Sunday, 29 November 2015

Namaste India ::Manali Part 2::Rohtang Pass::

siap sedia untuk melayari mata dengan Royal Enfield???
hahahaha..

seperti yang kakak dah beritahu di entri sebelum-sebelum ini yang kakak memilih untuk "enjoy the journey instead of destination".. maka kakak akan melihat Manali yang menarik ini berbanding bosan di mata orang lain..

**Manali merupakan sebuah pekan kecil dan sering menjadi persinggahan ramai orang yang pergi atau balik dari negeri Jammu&Kashmir.. atau lebih tepat Leh dan Ladakh.. Manali terletak di utara negeri Himachal Pradesh.. dan hanya memiliki jalan darat sahaja.. tiada train mahupun flight..

Kami dua beradik sempat mencari hotel lain di sekitar The Mall untuk baki 1 malam lagi..
nama hotel kakak dah lupa pulak tapi harga untuk 1 malam cuma Rs600 sahaja..
thx to adek sebab ingatkan nama hotel.. Crown Hotel.. yeah.!!!
Alhamdulillah disebabkan bukan peak season maka senang sikitlah kami untuk mendapatkan bilik.. yang penting ada wifi.!!!! dah lama sangat kami menyepikan diri semenjak tiba di India.. kakak lupa nak mention yang Hotel Sunshine tu tiada wifi.. masa kami ke sana kabel diorang rosak.. tiada rezeki kami tapi bagus juga lari dari dunia tanpa wayar ni.. huhuhu.. kalau dicari secara online, tak banyak hotel yang boleh dipilih tapi for real banyak sangat hotel kat sini.. kalau tinggal di The Mall, semuanya walk distance saja..

perjalanan kami diteruskan pagi itu.. senyuman.!!!! hahahaha..
kami dah spot lokasi untuk ambil gambar yang lebih ohsem.. repeat semula Solang Valley.. hik hik..
dan seterusnya meneruskan perjalanan ke pos keselamatan semalam..
polis dan guide pos yang sama jaga hari ni.. senyum pulak diorang nih bila tengok kami..
macam tahu-tahu jek.. hahahaha..
"yes, this is your permit so you may go to Key Long"
huarghhhhh.!!! lega kakak sebab usaha semalam berbaloi-baloi..
kena bayar Rs50 untuk motor dan Rs100 untuk kereta--
sebenarnya, kami nak cuba sampai sejauh mungkin saja, Key Long pass tuh hanya atas nama saja..

sepanjang perjalanan kami, kemain adek-beradek enjoy view tunjuk sana sini..
kami ada berhenti beberapa spot untuk istirehat.. kebas.!!!! hahahaha... baiklah, cerita yang menarik adalah melalui gambar..  mohon hadam dengan sabar dan tabah..

perkarangan hotel di The Mall

menuju ke Solang Valley

area Solang Valley



menuju ke Gulaba
orang depan nih saing kami tapi menuju ke Leh <jelesnyaa>







props terbaek hanyalah Royal Enfield itu..
dah macam New Zealand pulak kakak rasa biarpun tak pernah sampai



rehat & rawat



bersilang-silang di lereng

ermmm.. mujur view belanja.. kalau tak mahu muntah.!




this is Rohtang Pass





owner motor nih drive dari New Delhi dan berasal dari New Zealand


air himalaya
di lahul pos keselamatan
 **di lahul (mengikut tagging dari Iphone) perlu daftar dan tunjuk permit bagi menjaga keselamatan sebab kat sini ramai tourist yang hilang.. kakak sempat tengok beberapa poster tentang kehilangan pengembara.. moga mereka sentiasa selamat di bawah jagaan-Nya


nikmati chai di lahul pula dan makan bekalan dari Malaysia

salah sebuah kedai di sini


no rooftop.. so kalau buang air waktu malam boleh kira bintang sekali

view di belakang toilet



bilik dengan harga sekadarnya



sambil berehat, minda perlu diberi 'makanan' jua

peminat Barcelona dari Lahul

kakak acah-acah jek nih.. hahaha..

perjalanan balik kami

antara jalan paling hardcore






stop sekejap di Rohtang pass

jangan cakap kakak tak payung *angin kencang kot time nih*


Royal Enfield kemegahan perjalanan kami






jalan mulai berkabus semasa turun.. agak merbahaya..

peminat kakak dan adik.. hahahaha..


tempat suci masyarakat sana

kambing.!!! lereng bukit ok.. susah nak lalu..








kambing di perkampungan

kembali ke The Mall~
alhamdulillah kami selamat sampai ke The Mall lebih kurang jam 6.30pm.. masih awal lagi sebab kami janji untuk pulangkan motor sekitar jam 8pm.. nikmati makan malam dahulu sebab perut dah berlubang.. masa di pos Lahul kami hanya menjamah makanan ringan jek bersama secawan chai..

makan malam terakhir kami di Manali
malamnya, kami cuma istirehat dan sempat jua membeli beberapa cenderahati.. malam yang mendamaikan di sini dan teramat sejuk.. memang tak tahan lol.!!
oklah.. dah banyak sangat belanja gambar ni..  nah video hindustan dari kakak.. hik hik..
(kalau tak boleh play--bertabahlah, kelak kakak upload yang lain)


No comments: