Sunday, 3 May 2015

Cinta Rinjani ::Sembalun::

Day 2--Lombok

Alhamdulillah--
Tiba jua hari untuk berkenalan dengan team rinjani.!!!
Aku dan Mel dah siap sedia di Kota Mataram dan menurut gogo yakni syirah, kami punya 2 pilihan sama ada datang ke airport atau tunggu di Taliwang Raya--pilihan kami dengan mohon ijin gogo untuk tunggu di Mataram saja??? Yeahh.! Diperkenankan sebabnya berdekatan dengan hotel Viktor ni ada kedai outdoor faymes brand indo--consina--eiger--

Kebetulan ahli team Rinjani jugak nak soping serba sedikit sementelah da kat sini kann--one way untuk ke sembalun sama--

Ajlaa dan fadzhil??
Mereka dari Bali ke lombok by ferry--naik jam 2am dan sampai sekitar 7.16am di pelabuhan Lembar--awai giler kot.!!!!
Pelabuhan Lembar ke Mataram sekitar 30 menit jugak kata Ajlaa--
Mel datang ke bilik untuk tumpang mandi--Ajlaa dan Fadzhil sampai di hotel Viktor sekitar jam 9am (kalau tak silap,kalau silap baca dan hadam je--hihi)
Ajlaa dan Fadzhil ambil masa untuk beristirehat sebab diorang hanya ambil seat class Malindo jek masa naik ferry.! Hahaha..




Ampun fadzhil--gaya kau sangat cute maka aku tempek kat sini buat tatapan gadis malaya--

Kemudian kami siap-siap untuk lunch pulak atau brunch lebih tepat--
Cuci mata dulu di kedai outdoor--


Harga murah tahap hidung berdarah kat consina--eiger pricey kit.!

Lepas jenjalan tanpa belian maka kami lanjut makan dulu agar otak tak tepu--




Kami brunch ambil paket untuk 4--sharing is not so caring konsepnya--hahaha--sekitar 158k idr/4pax--murah.!!

Kemudian--kami ke hotel Viktor untuk menunggu supir pick up kami--sekitar jam 1pm satu mobil dah sampai tapi kena tunggu van pulak untuk gerak sekali--lebih kurang sejam lebih baru van tu tiba sebab van tu berhenti ambil khemah dan semua kelengkapan untuk camping di Rinjani--sleeping bag/carry matt/khemah--



**review hotel Viktor 3**
Bilik ohsem--lokasi ohsem--service ohsem--wifi ermmmm kat public area--kat lobby yang kecil sehingga kami berpeleseran di tangga je--hadoiii--jadilah dari takde kann--

Perjalanan diteruskan ke Sembalun--
Mengikut itinerary pendakian Rinjani--
Day 1: menuju ke pelawangan Sembalun
Day 2 : menuju puncak Rinjani-danau segera anak-camp site di danau
Day 3 : danau segera anak-senaru

Itinerary itu aku ringkaskan sahaja ok--

Perkenalan hanya sekilas sahaja sebab dalam van kann--perjalanan ke Sembalun mengambil masa hampir 3 jam--kami hanya berhenti solat di Pertamina je--dan nah belanja muqadimah dari puncak Rinjani--waduh.! Penasaran gini.!!


Maiigaddd.!!!!
Jalan ke Sembalun sejibik macam Ringlet tapah nak ke Cameron Highland or vice versa.!!!! Aku?? Lalok jugak laa tapi kena kental dow--aku bukanlah selemah yang kau sangka--hahak.!

Lebih kurang jam 6pm lebih tiba di tempat penginapan Sembalun--

Harus mengasingkan beg atau barang yang tak perlu bawak naik ketika mendaki--lighter is better.!!! Barang yang tak bawak naik disimpan dalam mobil saja--

Malam??
Mestilah dinner (not included-bayarlah sendiri)--briefing oleh guider/sweeper iaitu Pak Tri (panggil pak sebab da kahwin--hehe) sebagai guide dan Mas Hari (bujang-->sape nak boleh try--hahaha) sebagai sweeper--

Re-packing--tidur.!!!!
Bagaimana tempat tidur di Sembalun??
Next entri okeh--kena kasik debar kit.! Hahahaa--mohon jangan meluat ok.!

No comments: