Sebelum tidur kami semua pakat-pakat packing barang yang perlu dibawa ke puncak--
1-- bag daypack
2-- air
3-- makanan
4-- trekking pole (sangat penting dan membantu ketika trekking)
5-- headlamp
Pakaian??
1-- thermal wear
2-- gloves
3-- outfit hiking
4-- sunglasses
5-- mask/buff/beanie
6-- gaiter
Kasut??
Bagi aku baik pakai kasut yang high cut sebab elak pasir masuk ke dalam kasut dan pemakaian gaiter amat membantu--
Sangka kami dapatlah menuju puncak jam 2am tapi apa kan daya--hujan di tengah malam membawa ke pagi--
Mas hari datang bertandang ke khemah kami untuk berbincang dengan gogo kami--Syirah--nasihat beliau untuk membatalkan niat naik ke puncak awal pagi itu sebab hujan kian lebat dan kemungkinan sejuk yakmat di puncak--keselamatan peserta juga dipertaruhkan--kalau nak naik juga pagi itu guide/sweeper takkan follow dan porter yang naik ke puncak bersama kami--
Pening kejap gogo kami--aku dan yang lain berpendapat tunggu pagi sikit lagi mane tahu hujan berhenti kan--tapi bukan rezeki kami nampaknya--kami terpaksa menunggu hingga hari cerah--ermmm.. Tapi kann--sebenarnya aku nampak beberapa headlamp terang menuju ke puncak dari kejauhan--takpelah, kita anggap pagi itu bukan rezeki kami--
Semasa menikmati sarapan pagi, perbincangan agenda seterusnya berlangsung--Takkan nak lebam kat campsite pelawangan sembalun kan? Mana mungkin--cadangannya ke danau segera anak tapi kesemua porter,guide dan sweeper menolak cadangan kami atas alasan perjalanan ke danau segera anak agak licin dan berbahaya sementelah lepas hujan--
Sambil makan sambil bincang--
Kami degil--maka buat keputusan untuk naik ke puncak sebab tak mahu mengambil risiko naik esok atau lusanya kerana kami terpaksa extend 1 malam lagi di sembalun--
Maka bersiaplah kami seadanya untuk ke puncak pagi itu--
Perjalanan kami bermula sekitar jam 9.30pagi (agak terlewat dah)--
Ayuh kita menuju puncak--
Misi menawan Rinjani harus diteruskan--
Perjalanan awal menuju puncak anak rinjani lebih stabil dan pangok tapi kerana hujan pasir lebih padat dan pendakian lebih mudah--
Bagi aku amat diperlukan adalah ketabahan--kesabaran--
Menurut legend dan idola aku--
Faiqrul--"kau kena usaha je sampai puncak. Kalau kau da boleh lepas bukit penyesalan so, puncak mesti ko boleh"
Ishak--"nasihat aku, jangan putus asa"
Thanks a lot buddies--
Kau orang memang baik dengan kasik semangat kat aku yang serba kobis nih--hahaha--
Aku nih masa naik ke puncak--aku jalan dengan sweeper--bertabah lagi pulak tak henti pun sebab nak kejar Ajlaa dan rakan-rakan kat depan sebolehnya nak cepat sampai puncak--tiba-tiba aku berjaya bertemu dengan guide dan rakan-rakan yang super laju--
Walaubagaimanapun, guide kami yakni pak tri berkata kalau kami tak sampai puncak jam 1pm harus patah balik.!
Sebab pada mulanya kami akan ke danau segera anak jam 3pm dan perjalanan turun paling cepat 2 jam--
Wut the fish.!!!!
Sudahlah kena extend 1 hari maka kami kekal degil dan setelah berbincang tanpa gogo maka kami sepakat untuk ke puncak--lagipun masa tu baru je jam 12.30pm.!!! Mana mungkin kami patah semangat--dah naik lebih dari half pun.!!!
Kami minta pak tri untuk turun ke camp site dan sampaikan pada syirah, mas hari dan porter untuk turun ke danau dahulu dan tinggalkan 1 khemah untuk isi barangan yang kami tinggalkan--dan kami akan sama-sama turun ke danau biarpun kami terpaksa OT--
Semakin nampak dekat puncak itu--makin koyak mental saya--baik kan hipotesis aku kann--
Partner in crime--irawan tabah betul mendaki dengan aku hingga puncak sebab aku sendiri dah tak tabah--
Tambah sakit hati bila tengok diorang nih laju jek lagi-lagi si fadzhil siap melompat-lompat.!!! Haihh.!!
Alhamdulillah.!!!
Aku dan irawan selamat sampai puncak Rinjani tepat jam 2.00pm.!!!!
Peminat aku sampai ke sini--eh.!!
Hahahaahaa--
Kami bersantai di puncak lebih kurang sejam setengah--sebolehnya kami nak tunggu rakan kami 3 orang lagi yang sedang mendaki--tapi memandangkan kami mengejar waktu maka kami buat keputusan untuk turun--
Sekitar jam 3.30pm kami mulai turun--
**rehat betulkan gaiter**
Kami semua bukan main enjoy sliding masa turun dan pakat konon trail run gittew--sebelum ni aku buat research kalau turun dari puncak selalunya 2-3 jam sampai campsite tapi kami 1-1.5jam je dah sampai--lapiaq yakmat masa nak turun tu--sampai je campsite kami dijamu air teh manis panas yang amat nyaman dan maggi sup.!!
Syukur--perjalanan turun kami selamat semuanya--last group gogo tiba jam 7pm--maka mission accomplished dan we made it.!!!
Mt. Rinjani CHECKED.!!!
Malam itu kami santai.!!!
Dan melayan alam--
Ok.rest.mimpi puncak rinjani lagi--
No comments:
Post a Comment