Entri kali ini tidaklah serahsia mana. Perjalanan kakak kian berakhir. Lijiang adalah sebuah bandar yang amat memukau tambahan pula dengan adanya Jade Snow Mountain. Dari jauh sudah teguh menggoda mata kami. Di sini juga ada Ancient Town Lijiang yang sangat menarik.
Old Town Ancient Lijiang nih kalau masuk waktu siang kena bayar RMB80/pax dan tiket tu valid untuk 3 bulan (kalau tak salah) dan anda bebas untuk keluar masuk bandar tersebut cuma setiap pos masuk akan ada guard yang akan check pas yakni tiket anda. Haa kalau rasa tak berbaloi untuk bayar RMB80 untuk seharian di sana boleh pilih untuk masuk pada waktu malam. Masih menarik cuma semestinya banyak juga kedai yang dah tutup. Dalam bandar kecil ini juga ada beberapa pub menarik dengan live band. It's quite interesting.
Nah kakak sediakan gambar Old Town Ancient Lijiang pada waktu malam,,
 |
It's still stunning right? |
 |
Seriously the music of Lijiang is great.!! |
 |
Live band kat second floor restoran tuh memang superb.! |
 |
colourful region with beautiful locals |
Malam hari kami di Lijiang amatlah sejuk. For kakak it's kindly cold enough to wore jacket but if I show you my photo in here you will saying that what am I?!! Cold but still with only shirt, pajama pants, hijab and pashmina just to cover myself. However, I can't show it here because I am too embarrassed and that's not the story anyway.. hehe.. Laa melawak jaaaa..
Kami stay di Youth International Hostel Lijiang. Sangat dekat dengan Old Town Ancient. Bilik yang agak selesa dan bersih. Kami tiada plan khusus untuk hari ini tapi kalau berkesempatan kami ingin masuk ke Old Town Ancient dan melihat keindahan bandar kecil yang mendapat pengiktirafan UNESCO world heritage. Sementara itu, masih awal pagi untuk membuat keputusan jadi kami memilih untuk santai sahaja sementara menanti jam 6pm train kami ke Kunming.
 |
Morning from kakak yang semakin sepet |
 |
hostel tempat kami menginap |
 |
one of pintu masuk Old Town Ancient |
 |
tapi malangnya ada guard kat belakang ni |
 |
Akhirnyaaa, it's not easy to have three of us in the same picture.. Thx to stranger.!!! |
 |
Autumn is coming.!!! |
Kami tak pernah gagal dalam sesat dan jumpa pasar. Sesat yang baik-baik dan INDAH.!!!!
Tak percaya?!! Check this....
 |
sekali tengok dah macam songtam..sekali tengok lagi macam rojak..banyak kali tengok tak tau padia. |
 |
Buah ni hijau tapi sebab fly dia color merah jadi color camni |
 |
Zillion of red beans |
 |
kann... macam berudu.. |
 |
Masa mula-mula tengok dah macam lipas.. tapi ini udang.. |
 |
Yesss.!!! Pasar ni memang dibawah lindungan Jade Snow.. Haha.. |
 |
Nak beli tapi kemain banyak gred sampai tak tahu nak pilih mana |
 |
haa yang ni tak pasti apa dia tapi dengan kelopak bunga ros |
 |
Ini gred paling mahal. Nak beli tapi apek kedai ni halau pulakkk. |
 |
Banyak pintu gerbang sejenis ini dalam Old Town Ancient |
 |
Statue of Philosopher (I guessed) |
 |
Cantikkan? Malam dengan sinaran neon.. Siang dengan limpahan mentari.. |
 |
Acah-acah sikit. Hahaha.. |
 |
Model pun dah jadi apek-apek.. Sorry Pi.. >.< |
 |
Banyak kedai yang promosi tradisional stuff |
 |
Ada muzium sejenis Madame Tussauds |
 |
All the wishes for love for success and everything in here |
 |
Inilah best shot yang kami dapat.. Cdt photo to Pi.. |
 |
Nampak sedap tapi tak sedap pun.. hahaha.. |
 |
Haa Mesia pun ada kan? Tapi memang sedap level lain bila makan panas-panas.. |
 |
Tester yang kami test sampai kenyang.. Sedap yakmat.!!! |
 |
Tak silap kakak kedai ni jual keju.. Haa yang dia dok ketuk-ketuk tu sejenis keju.. |
 |
Llama guys.!! Comey yakmat laa haiiiii |
 |
Atok-atok bersenam ok dengan lagu di salah satu perkarangan Old Town Ancient |
Kami menghabiskan sepanjang siang kami di sini. Terlalu banyak yang kami susuri segenap lorong. Semuanya indah belaka. Pemuliharaan bangunan pun agak baik jadi tak merugikan pun bayar 'entrance fee'.
Kami tak jumpa pulak kedai makanan halal dalam ni jadi kami hanya makan makanan ringan termasuklah roti yang tak sedap tu. Tekstur dia terlalu kering dan kakak tak berapa sangat. Nak solat? No such place dan takyah nak memandai praktis agama di tempat awam. Kes di Xian cukup untuk kami ingat dan amaran ringan buat kami.
Apa yang best kat dalam ni? Once masuk sini, enjoylah setiap langkah mu. Lagu tradisional Lijiang sungguh mengasyikkan. Try cari di youtube. Tak bosan dan kami sampai hafal lagu yang tengah in kat sana. Nah kakak bagi link pepandailah eh dengar..
My Little Baby Favourite ever kakak lagu ni. Sampai sekarang nyesal tak beli CD dia. So sad. Mana tahu kalau ada yang jadikan blog kakak ni sebagai panduan, tolong belikan CD yang ada lagu ni.. Hahaha.. Kakak sanggup bayar.. Bayar CD jelaa takkan bayar tiket flight korang pulak kan.. Gosh.! Hahaha.
Kalau nak beli souvenir boleh tahan murah jugak tapi untuk poskad dan setem agak pricey even di Xian pun. Dah nama pun untuk setem international kan.. Pastu fridge magnet pulak mahal jugak dan taklah cantik mana sampai WAJIB beli. Kami cuba juga cari yang berkenan tapi malangnya memang tak berselera. Huhu. Mungkin saja kami tak jumpa kedai yang jual elok sikit.
Pasar tadi kami sempat jugak beli pelbagai jenis kekacang, teh herba tibet, buah pic (serius sedap dan memang musim pulak masa kakak pergi Oct), termasuklah teh bunga. Teh bunga kalau kat dalam Old Town Ancient pun murah jugak tapi tak semurah kat luar sebab pembungkusan kat dalam lebih fancy gitu. Kat luar boh lam plastik seal jek.
Kakak dan kengkawan akan ke Kunming dengan keretapi malam. Kami sempat booking ketika di Litang tempoh hari. Hard sleeper 3 tier. Hadaplah nanti macam mana pun.
 |
Stesen keretapi Lijiang |
 |
Print tiket di bangunan sebelah Stesen keretapi |
 |
Merenung Jade Snow sehingga puas |
 |
Bulan masa ni bukan sekadar penuh tapi besar dan terang. Ini je yang mampu kami captured. |
 |
Guess what?!! Kami sangka dapat 3 tier tapi Subhanallah. Kami dapat 2 tier dan cabin guys.!!!! |
 |
Seluruh gerabak adalah sleeper train |
Overall, trip di Lijiang ni sangat best dan lagi best kalau dapat ke Jade Snow Mountain. Tapi kami taklah terkilan mana sebab apa yang kami mahukan dah dapat malah lebih pula. Walaupun pada mulanya kakak hanya mahu hiking di TLG tapi perancangan Tuhan itu lebih baik.
Kakak mahu akhiri entri China kakak dengan entri ini sebab di Kunming kakak tak ke mana cuma ke satu taman saja untuk 'killing time' sementara ke airport. Kakak harap dapatlah memberikan sedikit gambaran buat kalian yang merancang untuk ke tempat-tempat yang kakak kunjungi. Kalau kakak sempat untuk merangka dan trace back semua perbelanjaan kakak di sana, kakak akan sediakan entri khas termasuklah penginapan di sana.
Akhir kata, buat travel mate kakak di China,, kakak mohon maaf kalau ada yang menyinggung kalian dan we know what happened and what we did.. I am truly honestly love to travel with both of you.. Moga ada trip yang lain since Pi semakin rancak mengorak langkah and always left us behind kan Rara.. Hihi..
Zàijiàn, péngyǒu.!!!
No comments:
Post a Comment