Tiger Leaping Gorge (TLG) merupakan antara trek yang paling mudah untuk diikuti dan terbahagi kepada dua iaitu 'lower trail' dan 'upper trail'. Lower trail boleh bermula di Naxi family GH manakala Upper trail bermula lebih awal dan kepayahan lebih sebelum tiba di naxi family GH. Tapi, pemandangan di upper trail lebih menarik. I bet you should try this trail.!
Untuk mendaki TLG perlulah ke bandar kecil Qiaotou. Kakak masa nih dari shangri-la (di China disebut sebagai xianggerila) dan kami agak mereput di shangri-la maka kami decide untuk terus saja ke Qiaotou. Ok jangan freak out bila bas drop korang kat bandar kecil dan tepi jalan dan driver bas akan cakap itulah Qiaotou. It's Qiaotou for real guys. Di area pekan kecil Qiaotou ada beberapa pilihan guesthouse tapi alhamdulillah kami pilih untuk stay di hotel atas restoran muslim betul-betul sebelum office untuk ke TLG. Hotel yang simple tapi selesa sangat dengan harga yang berbaloi.
Sedikit gambaran dalam penceritaan kakak,
bus drop kami kat sini betul-betul depan hotel (tak ingat hotel apa tapi color coco) tapi di sinilah kalau nak ke Lijiang/Shangri-la |
Inilah hotel tempat kami stay |
hotel kami stay kat sini dan kalau naik bas dari Tina GH bas memang melalui laluan ini so memang senang untuk kami stop and collect our belongings |
Office TLG ni betul-betul opposite hotel kami tadi |
Entry fee RMB65/pax dan tiket ini akan di scan masuk kat pintu gerbang (rujuk gambar hotel kami di atas) |
simpan beg kat sini dan FOC sebab kami stay sini 1 malam |
Yeah. Masih cerita melalui gambar. Senang sikit buat kakak dan kalian yang berkeinginan untuk ke sini.
Kalau dah nampak batu nih kira jalan korang adalah jalan yang benar |
sepanjang jalan kami banyak labu. geram jek kakak tengok. |
Jalan kat sini kena hati-hati sikit sebab ada lori/kereta laju benar |
Pokcik ni asyik follow kakak dan rara. Nak suh naik kuda dia. kemon weolls adalah wanita hebat dari Malaysia takkan nak naik kuda kot.. Haahaha.. |
Ini adalah starting point ke Upper trail. So, good luck gais.!! |
Ini adalah gambaran sepanjang melalui Upper trail. Ok maafkan kakak mungkin gambar di bawah ni tak mengikut urutan yang betul tapi ini adalah overview the whole trekking.
Kalau rasa nak cuba menunggang kuda pun boleh cuma kakak tak pasti harga dan sampai mana boleh guna kuda |
One of the spectacular view |
Anda boleh ikut sahaja papan tanda ini dan ia akan berakhir di Naxi Family GH |
Our best shot sepanjang Uppper trail |
Menuju ke Naxi Family GH |
Kalau dah jumpa laluan buluh ni kira tak jauh dari Naxi Family GH |
Yeah, you are here.!!! |
Sepanjang trek ini ada je tempat rehat dan cikedis yang dijual |
Haa.. Ada bran.??? |
Ewahhhh.. Dan saja Rara ni posing.. |
One group tourist.. Diorang ni fit giler sebab sup sap hilang terus.. Guider diorang tak macam hensem pulak.. hahaha.. |
brother baju coco ni photographer dan yang duduk bawah pondok tu bukan calang-calang grandma ok. power.! |
Setelah trekking secara santai mak jemah maka kami selamat tiba di Tea Horse GH sekitar jam 5.30petang. Bilik habis since ada satu group tadi dan kami memang ok jek stay dorm. Mixed dorm.
Inilah dia. Bila nampak dari jauh dia punya lega tu lain macam. |
Ini unknown artis dari Shaanxi. Penyanyi sebenarnya. Dia datang in a group of friends tapi kawan dia tidur dalam khemah so dia stay dorm sebab tak biasa dan sejuk.! |
Haa.. Dia hadiahkan CD dia ok.!! Such a good soul.! Pastu siap nyanyi untuk kami kot. |
Keesokkannya setelah bersarapan pagi kami terus gerak ke Tina GH yang ada setengah perjalanan lagi.
Ambil peluang last berfoto kat roof top Tea Horse GH ni...
Sepanjang perjalanan ke Tina GH ni memang banyak view yang menarik. Sumpah ohsem.!
Here we goes,...
All the way ke Tina GH ni tak jumpa pun sesiapa yang boleh tolong ambilkan gambar kami maka terpaksalah buat timer. |
laluan waterfall ni kakak paling cuak sebab gayat.!!! pastu asyik fikir kalau tergelincir ni apalah cerita pulak.. |
sangat sejuk.!! nak minum macam tak berani sebab all the way ada air kapur juga.. |
Tetiba selisih dengan group kuda.. gosh.!! |
Haaa.. Nampak kan.??!! |
Kalau stay sini memang kind of awesome.! |
Sepanjang perjalanan akan sentiasa nampak rumah yang dipenuhi jagung kering |
Laluan ini menandakan memang tak jauh dah dengan Tina GH |
Ok inilah dia penamat perjalanan TLG dan opposite bangunan ini adalah Tina GH |
![]() |
ketemu semula dengan artis ni. masih kawan kat wechat till now.! Satu-satunya sebab kakak aktifkan wechat. |
Alhamdulillah sepanjang perjalanan di TLG kami dipermudahkan dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Ok tadi kakak ada cerita pasal kakak tinggalkan barang kakak kat hotel di pekan Qaiotou jadi setelah naik bas dari Tina GH memang boleh je bagitahu driver bus untuk pick up barang kita kat hotel kita stay. So, akhirnya kami pun berehat sementara tiba di bandar Lijiang.
3 comments:
Salam.. Hii sis.. Nak tnya masa hiking tu sis turun laluan yg sma or ada laluan lain?
salam. sorry for super late reply. laluan lain naik dan turun. tapi dari tina gh tu akan lalu laluan jalan tar yang sama ke starting point.
Post a Comment