bus no 27 tak silap aku lah.. boleh sampai ke Igidae Park.. dah sampai area Igidae Park nih nak jalan masuk ke dalam boleh tahan jauh.. hehehe..





atok pun boleh hike hokeh.!!!
















itu Gwang-alli Bridge.!!!







abam-abam kaki pancing dan ada diver skali

bukan sekadar tangga





view point or check point untuk istirehat















hikers kental oldies gittew.. take a break.!



ok. ada beberapa trail untuk sampai ke penghujung iaitu skywalk.!!!
memang super ohsem bak namanya.. untuk sampai ke skywalk boleh tahan kena lalui tangga botingkek-tingkek.. hahahaha.. sudahlah aku berpakaian kasual je.. bayangkan aku punyalah gigih mendaki.. tapi aku sumpah tak menyesal langsung sebab aku memang suka nature, alam semulajadi.. sempat jugak lah aku berkenalan dengan gadis indonesia, pokcik jepun.!! pokcik jepun siap merakam foto beta untuk kenangan bersama gittew.. aku bukan bangga tapi pokcik tu respek ada gadis muslim yang travel seorang diri dan dia kagum aku mampu lalui negara yang aku sendiri tak faham bahasa mereka.. 'language barrier' bukan mudah untuk bercakap bahasa ayam dan itik.. tapi bagi aku bahasa ape pun kita pakai, asalkan niat kita betul, in shaa Allah dengan bahasa tubuh pun diorang faham.. ahhhh.. melalut lagik.!!!
nah, aku belanja gambar di skywalk...

korang kena pakai lapik kasut untuk jaga cermin tu


skeri meri mak.!!!



nak ke skywalk nih korang boleh try cari bas no 27 sebab korang yang memang malas nak cuci mata dengan menggunakan tenaga dalaman dan fizikal boleh naik je bas tuh sampai hujung.. penghujungnya akan berhenti kat skywalk nih.. tapi korang xmerasa laa cuci mata macam aku buat.. biar sakit tengok tempat orang der.. kalu nak relaks je baik dok umah online cari gambar, edit kat photoshop, nah siap aku bersantai di luar negara.. okkes.. aku bergurau kasaq je.. ok aku stay kat Igidae Park nih hampir setengah hari pastu aku sememangnya letih terus balik guesthouse.. rehat dan solat jap.. petang sat ni nanti kita p tempat lain pulak yek.. hihihi..

Heundae Beach..
teramatlah popular untuk cuci mata sekian kalinya..
aku datang pada waktu yang sesuai sebab aku nak tengok sunset.. memang ohsem gua cakap lu okeh..
aku naik subway je nak datang ke Heundae Beach.. turun pun kat Heundae St.. senang je..
sekitar kawasan Heundae



tilik nasib anda.???




oppa nih nyanyi memang sodap yooo.!





promote nature~


kawan baru.. dari morocco, africa dan jerman







banyak talent kat sini






amacam.? bergetar jiwa tengok laut n bandar n sebagainya kannn...
apatah lagi aku yang tengok sendiri.. aku sendiri pun kagum hokeh.!!
kat sini pun ada makanan halal.. aku makan makanan laut yang aku sendiri yakin tapi tak pasti pasal orang lain k.. aku teringin nak makan snow crab diorang tapi harga amatlah mahal.. krw100000++ kot.. so bayangkan aku sorang makan kosnya rm320.!!! lagipun snow crab nih besar dan sesuai di makan 4 orang.. huhuhu.. mungkin ini penyebab aku kena repeat.?? hahaha..



2 comments:

Unknown said...

Salam miss, nak tanya.. mcmmana miss keluar dari Igidae park tu ye? saya lost kot bila keluar smpai menapak dkat jalan raya...haha

merekahaani said...

hi.! saya keluar ekot skywalk.. naik bas dari sana ke bandar busan.. tak larat nak patah balik ikut jalan masuk.. hehe.. tp cantik kan.. rindu nak ke sana lagi..