Wednesday, 6 May 2015

Cinta Rinjani ::Danau Segera Anak::


GOOD MORNING PEEPS.!!!

Alhamdulillah hari ketiga di Pelawangan Sembalun--
Ke mana kita hari ni??
Yes. Betul tu--
Danau Segera Anak.!!! (Padahal da baca tajuk entri kann--hahaha)





Jemput sarapan banana pancake--
Lempeng pisang erti kata lain--hehehe--
Seperti biasa, aku for sure tak lalu makan so tapau je bawak ke danau nanti--kikiki--

Sedikit persiapan--
Jujurnya, nih pestime nak mandi semenjak start mendaki--hahaha--






Perjalanan ke danau agak menuruni bukit--yelar danau kann kat bawah sana--dan memang benar kata group porter semalam keadaan agak merbahaya dan licin--batuan gunung berapi sepanjang permulaan trek--ada tangga jugak--


Kemudian kami melewati padang savana--ohsem kan.!!!


**sesi bakar hanif yang kekal hebat di pelawangan sembalun--dah macam vacation pulak beliau--santai sambil layan uno nan porter--hahahaha--

Perjalanan ke danau segera anak dari pelawangan sembalun mengambil masa kira-kira 2.5 jam--fuhhhh.!!!



**lokasi wajib bergambar--cantik bak kau di New Zealand.!!

Arrggghhhh.!!!!
Wahhhh.!!! Omputih nih--mentang-mentang kau da sampai jerit kemain lagik ek--hahahaha--

**first picture ever at Danau Segera Anak**
 
Setelah itu---



**aktiviti--memancing ikan nila--







Semua da sampai.!!!
Jums mandi.!!!



**sapelaa yang renang bak mermaid tu**

Aku? Mestilaa mandi pastu lemas.!!
Pergh--kenyang air danau wa cakap lu--hahaha--air danau nih sejuk yakmats laa hai--aku mampu mandi di tepian je sementelah panik dengan air dan tak pandai berenang--sedeyyyy--uhuk.!!

Setelah itu, kami gerak pulak layan hot spring.!!! Ini double triple awesome lols.!!!
Perjalanan dari danau segera anak ke hot spring hanya 5 menit saja--









Wahhh--
Memasing da wangi bila pakat sabun dan syampoo--adegan syampoo berjemaah so sweet untuk diingati--nah teaser dan kalau nak lebih terang dan jelas mohon pm--hahaha--

Mandi sudah--wangi pun sudah--
Perut pun da bergendang-gendang--
Jam dah hampir jam 12pm maka sesuai sangat dah nak lunch--hahaha--

**muka kelaparan petala ke 8**

Sejuk-sejuk cenggini memang sedap layan maggi biarpun sebenarnya kami hadap maggi mee sedap nih tiap hari--ermmmm--tabahlah--ayam taliwang turun esok okey.!! Hahahaa--

**Ada water point di antara hot spring dan danau segera anak tapi malangnya kebersihan kurang dipelihara--agak kotor tapi air yang mengalir tidak tercemar--

Kami gerak naik ke pelawangan sembalun sekitar jam 1pm--suasana sejuk dan gerimis sikit--perjalanan naik hanya bertabah jelaa--hahaha--semua umat pakai ponco tapi aku je tak--ape pun tak bawak--poncho ada aku kasik mel pakai--gentle lady kann--hahak.!

Kami sampai di pelawangan sembalun sekitar jam 3pm lebih--dan sempat kepoh di khemah orang lain yakni orang mesia jugak.!! Hahahaa--sempat kenai nan doter uncle amie masra (nama fb beliau)--amalina--berkenalan masa diorang baru sampai pelawangan semalam dan aku tengah lepak lepas turun dari puncak--

**antara bukti aku kian hitam al-legam**

Dan paling mengejutkan adalah aku jumpa dengan abang din--rakan seperjuangan ketika mendaki gunung korbu-gayong yang lepas--sumpah aku tak sangka dan dibelanja air kejayaan.!!!

**aku respek 200% kat uncle amie dan abg din**


Dah mengecohkan khemah diorang maka kami pun kembali ke pangkal jalan sebab nak kejar sunset buat kali ketiga dan terakhir sebab esok nak berangkat dah--










Malam yang agak syahdu--angin kuat dan sejuk yakmats--yang paling top sekali bila start buka dapur haram--hahaha--sape ketuanya?? Ermmm--beliau adalah YM Raja-- kikiki--masaklah kami maggi asam laksa--teh panas separa manis--hahaha--layan keindahan malam yang penuh bintang bergemerlapan--


Apa yang kami belajar malam tu.??
Afen: planet pluto bukan dalam senarai 9 planet dah--
Amizam: bintang tu mewakili setiap bima sakti--
Hana: bintang yang paling terang tu supernova--

Dan banyak lagi istilah-istilah ohsem keluar dari memori silam yang entah betul entah tidak je tu--yang penting tahap keyakinan diri tuh tinggi--

Kami dah mula rasa sayang nak tinggalkan tempat ni--sayu dan sendu jugak boleh tahan--biarpun tak dapat nak ikut itinerary asal tapi kami puas lepak di sini--setiap pagi kejar sunrise--setiap senja menunggu sunset--subhanallah.!

Ayuh.! Tidur--esok masih ada perjalanan lagi--

No comments: