Saturday, 4 July 2015

Tribute GilaProTeam Part 2 ::Camping&Hiking::

ehemmm-- part 2 pulak dah--hik hik.!

ke mana pula destinasi kali nih?
konsep OUTDOOR masih diterapkan memandangkan minat mereka mulai bercambah dengan jayanya--hahahaha..

asalnya, kawan aku ajak naik Gunung Irau yang super glamour dengan Mossy forest ala-ala The Lord of The Ring tuh--lastly hadek-hadek pun teracun sama--pastu hadek-hadek teracun lagi untuk ber'camping' di Campsite Sg Pauh--

disebabkan kami bergerak dari arah bertentangan maka kami decide untuk meet up di Simpang Pulai sahaja dan menikmati pre-dinner--masing-masing sudah berlobang perut.!!!
kami gerak Jumaat malam dan bakal bermalam di campsite Sg. Pauh saja--syukur seorang sahabat aku dah check in awal di Cameron Highland dan dengan bantuan beliau kami dapat jua tempat untuk bermalam--minggu tu sangat penuh dengan group dari UPM (jika tak silap)--thx a latte Firdaus Muhammad.!!! hik hik~

kami selamat tiba di campsite sekitar jam 11pm--setup fly dan ground--
maka bermulalah tugas aku sebagai mokcik kantin--menu Dinner sebenar adalah nasi putih dan tomyam ayam.!!!! rakus sekali hadek-hadek.!!!!






sape line up Gunung Irau.???
hampir sama dan ada tambah dan ada tolak gittew--
Fadzlen, Bad, Ayie, Syazwan Aiman, Syed, Zuni, Chiah, Along, Ezzad, Aina, Suraya dan Laryssa--

SABTU--
keesokkan paginya, kami sempat bersarapan nasi goreng kurang enak dan roti pita sebagai lunch pack on trek--hahahaha--
kami mulai bergerak ke starting point sekitar jam 8am--
kemas kawasan kem dan kena pulak bayar rm3 ke rm5/pax (ampun.! sebab dah lebam story nih maka kurang ingat harganya)




sementara menunggu sahabat sepergunungan yang lain kami sempat bersiap sedia--
minggu ni bukan main ramai pulak dah yang naik Gunung Irau.!!! tapi tak mengapa, kita naik santai mak jemah saja--hik hik..

setibanya Firdaus a.k.a PP maka beliau merangkap guider buat group beliau dan group aku dan group 1 lagi--hahahaa--pening banyak pulak dah group--mulakan perjalanan sekitar jam 9am--






Fadzlen lead bagi GPT sebab aku kena tunggu sahabat lagi 3 orang--sepatutnya kami stay sekali tapi last minit tambahan maka terpaksa aku stay dengan GPT di campsite--maafkan saya hakak Pija n kak long Sara.!!!!
last minit Padil nak join jugak dan beliau tumpang ahkak Pija dan kak long Sara--
setibanya mereka, kami mulai trekking sekitar jam 9.30am dan uncle dari Hong Kong follow kami sekali naik--ohsem dan laju memasing.!!!

disebabkan ramai hikers pada hari tu maka terpaksalah line up bagi sesetengah kawasan--
entah macam mana, terjumpa balik geng GPT--hahahaha..aku sebagai sweeper maka aku tunggulah kesemuanya berlalu--

nah, belanja gambar hadek-hadek on trek.!







kami selamat tiba di puncak sekitar jam 2pm--sumpah memang ramai giler orang.!!!
kami sampai ramai jua yang dah nak turun--ada jugak yang kem di puncak.!!



Padil dan PP





























selesai istirehat dan solat, kami meneruskan perjalanan kami turun ke starting point~
win betul bila makan maggi kari di puncak sampaikan Padil sanggup tunggu turun sesama--
so sweet.! hahahaha.. yang lain semua pakat turun dah--
kami mulakan perjalanan turun kami sekitar jam 3.30pm--
dengan tenaga sumber daripada maggi--hadek-hadek tetap gemilang.!





sempat jua kami singgah di port thorbaek.!!! hehehe--



 

ada juga yang hampir pewai ketika turun sebab gayat.! hahahaha--
alhamdulillah lebih kurang jam 6pm kami semua selamat tiba di tangga yang amat dinanti-nantikan oleh semua hikers.!!!! hik hik hik..


::yang kanan adalah chiah merangkap TANKER GPT::

setelah itu, kami langsung kembali ke kem site di Sg. Pauh--Padil folo sama tidur di sana sebab hotel dah fully booked.!!!
malam itu ramai yang syahid agak awal--layan lagu--main gitar--makan spageti bolognese--cucuq

AHAD--
last day di sini--tugas sebagai mokcik kantin tamat jua--sarapan akan disediakan oleh Bad dan laryssa.!! syukur.!! boleh bangun lambat.. hahahaa..
namun, itu hanyalah impian--kena kejut bangun awal sebab laryssa nerbes tak dapat nak masak--
maka mokcik tolonglah jua.. hahahhaa..


menu pagi nan indah dan permai ni adalah nasi lemak ohsem dari Bad.!!!



















Tak disangka Asyran, Hisyam, Ayuni dan Mokhtar sempat sampai pagi tu di campsite dan merasai nasi lemak survival gittew--ohsem.!!!

usai kemas semuanya--kami sempat jua bersiar-siar kononnya di Cameron Highland dan menikmati secawan teh berperisa di BOH TEA CENTRE--






















Alhamdulillah.!!!! trip kali ini jua berjaya terlaksana hasil kerjasama semua--
**info tambahan**
di campsite sg. pauh lengkap tempat perkhemahan, surau, tandas, tempat mandi

"akak,kalau ada trip lagi jangan lupa roger-roger"
ermmmm--besar maknanya nih--hehehehee..

3 comments:

AjlaA said...

baru nak tny ad tempat mandi ke hahahaha.osem makcik. roger i skali keh

merekahaani said...

Means kne repeat irau? Hahahaha.. Beres ajlaa--nway bilik air ada tp air menangis lol.! Sejukkkk dan halussss.!

AjlaA said...

Haha. Gunung daik bercabang tiga lah u. Brinchang ke. Or berembun hahaha. Alang2 dah ke camaheron highlands hik hij