Monday, 1 February 2016

Namaste India::New Delhi::Agra::Taj Mahal::

fuhhhh.!!! berabad lama untuk cerita entri yang seterusnya.. hahaha..
perjalanan masih dteruskan walaupun pada mulanya memang tak berapa nak suka dengan New Delhi yang super packed.!!!! sangat-sangat padat.!!! hah.!!!

alhamdulillah kami selamat tiba di New Delhi Bus Station.. di New Delhi ni memang agak mengelirukan bab stesen bas dan stesen kereta api dia.. dan semua stesen itu bukan dekat-dekat lokasinya.. bus yang kami naik dari Manali tu turun di ISBT Kashmere Gate.. dalam carian Google, Red Fort ada 4 pintu untuk keluar masuk dan salah satunya adalah pintu Kashmere Gate..

sepatutnya train kami ke Agra pada jam 4.40am tapi apa kan daya,,kes kemalangan di area Chandigarh malam tadi melewatkan perjalanan kami.. tapi tak mengapa.. tiada apa yang perlu digusarkan.. kami adek-beradek chillex dan tetap akan meneruskan perjalanan kami..

KASHMERE GATE--CENTRAL SECRETARIAT--JN STADIUM



kami selamat tiba di JN Stadium dan agak sendu.. yelaa,, selalunya train st dengan metro line di negara lain dekat-dekat tapi tidak India. agak jauh jugak bila kami naik beca ada lah dalam 15 menit jugak.. kesian uncle yang kayuh beca tu.. agak tua dah tahap atuk-atuk.. harga pulak amatlah murah.. Rs70.. ermmm.. hidup perlu diteruskan..

sampai sahaja kami di Stesen Hazrat Nizamuddin, kami melilau cari tiket train kot ada lagi since tiket kami dah burn kerna kelewatan.. alhamdulillah,, harga Rs85 jek.. what??? haritu kakak booking harga Rs318/2 pax.!!! tapi 3rd class sajalaaa.. dan kami check hanya 3 jam perjalanan untuk ke Agra.. apa kan daya, kami naik local train which is 6 hours to arrive Agra.!!!!! pishanggg!!!!

pengalaman agak menarik bila kau bersendat dengan local people.. bau toksah ceritalaa.. hadamkan saja.. pastu siap kena marah dan herdik lagi tetiba.. ermmm.. sedihhh.!!! pastu panas dia kaw-kaw sangat.!!!! muka sampai merah padam dek bahang.. adalah dalam 4 jam JE berdiri.. hahaha.. lengittt.!

sampai sahaja di st Mathura, hampir kosong train.. merasalah nak lalu kat coach untuk cari tempat duduk.. muka kakak memang dah nampak penat sangat sampai ada orang tempatan bagi tempat duduk.. kakak macam biasa, ego.. hahaha.. bukan apa, yang offer seat tuh makcik kot tak sampai hati pulak kakak nak tengok beliau berdiri.. lagipun tadi dah 4 jam kann.. apalaa sangat kot sambung sejam lagi.. hahahhaa..


keadaan dalam local train

cuci debu.!!!!!



Alhamdulillah selepas 7 jam bertabah dalam local train.. kami akhirnya tiba di Agra Chantt st..
pertama sekali kakak pergi office kaunter tiket untuk mendapatkan seat dari Agra Chantt ke Hazrat Nizamuddin.. tiket kami dua beradek dalam waiting list.. ermmm.. nasib kurang menyebelahi kami.. kena datang kaunter tiket 15 menit sebelum time berlepas nanti..

adek pulak cari auto rickshaw untuk bawa kami ke Taj Mahal.. oklah sebab rushing so kena bayar Rs300 untuk 2 orang.. termasuk pegi tempat makan.. kami dua beradek dah berlubang sangat dah ni.. yelaa pagi tadi cuma beli jus je di Kashmere Gate.. last makan di Manali lunch bersama keluarga Dilshad.. mujur juga kami menerima pelawaan makan dari beliau.. ada hikmah rupanya..

setelah itu, kami bergegas ke Taj mahal kerana ada masa lebih kurang 2 jam je untuk lepak kat sana.. moga cukup masa itu buat kami.. syukur.!!! dat time sempat juga kami enjoy sunset di Taj Mahal walaupun tak da laa sampai matahari tenggelam kan.. hehehe.. janji dapat..

restoran nih agak murah berbanding di Manali

perjalanan kami ke Taj Mahal



ini tiket harga pelancong.. masa nih dah tak sempat nak berlakon acah-acah orang tempatan
 **gate Taj Mahal akan tutup jam 5pm.. so kami insan terakhir yang masuk Taj Mahal masa tu.. bab scam kat sini paling win.. sebab tu kami tak dan dah nak berlakon bagai.. mesti kena paw kalau silap bicara..boleh je stay dalam Taj Mahal till sunset end up.. tapi kakak kurang pasti sehingga jam berapa**
pintu masuk Taj Mahal

ahhh.!!!! betul ke kami kat sini.!!!









marmar mewah ukiran bermotifkan flora




ini pintu masjid di dalam Taj Mahal
masjid di dalam Taj Mahal


awek mat saleh segak pakai sari buat photoshoot kat Taj Mahal






alamak.!!! ada 15 menit lagi je nak ke Agra Chantt St.!!!! tak sempat nak beli souvenir kat luar Taj Mahal.. sempat usha jek tp agak pricey.. hahaha.. merempitlah uncle auto rickshaw itu.. sampai train st ngam-ngam jek dan siap berlari dengan tenggiling sebesar alam tu.. bergoncang sanubari.!!!! hahahaha.. pastu pulak train dah start gerak.!!! sempat jugak kami dua beradek acah-acah "Dilwale Dulhania Le Jayenge".. kah.!!! merecik.!!!!!

satu hal lagi.. masa nak naik train tu sempat lagi usha nama train.. "Mumbai Express".!!!!
ahhhh.. sudah.. dua beradek berpandangan.. mujur laa ada 2 orang tempatan yang fasih berbahasa inggeris so kami confirmkan berkali-kali train nih betul ke pergi Delhi sebab nama train kann Mumbai.. so #villagepeople sangat weolls.. hahahaha.. mana kan tidak,, masa kakak tanya kat kaunter tiket tu dia cuma mention train ke Delhi di platform 3.. uncle autorickshaw tuh pun cakap yang sama since kami dah lewat kann..

ada nyanyian macam dalam filem hindustan.. hiburan dalam perjalanan..
acah-acah membaca




Alhamdulillah lagi... selamatlah kami tiba di Hazrat Nizamuddin St dengan jayanya.. maka kakak bolehlah cakap perjalanan kami ke India hampir ke penghujungnya.. hehehe.. malam dah agak lewat dan sekitar kawasan kereta api kian lengang.. mana pulak kami nak tido kali nih.. sekitar Hazrat Nizamuddin agak mahal.. nak naik metro dah tutup.. ermmm.. mujur kami jumpa Tourism Centre dan minta opinion mana tempat yang sesuai dengan budget kami.. kemudian, dia offer kami bilik yang dah besar macam homestay pulak.. Rs1000/night.. oklaa.. ada sofa bagai so bolehlah asalkan mata boleh lena.. hahaha..

agak berlecak dan berlemuih kami dua beradek.. izinkan kami bersihkan diri dan berehat.. entah apa pulak kami nak hadap esok hari.. hehehe.. tabah dan nikmati setiap kesusahan itu.. sebab itu yang mengajar erti hidup..ok.. jumpa di entri yang lain.. hik hik.!

2 comments:

Unknown said...

lama jugak menunggu cite makcik ni...igt daa abis episod diwale rupe nye ade lagi yer.....
:)

merekahaani said...

Makcik sibuk nakk.! Hahaha--