kali nih kakak nak cerita karut perjalanan separa rancang ni..
kakak ingat lagi masa mula-mula nak decide route memang aim kemain lagi sebenarnya..
niat di hati mahu saja ke Ladakh tapi apa kan daya, nanti kurang enjoy pulak bila terlalu asyik dengan destinasi.. keseronokan perjalanan itu lebih manis sebenarnya bagi kakak..
pagi yang amat indah permai.!!! sojuk ok.!!!
tapi kakak cuma nak bagitahu kakak tetap mandi.. hahahaha...
semoga kami dapat kejar sunrise di bumi India hari ni.. hehehe..
kami berjalan sekitar The Mall dengan santai mak jemah sebab nak tengok sejauh dan sebaik mungkin supaya tiada sesalan kelak..
nah kakak belanja gambar pagi sekitar bandar Shimla.. negeri kelahiran Preity Zinta..
Christ Church di waktu pagi |
Indra Gandhi Statue |
Himachal Pradesh Tourism Office |
sekitar The Mall di Shimla |
di celahan lorong di bazaar |
permainan kriket sedang berlangsung |
lokasi terbaik di The Mall |
sunrise tapi kabus tebal T.T |
tangga di mana-mana |
keadaan bazaar sekitar jam 6 pagi |
kami sempat melewati kedai roti yang popular itu.. apa kan daya masa tu jam baru 6am..
kedai kat india nih buka jam 10am.!!! what.??? mereputlah kami adek beradek.!!!!
kami jumpa jua Tourism Centre tapi buka jam 11am.!!! what.????
biarpun keadaan di sini tak banyak beza dengan Malaysia, kedai nasi lemak kita bersepah waktu subuh tapi sini roti canai ke ape ke suma tak buka lagi.. balik hotel minum dan sarapan sendiri jelaa camni gamaknya.. boleh ringankan beban tenggiling kami adek beradek.. huhuhu..
lebih kurang jam 7.30am kami bersiap untuk check out bagi mendapatkan bas ke Manali.!!
yeayyy.!!!! mula-mula kami ingat mungkin Manali pun kami takkan sampai sebab jarak perjalanan yang jauh dan risau tak cukup waktu.. kami ke stesen bas semalam iaitu Inter State Bus Terminal (ISBT) tapi kami harus ambil bas ke Summer Hill untuk menaiki bas ke Manali.. ISBT untuk jarak dekat sekitar Shimla saja.. syukur kami chillex saja sebab perjalanan tanpa dirancang bakal bermula.!!! hehehe..
kami menaiki teksi dan kami dikenakan bayaran Rs200 untuk dua orang.. masih dalam keadaan santai.. tapi mata melilau mencari bas ke Manali DAN kaunter pun tak buka lagi.. hadoiiii...
alhamdulillah rezeki kami agaknya, adek pergi cari bas kat luar tingkat atas, dan kakaknya usha kat platform.. mujur kakak terdengar seorang konduktor bas nih dok panggil "Manali" "Manali"..
kakak pergi cari adek dan kami macam agak curiga pulak nak naik.. sebab macam bas tambang biasa jek.. ermmmm... tapi kami tetap naik jugak selepas beberapa kali confirmkan dengan konduktor bas.. mujur pandai berbahasa Inggeris.. risau pulak kakak muntah sebab jalan mestilah berliku-liku.. tambang bas dari Shimla ke Manali Rs394 non-ac untuk seorang.. ok murah.!!! hahaha..
jauh perjalanan ini dan kami adek beradek terlentok-lentok lena.. hahahha..
sampai suatu ketika, off road.!!!! memang melambung-lambung pulak kakak lam bas.. hahaha..
merecik.!!!!! ada laa dalam 20 minit azab off road kemudian bas pun berhenti.. RnR??? aigooo... mana ada.. depa berhenti kat kedai vege.. alhamdulillah boleh laa jamah sikit makanan untuk merawat perut berlubang..
bus deluxe non-ac |
laluan off road di depan restoran vege |
side dish.??? berani.??? |
lena sikit lagi sebab perjalanan pun jauh lagi.. nah.!! terjaga jek terus belanja pemandangan macam ni.. memang amat terujalah kami adek beradek.. ohsem.!!!!
bus station di kullu |
kita cuci bas jap. haha.. |
pemandangan begini biasa dilihat di sini |
bas siap cuci pulak time nih.. dan akhirnya kami teruskan perjalanan ke Manali.. sempat kami tukar bas sebab bas tadi dah macam tak nyawa je.. mujur perjalanan baik je sehingga ke Kullu..
kami selamat tiba di Manali lebih kurang jam 6pm.. kononnya nak stop kat lorong hotel tapi macam biasalah kann.. direction tak seberapa tepat maka terlepas dan kami turun je kat Manali.. Bukan main susah nak turun sebab driver bas dan konduktornya bersemangat waja tetap nak hantar kami ke destinasi kami.. Alhamdulillah kali ni kakak dan adek buat keputusan yang amat tepat yakni untuk chillex di bandar Manali dulu sebelum pulang ke hotel.. terima kasih kalian memudahkan perjalanan kami dua beradek.!!
huahhhh.!!! we love Manali.!!
hahahhaha... Berlubang.!! Yess.!! Lapaq.!!
hoi.!! sunset di Manali.!!! |
pembikinan tangga putar lol.!! |
kau tengok.!!! belacan ke beg nih.??!!! |
The Mall, Manali |
hiking gear bersepah di sini |
map ringkas sekitar Manali |
sini pun ada Woodland.!! What.??!!! |
balas dendam gituh.. mewah dengan ayam tandoori dan lemon tea.. serius.!!! sedappp.!!!
sambil makan kami dua beradek bincang laa apa nak buat kat sini.. apa yang best kat sini..
lastly, kami decide nak secure tiket bas dulu.. maka kami pun beli tiket bas direct dari Manali ke Delhi.. boleh tahan harga tapi memang perjalanan pun jaun.. huhu.. Rs2260 untuk 2 orang.. bus with air-cond kali nih.. hahaha.. perjalanan dari Shimla ke Manali mengajar kami sedikit pengalaman..
bandar Manali nih kecil je.. boleh jalan seluruh bandar.. dan dikenali sebagai The Mall bandar Manali ni.. so jangan confuse ok.. kat sini sesiapa nak beli hiking gear pun ada jual sebab sini Banjaran Himalaya so ada hiking route dan paling kurang 5 hari 4 malam.. dengan harga yang agak murah juga tapi kami tak pasti sejauh mana kelengkapan yang disediakan.. kat Manali nih jugak ada rafting sungai Himalaya.!!! sangat rare dan boleh cuba tapi time kami pergi nih tahap sejuk air agak merbahaya dan pencairan ais berlaku pada musim panas sahaja.. huhuhu..
sepanjang kami berjalan sekitar bandar Manali ni, banyak je hotel badget yang agak murah dan ada yang pricey.. so far kami tinggal di hotel lebih kurang 5 minit dengan menaiki bas.. so kami ok jek since view hotel kami tu sangatlah superb.!!!
dari The Mall ke hotel kami lebih kurang 15 minit menaiki auto rickshaw dengan harga Rs150 untuk 2 orang.. sejuk kat sini.!!!!! menarik.!!!!
oklah.. kakak ngan adek dah penat sebab happy sangat.. hahaha..
adek kakak yang sado.!! Selamat hari lahr 5 Safar yang lalu~ |
nantikannnnn....
3 comments:
Rasanya bas tambang murah ke manali tu isbt juga tu. Bas kerajaan negeri mmg ada merata seluruh negeri, interstate je baru bas private company
Rasanya bas tambang murah ke manali tu isbt juga tu. Bas kerajaan negeri mmg ada merata seluruh negeri, interstate je baru bas private company
Ok. Thx tmbh info abam qadir. Sbb mse tu kami tya isbt katanya "nehi" hahahaa..
Miscommunication le tu.. Btw, kalau cek kat cleartrip.com pun mmg ada hrga bas murah.. Mgkin sama..
Post a Comment