Saturday, 28 November 2015

Namaste India ::Manali Part 1::

aigoooo.!!!! salaam.!!!
cantiknyaaaa view kat bilik nih.!!!!!!



kakak memang jatuh cinta kat sini.!!!
nak balik ke tak nak balik.????
apa rancangan hari ni??? disebabkan pengalaman lalu, kami dua beradek hanya bersarapan di roof top hotel kami.. agak sendu tapi view memang belanja habis.. hahaha..
kami hanya bersantai jek sebab semalam kami sudah deal dengan satu kedai untuk sewa motor..
ya.. motor.! Royal Enfield bhaiiii.!!!! kau tahu..??? orang lain sibuk dengan misi mencari Akira tapi kami sibuk nak cuba jadi Samar Anand.!!! seyesly, nampak kacak lol bila bawak motor Royal Enfield.!!!!! sumpah kakak mudah tergoda dengan gaya Samar Anand..

ermm.. sape Akira?? sape Samar Anand???
mohon adek-adek tengok cerita Jaab Tak Hai Jaan.!! sumpah ohsem dengan view sekitar ladakh dan leh.. kakak tengok tak jemu hokey.!!! ramai jua yang dah diracun untuk ke sana.. hik hik..

setelah bersiap, kami meneruskan perjalanan kami untuk menunggu bas di jalan besar..
dari hotel ke jalan besar lebih kurang 10-15 minit termasuk jalan santai mak jemah sambil tengok keadaan sekeliling.. sambil tu kami dua beradek sempat bergurau senda dengan owner pemetik epal di kawasan hotel kami.. mana tahu boleh dapat job kat sini.. kann taknak balik.. eh.!!




bas ke The Mall, Manali makan masa hanya 5 menit sahaja.. tak jauh pun..
siap berangan nak tengok movie lagi kat sini.. haha.!
nah kakak belanja sikit gambar sebelum kami ambil motor yang dijanjikan..


bas station Manali


temple orang tibet


pagi pun dah ramai bersantai sekitar The Mall

sarapan pagi awal ada di sini~
 bila motor dah dapat.. ermmm lagi sengihlaaa kakak dan adek.!!!!
siap kengkonon nak aci redah jek..
kakak guna lesen motor kakak dan diorang cuma ambil salinan passport sahaja..
helmet dapat 1 jek.!!! kakak minta lagi satu terus muka confuse.. hadoiii diorang kat sini yang bawak motor je pakai helmet.. yang dok belakang pepandailah nak hidup.. hahahaha...

**harga sewa motor Royal Enfield 350cc Rs1000/day (adek sewa untuk 2 hari)//minyak motor kami isi Rs830 full tank

kami buat keputusan untuk ke Solang Valley sebab dengarnya faymes kalau lepak sini time winter.. antara tempat bermain ski terbaik di Manali.. sekarang musim panas maka dapat tengok glacier jelaa dari jauh.. huhuhu.. kemudian kami naik pula ke simpang Gulaba.. boleh meneruskan perjalanan ke Keylong atau Leh ni.. semangat waja kann.. hik hik..




Solang Valley


sekitar Solang Valley semasa musim panas

perjalanan ke Gulaba

ada pos keselamatan.!!!! diorang minta pas atau permit untuk melepasi kawasan Gulaba..
ermmmm.. ada sedikit kekecewaan.. tapi tak mengapa.. kami hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan segalanya.. maka kami pun terpaksa berpatah balik dengan senyuman biarpun sedikit hambar.. sedih.!! maka kami pun berusahalah membuat permit dengan pergi ke kedai sewa motor itu, dan kemudian kami buat sendiri saja permit tersebut since halangan bahasa.. rupanya, sewa motor tu owner dia bukan kat kedai tu tapi kedai lain.. ermmm.. rumit.!!!

kakak settlekan hal ehwal permit dan adek kakak pula pergi ke tourism centre untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh.. tentang permit dan perjalanan sekitar Manali.. hampir sejam jugak kakak menunggu untuk dapatkan surat motor dan roadtax sebab kakak hanya menyewa dan bukan owner motor.. jadi sedikit rumit semasa penyediaan surat itu.. macam consent letter gitu..

setelah siap semuanya, kakak tunggu adek dan kami bersama-sama pergi ke satu pejabat kerajaan di sana untuk memperolehi permit yang diperkatakan.. hah.?? ada surat yang tak cukup.???
kena lagi patah balik ke kedai untuk mendapatkan surat yang diperlukan.. kemudian pergi lagi pejabat itu, dan menjawab sedikit sebanyak soalan dari pihak mereka untuk mendapatkan permit..
Alhamdulillah.!!!! dapat jua akhirnya.. hampir 2 jam jugaklah kami ke sana ke mari semata-mata untuk mendapatkan sekeping kertas bernama permit ke Keylong.!!!!

sudah cukup waktu untuk makan tengah hari.. maka kami pun berselera makan tengah hari sambil fikir untuk 'killing time' lepas ni.. kami sempat ke kedai outdoor dan kakak beli jugaklah sehelai seluar hiking detachable dengan harga Rs1100.. susah betul minta kurang tapi kira oklaa dan yang penting ada saiz kakak.. hihihi.. adek kakak beli dompet.. kemain adek beradek.!!! hahaha..

permit--peta--kepanasan

side dish??? pencuci mulut yang ini~

setelah itu, kami pun balik untuk berehat di bilik saja.. aku.???
layan cerita hindustan laaa.. nak buat ape lagi.. 'Muhjse Dosti Karoge'.. tak ada subtitles tapi layan jelaa.. dah tengok banyak kali kottttt.. hahahaha...
adek.??? dia pergi jumpa owner petik epal pastu pergi join orang-orang sana buat part time job..
hahahhaa.. pergilah adek.. kakak nak santai lam bilik jek sebab.. sebab tetiba malas nak buat ape-ape..


proses gred epal

owner pos pembungkusan epal







penuh 1 bakul lebih kurang 70-80kg


epal yang ranum.!! sedapppp.!!

pemandangan dari roof top kami

photoshoot kejap.. hik hik..



pagi yang damai, petang yang santai~
malamnya, kami hanya lepak sambil berborak dengan owner hotel.. memanjangkan bisnes travel katanya.. sempatlah jugak kakak berborak tentang sedikit sebanyak pengalaman dan memberikan pandangan jujur tentang lokasi hotel beliau..
nah.. sini link travel agensi owner hotel di Manali.. harga agak ok juga kalau direct contact dengan beliau.. ini link partner bisnes beliau di Malaysia.. himachal pradesh
Mr. Aashok Sharma nih nama owner hotel di Manali.. menurut beliau, akan dipersiapkan sebuah cottage dengan view yang superb lagi.. dah macam kat negara omputih kakak tengok.. agak teruja jua masa tu.. hahahha.. tapi kalau jujur, hotel dia nih sesuai lah sesiapa yang mood honeymoon sebab agak selesa.. harga pun tak mahal.. nak sampai ke Manali jek yang susah payah.. hahaha..

**kakak dan adek stay di Hotel Sunshine di Manali.. 5-10 menit dari hotel ke jalan besar untuk tunggu bas.. naik bas bayar Rs5/pax..hotel view belanja dan tak serabut dengan bunyi hon merata-rata~

oklah.. esok kakak dan adek nak meneruskan perjalanan dengan Royal Enfield kami..
hahahha.. nak mimpi jap.!!! 



No comments: