Sunday, 29 November 2015

Namaste India::Manali Part 3::Alvida::

ermmm.. nak kena balik ke ni???
tak ada mood nak balik pulak, siap kami dua beradek fikir nak tukar tiket lagi kot..
hahahaha.. sanggup tak nak meneruskan perjalanan di lokasi wajib.. huhuhu..

kakak dan adek mulalah kemas barangan masing-masing dengan sayu.. eh.! sayu ke??
hehehehe.. malam semalam lepas jenjalan sekitar The Mall sambil shopping souvenir, kami sempat mencari surau lepas terserempak dengan dua orang lelaki muslim berkopiah.. misi mencari masjid masih diteruskan biarpun Manali lebih ramai penganut Buddha dan lain-lain.. alhamdulillah, mereka amatlah baik hati dengan membawa kami ke surau tersebut.. disebabkan semalam sudah lewat malam maka kami mengundurkan diri, sekadar ingin mengetahui lokasi surau sahaja untuk menunaikan solat esoknya..InsyaAllah..

baiklah, penceritaan entri kali ini juga melalui gambar.. lebih mudah dari berimiginasi kannn..

perkarangan crown hotel..

our humble indian food~breakfast~

couple nih dari Punjab, honeymoon kat sini
couple dari Punjab tu kami terserempak di kedai sewa motor.. tak sangka pula, beliau betul-betul cam kami dua beradek nih.. siap belanja sarapan lagi.. beliau kerja di Singapore so fahamlah few words malay.. eksaited gak dapat cakap melayu dengan orang lain.. thx a lot Mr. Ravi and wifey.!!! you guys make our last day in Manali more meaningful.!!!!

selepas bersarapan, kami jenjalan sekitar The Mall dan kali ni lebih serius untuk membeli outdoor gear.. today is sunday.. rupanya ahad mereka sama seperti ahad kita.. kedai tutup.!!!!!
hampa kami nak beli barang outdoor.!!!!! so, kalau korang nak singgah Manali pastikan bukan hari ahad.. bukan rezeki kami agaknya.. mujur kakak dah rembat selai seluar.. huhuhu..

bas kami jam 3pm, maka masih awal lagi.. kami pun melangkah dengan cemerlang untuk mengubat hati yang lara kononnyaaaaa...


di belakang lorong ni, tempat kami buat permit


rabbit okay.!!! gebu gilerrrrr~

winter bakal menjelma, suasana kian sejuk.. winter coat murah.!


close.!




crowd menonton pesta musikal







kebetulan, ada pula pesta musikal di sini.. maka kami berpeluang melihat tarian rakyat masyarakat di Manali ni.. agak menarik tapi panas.!!! hahahaa..
ermmm.. kakak dan adek melawat surau semalam.. untuk tahu waktu mereka berjemaah Zuhur nanti..

surau di Manali
lovely auntie
 **kakak minta izin merakamkan foto beliau.. tak senyum pula masa bergambar.. tapi beliau request nak tengok hasil.. senyum betul dia.. kakak tak faham apa yang dikatakan oleh beliau, mungkin terima kasih.. ditepuk-tepuk bahu kakak dan beliau senyum..

melting.!!!!
**adik nih comel sangat.!!! tergoda kakak tengok.. sambil makan buah delima.. senyum aja beliau makan.. bila ada 2 orang pakcik tegur adik nih, ketawa-ketawa dia.. kakak belanja 'mami monster' je kat adik nih.. hehehe..

masih awal.. so kami balik ke hotel untuk urusan check out pula..
sambil-sambil tu kakak buat detailing pasal trip ni.. tulis poskad.. ermmmm...
kemudian, adek pergi solat berjemaah.. surau berkenaan tiada tempat untuk muslimah maka kakak hanya meunggu di hotel saja..

eh.!! dah dekat jam 2pm tapi adek tak muncul lagi.. merisaukan kakak ni.. hahaha..
tak lama lepas tu, adek datang termengah-mengah.. berlari tu.. rindu kakak ke.?? kah.!!!
rupanya, ada seorang jemaah jemput kami ke rumahnya.. di ajak makan tengah hari tapi memandangkan kami kesuntukkan masa, kami setuju untuk minum saja.. apakan daya, beliau masih jemput makan dan makanan pun sudah siap terhidang.. Subhanallah.. moga murah rezeki mereka..

pertama kali makan masakan india.. home made.!! sedap sangat.!!!
siap pencuci mulut dan chai sebagai penutup makan tengah hari kami..
murah rezeki kami di Manali ni.. that is why we love Manali dan InsyaAllah ada rezeki ingin kembali.. masa kami kian suntuk sampai berlari-lari ke stesen bas.. mujur adik kepada tuan rumah menghantar kami ke stesen bas dan agak keliru juga mencari bas.. alhamdulillah, perjalanan kami amat mudah hari ni..

**kepada sahabat-sahabat yang kami janjikan kirim poskad itu, maaf sangat-sangat.!!! masa amat suntuk masa ni dan kami akan cuba di bandar yang lain kelak..

perjalanan yang sama untuk ke New Delhi.. masih menjamu mata pemandangan di luar.. dan kami disajikan cerita Bhajrangi Bhaijaan.!!! lagilaaaa buat kami rindu untuk kembali dan melangkah lebih jauh.!!!!!!

keadaan dalam bas dari Manali-New Delhi



perjalanan kami lancar buat masa ini.. hehehe.. maka kakak dan adek tetap jua terlentok..
mengikut jadual, kami akan tiba di New Delhi sekitar jam 4am.. moga sempat untuk kami catch up train bagi meneruskan perjalanan..

tragedi.!!!
sekitar jam 12am, kakak memang lena diulit mimpi tiba-tiba adek kejutkan..
what.???? ada lori terbalik sebelah kakak.. betul-betul kat tingkap bas kakak.. mengucap panjang kakak.. perjalanan jadi sukar dan jammed.!!! agak sukar nak alihkan lori di malam hari..
what..???? rupanya gaung kat sebelah.!!!! lagi buat kakak tak boleh lena.!!!

maaf gambar tak jelas dan tiada bukti sahih lori terbalik.. hahahaha..
tapi itulah yang berlaku.. adek kata "kalau aku tak turun tadi, tak jalan bas ni tau"..
adek-adek sangat adek kakak nih.. hahahaha.. tapi mungkin ya juga.. lepas adek turun untuk melihat keadaan sebenar barulah bas dapat meneruskan perjalanan.. hampir sejam jugak kami stuck kat situ..

so sampai jam berapa di New Delhi.???
kemonnnn.. sila nantikan entri seterusnya dan kami di mana.????
kami di sini jekkkk.. hik hik..
(maaf, kalau lawak hambar.. kah.!)

Namaste India ::Manali Part 2::Rohtang Pass::

siap sedia untuk melayari mata dengan Royal Enfield???
hahahaha..

seperti yang kakak dah beritahu di entri sebelum-sebelum ini yang kakak memilih untuk "enjoy the journey instead of destination".. maka kakak akan melihat Manali yang menarik ini berbanding bosan di mata orang lain..

**Manali merupakan sebuah pekan kecil dan sering menjadi persinggahan ramai orang yang pergi atau balik dari negeri Jammu&Kashmir.. atau lebih tepat Leh dan Ladakh.. Manali terletak di utara negeri Himachal Pradesh.. dan hanya memiliki jalan darat sahaja.. tiada train mahupun flight..

Kami dua beradik sempat mencari hotel lain di sekitar The Mall untuk baki 1 malam lagi..
nama hotel kakak dah lupa pulak tapi harga untuk 1 malam cuma Rs600 sahaja..
thx to adek sebab ingatkan nama hotel.. Crown Hotel.. yeah.!!!
Alhamdulillah disebabkan bukan peak season maka senang sikitlah kami untuk mendapatkan bilik.. yang penting ada wifi.!!!! dah lama sangat kami menyepikan diri semenjak tiba di India.. kakak lupa nak mention yang Hotel Sunshine tu tiada wifi.. masa kami ke sana kabel diorang rosak.. tiada rezeki kami tapi bagus juga lari dari dunia tanpa wayar ni.. huhuhu.. kalau dicari secara online, tak banyak hotel yang boleh dipilih tapi for real banyak sangat hotel kat sini.. kalau tinggal di The Mall, semuanya walk distance saja..

perjalanan kami diteruskan pagi itu.. senyuman.!!!! hahahaha..
kami dah spot lokasi untuk ambil gambar yang lebih ohsem.. repeat semula Solang Valley.. hik hik..
dan seterusnya meneruskan perjalanan ke pos keselamatan semalam..
polis dan guide pos yang sama jaga hari ni.. senyum pulak diorang nih bila tengok kami..
macam tahu-tahu jek.. hahahaha..
"yes, this is your permit so you may go to Key Long"
huarghhhhh.!!! lega kakak sebab usaha semalam berbaloi-baloi..
kena bayar Rs50 untuk motor dan Rs100 untuk kereta--
sebenarnya, kami nak cuba sampai sejauh mungkin saja, Key Long pass tuh hanya atas nama saja..

sepanjang perjalanan kami, kemain adek-beradek enjoy view tunjuk sana sini..
kami ada berhenti beberapa spot untuk istirehat.. kebas.!!!! hahahaha... baiklah, cerita yang menarik adalah melalui gambar..  mohon hadam dengan sabar dan tabah..

perkarangan hotel di The Mall

menuju ke Solang Valley

area Solang Valley



menuju ke Gulaba
orang depan nih saing kami tapi menuju ke Leh <jelesnyaa>







props terbaek hanyalah Royal Enfield itu..
dah macam New Zealand pulak kakak rasa biarpun tak pernah sampai



rehat & rawat



bersilang-silang di lereng

ermmm.. mujur view belanja.. kalau tak mahu muntah.!




this is Rohtang Pass





owner motor nih drive dari New Delhi dan berasal dari New Zealand


air himalaya
di lahul pos keselamatan
 **di lahul (mengikut tagging dari Iphone) perlu daftar dan tunjuk permit bagi menjaga keselamatan sebab kat sini ramai tourist yang hilang.. kakak sempat tengok beberapa poster tentang kehilangan pengembara.. moga mereka sentiasa selamat di bawah jagaan-Nya


nikmati chai di lahul pula dan makan bekalan dari Malaysia

salah sebuah kedai di sini


no rooftop.. so kalau buang air waktu malam boleh kira bintang sekali

view di belakang toilet



bilik dengan harga sekadarnya



sambil berehat, minda perlu diberi 'makanan' jua

peminat Barcelona dari Lahul

kakak acah-acah jek nih.. hahaha..

perjalanan balik kami

antara jalan paling hardcore






stop sekejap di Rohtang pass

jangan cakap kakak tak payung *angin kencang kot time nih*


Royal Enfield kemegahan perjalanan kami






jalan mulai berkabus semasa turun.. agak merbahaya..

peminat kakak dan adik.. hahahaha..


tempat suci masyarakat sana

kambing.!!! lereng bukit ok.. susah nak lalu..








kambing di perkampungan

kembali ke The Mall~
alhamdulillah kami selamat sampai ke The Mall lebih kurang jam 6.30pm.. masih awal lagi sebab kami janji untuk pulangkan motor sekitar jam 8pm.. nikmati makan malam dahulu sebab perut dah berlubang.. masa di pos Lahul kami hanya menjamah makanan ringan jek bersama secawan chai..

makan malam terakhir kami di Manali
malamnya, kami cuma istirehat dan sempat jua membeli beberapa cenderahati.. malam yang mendamaikan di sini dan teramat sejuk.. memang tak tahan lol.!!
oklah.. dah banyak sangat belanja gambar ni..  nah video hindustan dari kakak.. hik hik..
(kalau tak boleh play--bertabahlah, kelak kakak upload yang lain)