Saturday, 7 November 2015

Namaste India::Delhi-Kalka-Shimla::

maaf buat yang ternanti-nanti entri seterusnya daripada kakak..
kakak agak sibuk dengan hal ehwal peribadi yang memang tiada rehatnya.. hik hik hik..

baiklah, entri kali nih kakak nak ceritakan tentang perjalanan kakak dari New Delhi ke Kalka dan seterusnya ke Shimla--
kakak sempat booking tiket dari Delhi Sarai Rohilla ke Kalka dan Kalka ke Shimla sebulan sebelum kami berangkat dengan menggunakan akaun sahabat yakni idola kakak.. **terima kasih awaa kasik pinjam akaun** kakak booking melalui cleartrip.com dan boleh juga kalau nak cuba di makemytrip.com.. hotel yang kami duduk semalam hanya 5 minit dari stesen Delhi Sarai Rohilla..

**TIPS**
pada pandangan kakak, lebih baik berjalan kaki di kawasan sekitar sebab India terlalu banyak lorong-lorong kecil dan boleh jadi short cut buat kita yang berbudget kecil.. kami menaiki auto rickshaw untuk ke stesen kereta api tapi rupanya amat dekat laaa dengan hotel yang kami menginap.. mujur caj tak mahal.. syukurlaaaa..

kakak dan adek masih kelesuan kerna dek kisah semalam.. hahaha.. train tiba tepat pada waktunya dan kami tak sabar lagi untuk meneruskan perjalanan yang separa rancang ini.. perjalanan ke Kalka mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan train Himalayan Queen.. kami mengambil train paling awal ke Kalka untuk mengejar toy train ke Shimla.. beza durasi hanya 30 menit sahaja.. hahaha.. alhamdulillah, tiada delayed dan perjalanan amat menarik sekali.. nah, kakak belanja sekitar perjalanan kami ke Kalka..







second class train


Himalayan Queen di Panipat St


lebih kurang jam 11.20am kami selamat tiba di stesen Kalka dan kami perlu menukar train walaupun pada zahirnya nama sama Himalayan Queen.. hahaha.. jangan khuatir, setiap koc toy train dah tampal sesiap nama penumpang so, kita cari jek nama kita kat mana dan situlah seat kita.. hehehee..
kali nih perjalanan kami penuh senyuman.. sumpah.! tak berhenti senyum.!!!! kakak belanja lagi gambar permandangan dari toy train..

yeahh.!!! ini Toy Train.!!



puri dan kuah dal.!! sumpah sangat sedap.!! our very first street food.!!




lambaian mesra.!!! bukan pemilik rusuk.. hahaha..

khas buat adek**rusuk kiri**


street food di setiap pit stop

our first chai.!! sedappppp.!!!

alhamdulillah.!!! perjalanan yang amat menakjubkan.. tak henti rasa syukur kami..
tepat jam 5.30pm kami keluar dari perut toy train.. terima kasih toy train dan hello Shimla.!!!!
kami didatangi beberapa orang yang menawarkan khidmat angkat beg, teksi dan sebagainya.. paling cekal sorang nih sampaikan folo kami ke The Mall.. penat weyh.!!!!! 
si adek "kau bagi jelaa dia pikul beg kau..kurang-kurang tak penat sangat"
si kakak "eh, nanti kena bayar.. biarlah dia" hahahaha..
kami tengah fikir nak naik ke The Mall yakni cari hotel dulu atau cari tiket bas dulu..
lastly, aku dah memang penat pikul beg lagi pulak, hadap bukit dan tangga yang tinggi-tinggi..
"kita cari hotel dulu, letak beg pastu cari bas stesen amek tiket?"
adek terpaksa setuju.. hahaha.. tabah jelaa dik jalan nan orang tua.. kui kui kui..

Shimla St.
kami melalui sedikit azab.. bila jalan setiap celahan lorong tapi tak jumpa gak hotelnya..
entah berapa kali naik turun dari The Mall, Lakkar bazaar dan Ram bazaar.. memang dah macam training worrior challenge jek.. eh.! hahaha.. terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak tolong kasik direction walaupun dalam bahasa hindi.. berkat menonton banyak filem hindustan ada hasil jua rupanya.. hehehe... akhirnya kami selamat jumpa hotel kami yang amatlah seco'et itu.!!! lenjun seperti biasa tapi kali nih masih boleh senyum sebab cuaca sojuk aihhh.!!!!!

inilah lorong hotel kami T.T
rehat kejap.. wifi kejap.. maka terus keluar cari tiket untuk ke destinasi seterusnya esoknya..
ermmm.. memang sangat dekat dengan stesen bas.. hadoiiii.. takpelaaa pengalaman berjalan kann baru nampak adventure.. hik hik.. masa kami cari hotel kami dah sesiap aim tempat makan bagai supaya senang untuk mengubati perut berlubang setelah perjalanan yang jauh..

nah, kakak belanja gambar jek..

Lakkar Bazaar

manisan yang so shuwetttt.!

Ram Bazaar

stesen bas bandar Shimla


suasana malam dari The Mall

lokasi penempatan askar.. segak askar depa aihhh.!!

musim nak ikat 'Rakhi' boleh pilih.. memacam design.!!

coffee house paling popular di The Mall, Shimla

western je malam ni.. sekadar mencuba.. hanya menu breakfast



alhamdulillah.. aman saja di bandar Shimla ni.. sejuk bak Genting Highland..
malam agak mendu sebab semua bazaar tadi hanya buka sehingga jam 7pm saja.. kakak tak sempat nak cuci mata tengok buku medicine and chemistry.. sedih.!!! pasti murah.!!! selesai makan, kami pun berjalan sekitar The Mall untuk melihat suasana malam di sini pula..

tangga bak di turki gituh.!!

Catholic Church
hadam peta Shimla untuk bekalan esok pagi..
mungkin kami nak mencuba kedai roti popular di sini jua.. hahaha..

kita sambung cerita esok di lain entri. kakak penat pulak naik turun tangga tadi.
hik hik. perjalanan bakal diteruskan esok dengan lebih mencabar.!

 

4 comments:

Unknown said...

lagi lagi cik hana....

merekahaani said...

sabar ya awaa.. peminat setia nih.! hahak.!!

Unknown said...

maaf..
sy bukan pembaca yg setia...
sy cuma pencinta yg abadi...
:P

merekahaani said...

Wahhh.! Mekaseh pencinta abadi--hik hik