Friday, 8 May 2015

Cinta Rinjani ::Goodbye Rinjani::


Sayu pagi ni--ermmm--
Hari ni kami akan bergerak turun meninggalkan tempat jatuh lagi kan dikenang--ewahhh--

**khemah kami je bukan main banyak lagi**

Selepas bersarapan pagi--
Kami mula packing barang dan kemas apa yang patut--hadoii.!! Sumpah sayu.!

Ayuh--pesanan penaja dan buat sahabat-handai--dengan cuaca baik nih kami abadikan gambar terakhir di pelawangan Sembalun--



**another @bocahxvnture

**khas untuk kamu pi--moga next time kamu sampai jugak kat sini**

**selpi sedas sebelum turun**



Kami mula gerak lebih kurang jam 7.30am--dimulai dengan bacaan doa oleh ustadz al-fadzhil--hihihi--



Disebabkan kami kena hadap balik bukit penyesalan tapi kali nih separa kesal--aku turun pakai sandal jek sbb kononnya elak kuku yang da buruk tu bertambah buruk--hahaha--
Selesa giler turun--hahaha--
Sliding dan kena hati-hati banyak sebab agak curam--


Tak sampai 1jam kami dah berada di pos 4--wow.!! Amazing--

Perjalanan diteruskan selepas take 5--non-stop sampai laa ke pos 2--kemain memasing memecut bak jet pejuang--


Dalam masa 2 jam kami selamat tiba di sini--patutnya lunch kat sini tapi macam awal lagi maka kami lepak je dulu--kebetulan group abg din pun sama turun--dibelanja air kejayaan--thx amalina--u r so shuweet kasik kami ayaq nih--


Perjalanan diteruskan dan kami tak keluar ikut pintu sembalun sebaliknya ikut pintu 'short-cut' di Sajang--


Menjelang tengah hari kami selamat tiba di tempat lunch--jalan menuju pintu short-cut tersebut--dan paling epik adalah makan maggi mee sedap goreng (buat terakhir kali) dalam hujan--hahaha--maaf tak da gambar dapat dipaparkan sebab hujan amat lebat masa tu--

Selesai lunch kami tetap teruskan perjalanan kami--pertama kali nampak hutan betapa kami eksaited to the maximum lol.!!! Hahaha--laluan konon ala irau tapi tak laa hardcore pun sebab laluan permatang--seterusnya savana lagi dan lagi--tiba-tiba laluan kebun sayur.!! Sempat laa kenal dengan daun bawang, kobis, pokok carrot--

Alhamdulillah--
Sekitar 12.45pm kami semua selamat tiba di kampung banau kalau tak silap laa--kalau silap mohon komen boleh aku betulkan--




Di sekitar ni ada banyak kedai so boleh beli souvenir tapi pricey laa--nak mandi or masuk toilet kena bayar idr2000--

Mengikut rakan aku dari yogyakarta--ifan--katanya ada desa sasak yang menjual banyak hasil anyaman yang ohsem--dan harga sangat murah--siap boleh experience cara pembuatannya--aku tak sempat nak berkunjung sebab cuaca dan limited time--

Sejam kemudian van kami sampai dan perjalanan diteruskan ke Mataram--tak dapat nak ke sendeng gile air terjun sebab hujan kann--lena yakmat laa memasing kepenatan kann--

Ok--sampai je Mataram its time to makan besar.!!!
Ayam taliwang total harga idr860k untuk 14 orang.!!! Super giler kann--sebabnya seorang seekor ayam taliwang--pedas dan sedap.!!


Seterusnya kami check in di Hotel Viktor 3--idr170k/bilik pastu disebabkan bilik tak cukup maka kami share 1 bilik 3 orang maka kena tambah idr30k/pax--oklaa tu kann--bilik pun selesa--

Sempat jugak merasa durian lombok masa berfoya-foya di Mataram dekat area hotel je--di pasar buah-buahan--bukan main kami berjalan jauh sebab Amizam mengidam bakso kot ada jual tapi malangnya Mataram ni paymes dengan ayam taliwang je kot--minum jelaa kita sambil makan terang bulan--hehehe--

Hari kian lewat maka kami pun pulang ke hotel--meeting post mortem event--dan setelah itu--SURPRISE.!!!!
Sambut birthday--mula-mula blur sape punya beday laa kann--rupanya khas untuk kami--Amizam--Annas--Hana--




Thx a lot guys--korang memang super ohsem--tak pernah sambut beday kat obersi dan kena surprise cenggini--aku tak expect pun--

Speechless aku bila kena paksa kasik ucapan--rasa nak nangis tapi ego kena tinggi--hahahaha--terharu giler dengan surprise beday yang korang adjust--huaaaaa.!!!!

Line up #cintarinjani
Syahirah--Raja--Irawan--Afen--Hanif--Zack--Mel--Fadzhil--Ajlaa--Bella--Ain--Annas--Amizam--Hana

Malam terakhir buat kita--dan mungkin malam permulaan untuk kita bertemu lagi dan lagi--semoga tahun depan Tambora menyapa kita pulak--

Terima kasih Syahirah sebab sudi invite patik follow trip tuan hamba--moga berjumpa lagi di trip yang lain atau ayuh yum cha bersama lagi--muaxx ciked.!!

Esok nak balik mesia dah.jum makan kek sampai habis dulu.k bai--

No comments: